Pages

Friday, January 16, 2009

Palestin: teruskan perjuangan kita...

hari ni dh masuk ari ke-21 serangan Israel laknatullah ke atas Gaza..kita kt sini ape benda sgt yg kite bantu??mcm x nmpk hasil pn..boikot aku x sure sgt menjadi ke x?
ke ader lg Melayu2 bodoh dan bangang yg kempunan sgt mkn kt McD tu..
kalo ader better korg brtaubat sblm trcungap2 nk jwb dpn Allah nanti..

lg satu yg aku heran ni..maner pegi bdn2 NGO pro-wanita n kanak2 or makcik2 menteri yg kononnya amat prihatin pd isu2 berkaitan wanita & kanak2...kalo kt negara sendiri bkn main gah, bertudungkn sekerat dahi..smpi brbuih mulut bercakap psal hak2 wanita n kanak2..
skrg ni x nmpk ke apa dh jadi kt wanita & kanak2 di Palestin?
ke masing2 buat2 buta n tuli pd isu2 ni???

pelik...pelik...

kalo di UK, demo diorg adakan hari2 kt dpn duta Israel..n dijangkakn brlarutan smpi peperangan dihentikn..

yg kiter ni..duta Amerika kt cni dh berambus blum??
tlg jwb jap sbb aku x bacer paper lg..hahaha

boikot bknlah isu main-main..kita nk melawan dgn senjata mmg x mampu..so, satu cara yg kita bole buat adlh lemahkn ekonomi diorg..

Thursday, January 15, 2009

i miss u...

Noni rindu kt korg...

Wednesday, January 14, 2009

ada apa dengan 729???

baru2 ni aku dgr kt McD dh x ramai org Islam ke situ..kalo btul Alhamdulillah...yg keje kt ctu mcm mn plak eh??

ok..sblm ni dh byk barang disenaraikn sbg barang Made in Israel...byk gilerrrr knnn..
ada lg 1 cara utk kita ingat brg2 diorg ni..
caranya adalah TENGOK BARCODE

"SETIAP BARCODE YG BERMULA DGN 729 ADALAH MADE IN ISRAEL"

benda ni aku dpt tau maser Rapat Umum Selamatkn Gaza sabtu lpas..so, senang ckit nk ingat kn??
lpas ni kalo nk beli barang, tgk dulu barcode dier okkk

p/s: menurut Yusuf Al-Qardawi, boikot Israel dh jadi WAJIB pd setiap umat Islam...

Monday, January 12, 2009

new beginning...

tgh hr td br abis meeting on Business Plan(BP) 2009...takut..gerun...ngeri..sumer ader.
so, kalo BP 2009 dh kuar, aku secara automatiknyer nk stopkn keje2 2008..cam ner nk stop??
ha..i would like to call upon sumer insan2 berkenaan utk ambik alih tugas aku pd thn lpas..kali ni dh x der belas kasihan dh..skrg dh masuk thn baru, aku nk buat projek baru plak..tugas yg sepatutnyer jadi tugas org lain, silalah amek blek tugas korg..aku dh x koser nk ngadap keje korg..okkkk

azam 2009
**********************
1. nk hand over 2008's project(insan2 berkenaan sila take note...). jom kita adakn hand-over training minggu ni jgk..kalo korg x nk dtg cni, i pg saner..(saner??hya insan2 yg brkenaan saja yg tau di mana)
2. nk amek Oracle cert - training dh pg last yr. hope thn ni bole amek cert
3. nk pg at least 2 training..db n web programing
4. nk bljr rajin2 kalo dpt smbg master thn ni..InsyaAllah
5. nk lebih prihatin pd isu2 Palestin..nk involve secara lgsg ngn aktiviti2 NGO..Gunx, ada prog ajak Nurul tawwwwww

last but not least, aku nk call Perodua, nk buat appointment nk service honeyVi..aritu trsilap pg Perodua Sales..wakaka

Thursday, January 08, 2009

RAPAT UMUM SELAMATKAN GAZA

aku copy di website amanpalestin:-


Rakyat Malaysia di jemput hadir dalam Rapat Umum Selamatkan Gaza bagi menyatakan sokongan terhadap rakyat Palestin di Gaza dan mengutuk kezaliman yang dilakukan olah rejim Zionis ke atas mereka.

Anjuran: Aman Palestin
Tarikh: 10 Januari 2009m/13 Muharram 1430h
Masa: 10 pagi hingga 12 tengahari.

Objektif:
1- Menyatakan kebersamaan rakyat Malaysia dalam menghadapi penderitaan yang dialami oleh rakyat Palestin di Gaza.
2- Memberi sokongan dan kepedulian rakyat Malaysia terhadap saudara mereka di Gaza.
3- Megutuk kezaliman yang dilakukan oleh rejim Zionis Yahudi ke atas rakyat Palestin di Gaza.
Aktiviti: Tayangan multimedia, deklamasi sajak, perasmian kempen Selamatkan Gaza, ucapan khas isu Gaza, doa dan lain-lain.
utk kwn2 aku..jom g ramai2..espc yg duk putrajy, cyberjaya, sri kembangan,bangi, subang jaya.. jom kita konvoi g ramai2...

wajib boikot...


okeh..korang tgk gamba kt atas tuh..kalo x trsentuh jgk x tau la...
skrg ni Palestin tgh nazak...aku raser org yg prihatin(x semstinya Muslim shj) patut buat smthing..n aku raser antara yg kita mampu buat adlh boikot brg2n Isreal seperti yg dcdgkn oleh en Temmon..

utk memudhkn keje korg, kt bwh ni aku senaraikn brgn diorg siap dgn suggestion lg:-

Coca-cola(aku rajin gak minum) --> kiter ader Mekah Cola
McD (3 min je dr umah aku)-->mkn je la Ramly Burger
Carrefour(kt Alamandul ader 1) --> pg mydin je la
Starbuck (aku x prnh pegi sbb aku org kg) --> beli kopi radix..pesan kt mak Hasnah
Colgate, Darlee (kaw2 punye iklan ckp ada logo Halal)--> pki Mukmim or Halal Gel (ubat gigi halal sentiasa dihati..)
Maybelline(lipstick aku ader 1) -->pki avon ke..leno ke..pki lip balm je ke
Ambi Pur(pewangi kete aku) -->tukar la pewangi lain
NOKIA(hp aku Nokia 6280..arghhhhh)-->sony ericson dll

byk lg sbnrnyer..korg bole check kt cni

kt atas tu sumer cdgan utk kita cuba berubah..
nk pegi brperang kt sana mmg kita x mampu, jadi buatlh apa yg kita mmpu tlg..
aku prnh cuba dulu utk boikot, tp selalu ckp "nnt2 la..x per la..esok la"
skrg ni aku raser benda ni dh jadi wajib pd kita sbb tgkla sendiri keadaan saudara kita di Gaza..sungguh menyayat hati..

pikirlah n brtindaklah...TAKBIR..ALLAHUAKBAR!!!

palestin: penderitaanmu blum brakhir...


Salam, Aman Palestin akan mengadakan rally Rise For Gaza di Stadium Melawati Shah Alam pada 10 Jan '09 (Sabtu), 10pg. Tlg kerahkan seramai mungkin termasuk anak2 utk tunjukkan keprihatinan. Al-Jazeera TV akan buat liputan. Kalau boleh bawa placard, banner atau kain rentang in English or Malay. Sebarkan. - Hjh Hasimah

10 "Klik" mudah untuk membantu rakyat Palestin !
Maklumat lanjut di http://palestin.ugproject.org/


Tuesday, January 06, 2009

pemberitahuan : Aman Palestin Berhad

“Ribuan anak Palestin diancam kebuluran. Hulurkan bantuan kepada Aman Palestin Berhad di akaun Maybank: 562263010787.”

Jika anda ada menerima kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS) seperti ini, sebenarnya tidak ada apa yang perlu disangsikan mengenainya.

Malah menjadi kewajipan anda agar derma tersebut disumbangkan tanpa berlengah-lengah lagi.
Ini kerana Aman Palestin Berhad benar-benar wujud bagi memastikan setiap ringgit yang didermakan oleh rakyat Malaysia tidak sahaja sampai, malah semua bantuan tersebut telah dimanfaatkan sebaik mungkin di Palestin.

Aman palestin melancarkan kempen hentikan sekatan terhadap palestin.
Sebuah banglo di Bandar Baru Bangi adalah manifestasi keprihatinan seorang korporat Islam yang membenarkan Aman Palestin menjadikan banglo tersebut sebagai ibu pejabatnya.
Mereka baru sahaja berpindah di situ walaupun Aman Palestin telah bergerak sebagai NGO sejak akhir 2004.

Pada Januari lalu, ia berjaya didaftarkan sebagai satu yayasan bagi membantu rakyat Palestin secara lebih kolektif, terancang, berterusan dan berkesan.

Malah ketika penulis menemui Presidennya, Abdullah Zaik Abdul Rahman, beliau baru sahaja pulang dari sebuah kem pelarian Palestin di Lebanon bagi menyampaikan bantuan RM150,000 yang terkumpul bulan lalu serta menyelia beberapa projek kebajikan dan kemanusiaan yang dianjurkan oleh Aman Palestin di sana.

Sejak tahun 2005 hingga kini, Aman Palestin menyumbang RM500,000 kepada rakyat Palestin hasil kutipan daripada orang ramai.

Aman Palestin, menurut Abdullah Zaik, ialah satu sekretariat yang dibentuk khusus oleh rakyat negara ini bagi menangani secara terus masalah Palestin.
utk artikel yg lebih detail, click disini

p/s: utk rakan2 yg masih was2 atau takut wang anda tidak smpi ke rakyat Palestin, mungkin artikel di atas ini dpt membantu..InsyaAllah

bumi Palestin brdarah lagi..

wahai kwn2..sepertimana yg diketahui, Gaza x henti2 bermandikan darah..dan kali ni lebih dahsyat..
apa kata dalam minggu ni, kita buat kutipan derma utk bantuan kemanusiaan ke Gaza ?
Keadaan di sana sekarang amat amat menyedihkan dan semestinya kritikal.
penempatan musnah, hospital bergelap, wanita , orang2 tua dan kanak2 cedera.
semua itu semestinya memerlukan wang selain doa harian kita.
duit derma, boleh wakilkan kepada saya atau orang lain utk tabung Aman Palestin Berhad.satu badan NGO berdaftar yang bergerak aktif membantu pelarian Palestin dalam pelbagai bentuk.baik pendidikan dan ekonomi.
p/s: my opismate tgh kumpulkan wang derma utk Palestin..so, utk sesape yg raser nk membantu saudara2 kita di sana, bole la menyerahkn derma kalian pada saya dan akn saya serahkn kepada pihak yg berkenaan...sekian

amalan 10 Muharram

Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):

1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
3. Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
6. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
9. Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.
12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.
13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
14. Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Peristiwa-peristiwa penting dalam bulan Muharam:

1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran.
Pada 10 Muharam juga telah berlaku peristiwa berikut:

1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
16. Allah menjadikan 'Arasy.
17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
18. Allah menjadikan alam.
19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
20. Nabi Isa diangkat ke langit.

Saturday, January 03, 2009

berdua lebih baik...:)

meniti hari2 terakhir ni, aku n Reha byk abiskn masa bersama..smlm kitorg g Alamandul..diner @Pizza Hut..pastu jln2 jap..then, malas plak nk blek lg..trus decide nk tgk wayang..main blasah je citer aper..kiotrg pilih citer Outlander sbb citer tu je pn yg plg awal start...yg lain sumer kul 11 lebih..malas nk tggu lelamer..so, amek je la citer tu even aku x prnh dgr pn sblm ni..
masuk2 je panggung, ghupernyer tu citer 18SG..kalo korg nk tau aku mmg x layan citer ganas2 nih..sbb aku amat la penakut tgk org lawan2 ni...(kalo citer cintan cintun tu aku layan la..citer 1st yg aku tgk adlh KULIAH CINTA okkk...gagaga)
sekali citer tu dgn darah memancut, air liur meleleh, pancung paler org la, mkn jantung, perut segala mcm..smpi aku dh baper kali duk uweekk uwekk kt dlm tu..cheh, ampeh punyer citer..
so, korg x yh tyer aku aper sinopsis citer ni, sbb tiap kali ingat citer tu aku raser nk trmuntah...huhuhu

ok, stop bab smlm..masuk citer arini plak..
aku tramatla BORINGGGGGGG...duk umah sengsorg diujung minggu mmg membosankn..nk kuar aku takut duit abis..sbbnya skrg aku mmg tgh brjimat..InsyaAllah kalo application aku utk further study diterima, aku akn start bljr dlm beberapa bln lg..so, of course la nk guner byk duit kn..buatnya x menyimpan skrg, nk byr registration camner kn??
so, segala jenis handbag, kasut, baju baru sumernyer pending buat masa skrg..sengaja aku mengelak dr melangkhkn kaki ke mana2 shoping komplex sbb takut trbeli..hihihi

sbnrnyer byk sbb nape aku raser amat bosan n sunyi..tp aku malas nk citer kt cni..biarknlh aku dgn kebosanan aku..hahaha

ok la korg, tgh ujan ni..layan tido sedap gak..byeeeeeeeee

Tuesday, December 30, 2008

5 org anak menjelang 2009

aku bakal menutup tirai 2008 dgn perasaan brcampur baur..
trlalu byk kejutan yg brlaku spnjg kehidupn 2008..
yg pasti semakin lama aku semakin matang dlm membuat keputusan..InsyaAllah

antara berita yg bakal menanti 2009 adalah..aku akn dpt 5 ORANG ANAK pd tahun dpn..yezza!!!

kesemua anak2 aku akn dilahirkan oleh ibu2 yg berlainan iaitu..mama Cik Wan, mama Wan Z, mama Ina, mama Filzah, mama Wa n mama ANA...
ader lg x mama-mama yg trtinggal??hope x der dh la yer..
lotihla aku nk beli baju utk 5 org sekaligus..huhuhu

anyway, aku harapkan all da hot MAMAs sehat2 selalu n sentiasa jaga kesihatan u alls n baby u alls..

tq frens

29th DEC 09
***********************
yerterday is my birthday..tq for those who still remember da day..i'm really appreciate it..
celebrating birthdy is juz happening during study time..that is da time when we thing this world is belong to us rite??

but celebrating it now, i don't feel as happy as b4 anymore..bcoz its more to feel like celebrating my 'tua' day...hahaha

yg aku cari during my birthday is juz ingatan kawan2 on me..birthdy gift is a bonus..hihi

Tuesday, December 23, 2008

aku di hujung2 tahun

skrg dh pukul 5.30..otak aku masih weng..ya btul..sku selalu saja weng..itulh aku..

demam CMMI
*******************
esok ader intrview..bkn intrview crk keje lain okk..aku amat suka keje cni..even dikelilingi 9 jejaka2 gagah n aku sorg saja puteri merak kayangan kt cni, aku tetap hepiiii..hahaha

aku ader intrview utk CMMI la..amat la kecut perut sbb ni 1st time ok..bile dh 1st time ni, mula la nk menggelabah x tentu psal knn..biaser la tu..tp x per, juz buat2 je muka konfiden as usual..heheh

plz wish me luck guys..aku amat takutttttttt!!!

diner at Shah Alam
**************************
ingatkah korg lg pd peristiwa pintu trkunci??ingat knn?
ingat x mlm tu reha kepingin nk mkn kt Shah Alam tp x kesampaian..yg smpi aderlah kedai mamak tepi umah imah n afni
p/s: aku dh black list kedai mamak tu..mee goreng mcm ampeh..huh
so, ini mlm Pn Ana n En Temmon ingin merealisasikn hajat Reha utk diner at Shah Alam.
p/s: kul 8 gerak g Subang Jaya

ujung thn di Kedah
***********************
yea yea..ujung tahun aku bakal meriah sbb aku akn blek kedah lg..kalo x silap 2 minggu lpas br blek..tp ni nk blek lg..
blasah jer la..5 jam bkn nyer lame pn..tp kebas jgk la kaki tangan..haha
29hb akn di sambut di Kedah..amat la hepi..
i'm waiting 4 da day..:)

Monday, December 22, 2008

new cik City juz born...

smlm raser nk giler tgk new Honda City kt tv..teeeeeeeeeeramat la chantek...dpn dier mcm ala2 transformer ckit...lawa bangat..
nk beli x der la mampu..saper ader rm85k??meh nk pnjm jap...nnt2 aku bayar blek kt korang..ok???

TERRIBLE NITE
***************************

citer smlm gak..aku n Reha nk kuar g diner..cadangnyer nk g mkn kt shah alam..baik punya planning kn..elok aku kuar umah trsilap amek kunci lak..dlm paler otak nk amek kunci umah, trbwk kuar kunci keter..tp aku pkir Reha mesti bwk nyer kunci..
so, nk masuk dlm keter tu aku ckp kt dier.."Reiya, Noni x bwk kunci umah tau"
sekali dier jwb.."hah!!!aku pn luper bwk"
hmm...at last ilang selera mkn..diner kt shah alam??luperkn jer la..jom diner dpn umah..gagaga

thank you so much pader En Mashimagho, housemate dier yg aku luper namenyer, Imah n Afni..tq sgt2 atas cubaan korang utk buka pintu trsebut..walaupn x berjaya, tp effort korg tu amatla aku n Reha hargai..
jom kitorg belanjer mkn kt Azwath..Reha nk tlg byrkn..ngahaha

so, smlm aku n Reha menumpang kasih d umah imah n afni..ari ni g opis pnjm baju imah yg plg chantek..heheh

tq..tq..tq

CMMI
*******************

ari ni ader audit CMMI..tgh mengejar level 4. CMMI aderlah satu bentuk standard ukt comp2 IT..yg plg tinggi aderlg level 5..InsyaAllah x lamer lg dpt la tu..
kalo comp2 India mmg dh byk dpt level 5..diorg expert ckit bab2 standard nih..kalo kt M'sia x byk sgt..mostly bole capai smpi level 3 shj...
dulu maser study prnh la bljr standard2 nih mcm CMMI n ISO..skrg x sangka kena implement kt real life..quite interesting

ok la..nk start keje..c ya

Tuesday, December 16, 2008

yuhuu...

hai korg..dh seminggu x brblogging nih..al-maklumla cuti knn..aku kalo cuti, mmg aku haramkn dr memandang PC...gagaga..so, kalo nk pandang pn x bole, apertah lg nk menulis kn..jawabnyer sunyi la kjap 'my blog' nih...

cuti raya haji yg lpas, mmg agak best..tp x der la happening sgt mcm raya puasa..

statistik raya kali ni:-
- total bdk2 dtg umah :- 9 org shj...diorg ni x pndi...dtg beraya dtg ramai2..kalo time aku dulu, sanggup pg masuk sorg2..lpas dh abis braya, kwn aku lak g umah tu..br la dpt byk ckit..ni sekali dtg, 6 7 org..alamtnyer aku bg ciput je la kn..bole plak, lpas dpt duit, pandang2 aku, tunjuk muka x puas ati...ampes tul..
raya kali ni aku x tukar duit pn..ingatkn x yh kasi duit raya..sekali sepupu sepapat yg kecik2 ramai la plak..mak abah aku lak, kalo time nk kena hulur, sume tgk aku..then g ckp kt bdk2 tu.."ha, g salam ngn kak Nurul..dia byk duit"...patut la mase aku kasi duit raya, sume tgk dengan pandangn x puas ati je..mesti lam hati diorg.."kata kayer..tp bg iniiii jer.."(aku agak je la..)
lantak korg la...
- total org tyer biler nk kawen:- ader 4 org makcik2..skrg dh pndi jwb dh bile org tyer cam tu..hasil didikan reha la ni..tq ye my pren..hihi
- total baju raya:- ZERRO sbb aku luperrrr..ni sumer En Din punyer psal..dia yg lncarkn kempen jimat cermat..sekali baju raya pn aku trjimat sekali..pki yg ade je..huhuhu

Ana n En Temmon dtg umah mase hari raya ke-2..raser amatla best sbb dh lama x jmp Ana..mak aku masak Kuew Teaw goreng n Laksa..mak ckp ikut la diorg nk mkn mane satu..n seperti yg aku jangka, diorg melantak dua2..x der pilih2 punyer..hahaha

memandangkn abg2 aku sume kt Kedah, so mmg senang la nk jmp..aku je yg trsesat kt cni..kak ipar pn org dkat2 umah gak..yg 1st tu naik beskal pn smpi..yg 2nd bole gak naik beskal tp semput la ckit..kalo naik motor, setgh jam pn dh smpi dh..
sbb tu mak selalu pesan.."carik dkat2, senang nk blek umah"...hmm, btul gak knn..hihi

ok la, nnt la plak sambung..nk buat keje lak..bye

Friday, December 05, 2008

Hujahan teknik ‘rebonding’, kerinting rambut

Bolehkah terangkan hukum membuat teknik ‘rebonding’ iaitu teknik meluruskan rambut. Ada yang mengatakan salah kerana mengubah ciptaan Allah. Bagaimana pula dengan orang berambut kerinting, kemudian hendak meluruskannya. Begitu juga jika rambutnya memang lurus, kemudian hendak meluruskan lagi supaya lebih sihat dan cantik. Bagaimana pula kalau dia meluruskannya untuk kelihatan cantik di hadapan suami. Pada masa sama memakai tudung dan tidak ada niat untuk menunjuk-nunjuk kepada orang ramai, tetapi hanya untuk suami.

Isteri anggun,
Johor Bahru, Johor.

Islam adalah agama fitrah. Tidak ada satu pun hukum dan peraturan dalam ajaran Islam bercanggah dengan fitrah.

Manusia umumnya, tidak kira sama ada lelaki atau wanita suka melihat sesuatu yang cantik dan memperlihatkan kecantikan yang ada pada dirinya. Dengan kata lain, ingin supaya orang melihatnya dalam keadaan kemas dan cantik.

Justeru, Islam bukan saja mengharuskan, malah menggalakkan wanita dan lelaki berhias bagi memenuhi tuntutan fitrah yang sukakan keindahan dan kecantikan. Diriwayatkan Ibn ‘Abbas pernah berkata: “Sesungguhnya aku berhias untuk isteriku sebagaimana aku suka dia berhias untukku. Sebagaimana aku suka menuntut semua hakku daripadanya, aku juga menyempurnakan semua haknya daripadaku kerana Allah berfirman maksudnya: “... dan untuk isteri-isteri itu haknya sebagaimana mereka mempunyai tanggungjawab terhadap suami mereka dengan cara yang makruf (Surah al-Baqarah, ayat 228).”

Berdasarkan prinsip itu, fuqaha mengatakan bahawa semua jenis perhiasan adalah harus kecuali ada nas yang jelas dan sahih menunjukkan haram. Dalam hal ini, mereka berpandukan kaedah fiqh “asal semua perkara itu harus melainkan ada dalil yang menunjukkan ia haram.”

Selain ada nas yang jelas menunjukkan haram seperti wasymu (tatu), mencukur bulu kening, memakai rambut palsu dan sebagainya, beberapa perkara perlu diberi perhatian dalam menentukan sesuatu itu halal atau sebaliknya.

Pertama, niat atau tujuan perkara itu dibuat.

Niat yang tidak baik akan menjadikan sesuatu yang pada asalnya harus itu haram. Tetapi, niat yang baik tidak menjadikan perkara yang haram itu halal. Umpamanya, memakai rambut palsu dengan niat menyenangkan hati suami, tidak akan mengubah hukum pemakaian rambut palsu itu.

Kedua, dari segi cara pelaksanaannya mesti tidak melanggar batas syarak seperti memotong atau merawat rambut di salun terbuka atau menggunakan khidmat pendandan yang berlainan jantina.

Ketiga, dari segi bahan yang digunakan mesti bukan daripada benda yang najis atau bercampur najis atau bahan yang boleh mendatangkan mudarat pada agama, nyawa, akal, zuriat dan harta dalam jangka masa panjang atau pendek.

Keempat, khusus bagi golongan wanita.

Kerap ditekankan wanita wajib berhias untuk suami. Itu memang benar. Fuqaha berpendapat jika suami menyuruh isterinya berhias, menyediakan alat atau bahan perhiasan untuk isterinya, maka isterinya wajib taat dengan menggunakan alat atau bahan itu.

Ia dengan syarat apa yang disuruh oleh suami itu tidak termasuk dalam kategori perhiasan yang haram.

Sekiranya suami memerintahkan isteri melakukan perkara haram, isteri tidak wajib mematuhinya. Hal ini kerana Rasulullah SAW menegaskan dalam sabdanya bermaksud: “Tidak boleh taat kepada makhluk sekiranya membawa kepada maksiat (derhaka) kepada al-Khaliq (Allah).

Berkaitan dengan persoalan yang ditanyakan iaitu ‘rebonding’, merujuk kepada tafsiran yang dibuat oleh Sa’id Hawa dalam al-Asas fi at-Tafsir terhadap ayat bermaksud: “Dan sungguh, aku akan menyesatkan mereka, dan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong, dan menyuruh mereka membelah telinga binatang ternak; dan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah.Dan sesiapa yang mengambil syaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain Allah, maka sesungguhnya rugilah dia dengan kerugian yang terang nyata.” (Surah an-Nisa’, ayat 19). Ia tidak termasuk dalam kategori mengubah ciptaan Allah.

Beberapa pendapat yang dikemukakan fuqaha berkaitan perhiasan yang halal dan haram juga tidak menyebut ‘rebonding’ sebagai haram.

Pandangan dan soalan layari www.wanitajimceria.blogspot.com

Thursday, December 04, 2008

Abah..i'm grow up..i'm 24...

hehe..mcm pelik je tajuk dier kn??ari tu aku ade citer kn..tayar HoneyVi pancit kn??sbb paku cium dier..tp skrg dh baik sbb dh g tampal itu ari..pastu aku bgtau mak abah aku perihal tayar tu..then abg aku plak gelabah x tentu psal..dier ckp pegi la tukar tayar baru..awk tu nk drive jauh..kang jadi pape tgh jln susah plak..pastu biler dier ckp mcm tu, mak abah aku ni brganda2 plak gelabahnyer..2 3 kali duk ulang benda yg samer.."Nurul, esok g tukar tayar"(sila ulang baca sebyk 3 kali ye)..aku pn ckp la..ala, x yh la tukar2 tayar..tayar tu elok lg..kena paku kecik je..bole jln lg tu..then abah aku serta merta membidas.."x der x der, esok g tukar..pastu msg abh baper kena bayar..abah masukkn duit"..aku plak biler dgr abah ckp mcm tu, tetiba raser hangin kus kus satu badan..aku ckp.."abah, nurul ada duit la, nurul bole bayar"..masa tu mak aku dh diam dh..dia tau aku x suke bila abah selalu sgt tlg aku..sbbnya AKU DH BESAR..aku bakal masuk usia 24 dh..DH BESAR DH ANAKMU NI...
dulu prnh 1 ketika, aku nk bwk diorg g Perak..nk melawat nenek aku kt ctu..then abh ni senyap2 je dia pegi call abg2 aku ajak pegi sekali..pastu diorg x leh ikut sbb ader keje..then dia ajak plak jiran aku..pn diorg x leh ikut..last sekali x jadi pegi..abah ckp.."Nurul, x yh la pg lg..nnt2 la ye kita pegi"..tp aku tau, ayat sbnr yg abh nk ckp "x der org yg bole ikut kite, abh x harap sgt ngn kamu..kalo ade abg, ok la ckit..ni kamu sorg yg drive, x nk la abah"
ha..itu ayat sbnrnyer...
aku ni diam je la..mmg abah x anggap aku dh besar..dh bole berdikari..dh bole jaga diorg pn

smlm aku call abg Zaniel(abg sulong)..nk mengadu la konon..aku ni mmg..ade x puas ati je, mesti crk abg..bkn crk En Din..gagaga..aku ckp la.."abg, abah selalu x prcaya kt adikmu ini(ni tmbh je..heheh)..org dh besar la..tp still buat org mcm bdk kecik lg"
ayat abg plg best.."mmg la, even umur kamu 30 pn abh akn anggap kamu bdk kecik lg..kahkahkah(gelak keji)"
ngrrr...tlg la korg..aku nk jadi orang BESAR..tp, hmm..ntah la...

lg satu, smlm jgk aku g buat smthing kt rambut aku..ni projek brsama Reha..nk dkat 4 jm brabis masa d saloon..perghh..sungguh puas ati...raser best je tgk rambut sendiri..n lg best kuarkn rm250 dr purse..hambek ko..kak Miza kater mmbazir je..tp aku suker..lg duit penuh dlm purse, lg tgn aku gatal nk peghabihkn..skrg pdn muke ko Nurul..duit rebate keter yg aku dpt dh abih dh..En Din call maser aku kt saloon..ha, menggelupur nk jwb..aku ckp dtg cuci rambut jeeee..ngeh ngeh ngeh..kalo la dier tau aku dh hanguskn rm250 utk rambut, mau kena kerat 14 nih..mati laaaa

p/s: x sabar nk tggu ana blek..nk tnjk rambut baru..hihi

Wednesday, December 03, 2008

takziah buat keluarga burung di Cyberjaya

semasa dlm prjalanan nk ke opis pg td, aku trnmpk 2 ekor burung gembala kerbau kt tepi jln..yg sekor dh trbaring, yg sekor lg menarik-narik sayap burung yg trbaring tu..aku yakin yg trbaring tu dh mati sbb x brgerak lgsg..n tu mesti keje driver2 yg x prihatin trhadap makhluk lain yg turut mggunakn jln raya..mesti dh kena langgar ni burung tu..aku kesian sgt tgk gelagat burung yg masih idup tu..tggu je kt tepi kwn dier...
aku kalo nmpk ape2 benda yg melintas dpn aku, mesti aku slow..even ia hya sekadar binatang kecil..bg aku diorg pn makhluk Tuhan jgk yg layak utk idup mcm kiter..
so, prihatin la ckit..jgn main redah je!!!

why i'm so emotional lately???

Monday, December 01, 2008

hepi 1st anniversary HoneyVi..

tanggal 29 Nov yg lalu genapla sethn usia HoneyVi..dh merata dia pegi..juz name it..Kedah..Melaka..Pinang..dll..jauh btul dia merantau..adanya dia, idup aku become easier..yg plg best, bole blek Kedah sesuka hati..raser nk blek, redah je..x yh nk pening2 pikir tiket n menapak ke Pudu tu..hihi..best best..Alhamdulillah..syukur pd Tuhan yg bg aku rezeki...

ari ni HoneyVi buat hal..smlm tyar blkg kempis giler, dh g pam dh..tp ari ni kempis lg..so, bwk la dier jmp Dr utk mendptkn rawatan..ghupernyer ada paku yg melekat..ampes tul la..saper plak yg rajin g tabur paku kt tgh jln ni???mesti keje mekanik nih..tabur paku bg kene tyar, pastu nnt diorg dpt duit..tul x?? haishh, x baik tuduh..sori sori..tarik blek..gagaga
dh byk duit abis utk HoneyVi..biaser la tu..beli keter adlh pelaburan yg merugikan..sbb tu la mak aku larang sekeras2nya aku nk tukar cik City..pnjg lebar dia bg ceramah free kt aku..huhu

ujung minggu ni HoneyVi akn travel lg..tentula ke Kedah sempena cuti raya..raya kali ni kitorg akn ke Perak plak sempena Family Gathering..abg aku ckp thn ni kt Perak plak..tp x tau la kot2 diorg tukar plan..yg pntg, HoenyVi akn sentiasa turut serta..hahaha

LUV U HONEYVI...mmmmuuahhhhhh