Wednesday, February 23, 2011
Sunday, February 20, 2011
PHP Meetup 2011: Framework Shootout
haa..saya attend event gaduh-gaduh itu semalam..wohh, yang present semua otai2 PHP okeh..adalah harus merasakan diri ini kerdil sekali di situ..tapi tak per, learning is a long-life time process right?? so, keep learning sampai u jadi otai ok!!
jangan salah faham perkataan gaduh-gaduh itu..bukannya gaduh-gaduh yang macam kat Mesir tu, ni gaduh in intelligent way (hah?? ader ke gaduh in intelligent way?) yer, ader...framework A kutuk framework B, framework B kritik framework C, framework C backup framework A..haa, macam tu la..faham??
so, audient yang kat bawah ni, bole decide sendiri which framework suit their needs and can choose by themself which one is best...
p/s: Rafi, u dah pilih ke nak guner mana satu?
jangan jadi macam saya..once Bro Azril present pasal CakePHP, berkobar-kobar nak balik belajar buat CakePHP..i'm expert in baking Chocolate Cake only all this while, now let's try CakePHP plak :D
lepas tu belajar pasal Django, dan-dan nak try yang tu plak..but it is Python framework..nak belajar python dah satu hal..tak sempat la den (baca: malas)
budak-budak CS sila angguk kepala tanda setuju...:D
ada dua Malaysian products presented - dooPHP and PHPHyppo...dooPHP ini baru first time dengar...but PHPHyppo dah lama dengar since the founder is my officemate...yer, founder phphyppo is my officemate..bangga kejap!!
saya start berjinak-jinak dengan framework ni pun setelah di'paksarela'kan untuk guna phphyppo untuk salah satu projek..so, tak der la jakun sangat pegi meetup semalam..heheh
p/s: Rafi cakap hyppo nampak senang, tapi saya kata susah sebab saya tak pandai php..huhu
observation
*************
1. event free, tapi dapat sarapan nasi lemak, lunch nasi ayam..memang terbaik!!
2. kami datang awal, dapat mug free...sangat terbaik wokk!!
3. sampai pukul 8pagi, organizer baru nak buka registration booth..i said to Rafi, kerja2 macam ni kena bagi kat girls, baru cepat and efficient..heheh
4. Bro Amran tolong apply masuk Raja Lawak..saya sanggup undi sampai menang!!
Friday, February 18, 2011
February...
memandangkan saya dah tak ada cuti bermula hujung bulan lepas..weekdays ke ofis, weekend ke kelas, makanya saya dah terbiasa bangun awal..suka!!
hari cuti Selasa lepas bersempena Maulidur Rasul, saya SMS Ifah ajak pegi makan roti canai pukul 7.30 pagi...dah tak mampu nak bertahan tido sampai pukul 12 tgh hari :D
lepas abis waktu kerja, saya main ping pong...pernah saya main dengan berkebaya dan high heels..yes, you have to expect jerit lebih banyak dari pukul bola..sebab takut bola ping pong kena muka, nanti lebam sini sana..hilang seribu :p
esok TERPAKSA ponteng kelas, sebab nak menghadirkan diri ke PHP Meetup 2011..wajib pegi sebab ramai kawan-kawan yang saya sayang akan hadir sama..
inilah cabaran belajar part-time, ada masa kena ponteng kelas..ada masa kerja ofis bertimbun-timbun..ada masa siang pergi kelas, malam kena stand by..ada masa saya MALAS...heee
musim demam PILIH KASIH akan berakhir ahad ini..yer, mari bersorak riang ria ramai-ramai...yeayyyyy!! hoh, tak sangka dah lebih 3 bulan bergelumang dengan projek nih..dah nak sampai episod akhir dah pun..saper peserta pun saya tak kenal..dah tak excited macam season 1 dulu..dah tak beriya nak jumpa Rosyam..sekali pun saya tak pernah pegi tengok live show kt RTM Senawang tu...hati berat kepada nak abiskan projek je..sekarang dah pun nak abis..Alhamdulillahh
banyak tarikh di bulan ini yang saya sentiasa ingat...birthday kawan-kawan - untuk Ifah, berjaya 'menipu' kamu untuk bikin surprise..hehe, birthday abang yang sentiasa support adiknya "Nurul, u can do it", "Nurul, i support u no matter what", "Nurul, never give up!" dan paling penting, birthday IBU..hohh, miss her so much
p/s: utk 2011, ada tarikh kelahiran Nabi Muhammad SAW..selawat banyak-banyak ye
dan
February ini...
'
'
'
'
i still keep going and never give up ;)
Sunday, February 13, 2011
rindu...
*********************************
me: "mak, kakak dah x bole balik lepas ni sampai raya puasa..sebab ada kelas setiap sabtu n ahad"
mak: "tak rindu nanti??"
me: ...
Saturday, February 12, 2011
Friday, February 11, 2011
HKLBR mode...
Monday, February 07, 2011
exam yang baraiii
saya balik kampung minggu lepas..saya bawak balik sekali semua notes untuk ulang kali..giler semangat..tapii, notes yang trsimpan elok kat dalam bag, masih lagi tersimpan elok sampai saya balik KL semula..ntah pape..nak study la kononnn..lupakan!!
saya balik KL hari sabtu..kul 10pg dh brtolak Kedah - KL..tapi perjalanan kali ni sangat meletihkan sebab keter banyak giler..badan letih..mata letih..otak pn letih..kul 4ptg baru sampai rumah..
malamnya, saya start bukak buku yang trsimpan elok dalam bag tu..pastu baru teringat yang presentation slide tak siap2 lagi sbb before exam kena present assignment dulu...arghhh!!
so, bukak laptop pulak..30min presentation slide siap..Alhamdulillah..
ok, baru start belek-belek notes...
100 PAGES TO BE READ BY TONITE!!
hoh, dh start menggelabah and menggelupur...bila menggelupur, baca apa pn tak masuk sangat...
2 jam yang pertama steady lagi..mata pn rilek je..
masuk jam yang ke- 3, mata dah tak larat nak angkat..mancis tak der nak buat tongkat mata..yang nampak masa tu bantal je..
saya TERRRtido sampai pukul 6pagi...
60 PAGES TO GO!!
start menggelupur semula..dalam pada itu, baca jgk la apa yang patut...
presentation pukul 10 pagi, exam pukul 11pagi...
after all, presentation went well..but exam..hmmm, 2 soalan tak dapat jawab...
yer, salah sendiri :(
abis exam, sempat bersembang dgn classmate...
"Nurul, u larat ke buat phd part time ni?? kitorang yang amek master ni pn dh letih giler..memang kitorg tak nak sambung dh lepas abis ni..x tahan okkk"
ok..fine..u bukan orang pertama yang tanyer i..u dh yang keberapa belas dh tanyer...
to be sincere, i tak der jawapan..i tak tau larat ke tak..anyway, thanx for your concern...TAPIII, kalo setakat nak melemahkan i, i tak rasa i perlukan u punyer concern..okkk?!
But it’s the only path to the greatest thing that could possibly happen in your life."
Sunday, January 23, 2011
tak sehat
ari sabtu ader kelas kul 9pg..awal aku bangun nak pegi kelas..elok tengah iron baju je, kepala dh start pening-pening lalat..pastu rehat kejap..bangun balik tapi pening lagi..asyik duk pening-rehat-bangun-pening tengok jam dh kul 9.15pg..dangg!! x jadi pegi kelas..call maiza ajak breakfast...baring lagi layan pening..bangun nak siap2 pegi fetch maiza, but seriously rasa x mampu nk drive..text maiza bgtau cancel...sorry beb..
10mins later, Ana call..dier ada area2 umah aku, pegi klinik katanya...aku ajak singgah umah dulu minum-minum ke..lebih kurang kul 11pg dier sampai..pastu Ana ajak ikut diorg pegi check up kt SJMC, and aku ajak diorg teman pegi UTM kejap amek jadual kelas...sepanjang perjalanan SJMC -UTM tu dua kali aku muntah..hoho..sorry guys..pebenda la aku makan lately ni..rasa mcm sama je mcm hari2 lain..ntah laaa...dah sampai UTM, insan berkenaan cuti la pulakkkk..aku dua kali kott muntah nak sampai sini, dier bole cutiiii...danggg!!
harini seharian bole berehat kt rumah...rasa mcm dh ok ckit dh..hope esok lagi okk..banyakkk keje nk buat nih
Wednesday, January 19, 2011
Ujrah - helah PTPTN yang paling licik!!
2- Perubahan sistem 3% kepada 1% yang dinamakan sistem Ujrahsebenarnya mempunyai helah tertentu yang harus diketahuï sebelum diisi.
3- Baki yang dikira bukan baki semasa, tetapi adalah baki pada tahun tertentu, dalam kes ini Jun 2008.
4- Perjanjian yang adil sebenarnya hendaklah menggunakan jumlah asal pinjaman seperti yang terdapat dalam perjanjian asal.
5- Menggunakan baki pada tarikh yang berlainan sebenarnya menimbulkan keraguan, contohnya apabila peminjam telah meminjam pada tahun Jun 2000 hingga Mei 2003 (selama 3 tahun).
6- Dalam kes ini, peminjam telah dikenakan kos sebanyak 3% dari tahun 2003 hingga 2008.
7- Justeru, jika pinjaman asal bernilai RM 24000, dengan dicampur dengan kos di atas (3 % x 5 tahun) akan bernilai RM 24000 + RM 3600.
8- Dengan anggapan peminjam belum lagi membayar sebarang jumlah sehingga tarikh tersebut, jumlah yang dinilai dalam perjanjian ini sebenarnya bernilai RM 27600.
9- Melaluï sistem Ujrah, peminjam akan dikenakan 1% daripada jumlah (RM 27600) ini bernilai RM 276, selama 126 bulan iaitu 10.5 tahun.
10- Justeru, peminjam akan dikenakan tambahan sebanyak RM 276 x 10.5 iaitu RM 2898.
11- Maka jumlah sebenar yang dikehendaki dibayar oleh peminjam adalah RM 27600 + RM 2898 iaitu RM 30498.
12- Maka peminjam akan membayar RM 30498 setelah meminjam sebanyak RM 24000.
13- Ini melibatkan pertambahan jumlah sebanyak RM 6498 daripada jumlah asal pinjaman, atau 27.075% daripada jumlah asal.
14- Sebenarnya, setelah dikira, sistem ini adalah satu helah bagi PTPTN mendapatkan kembali bayaran balik dengan cara potongan gaji.
15- Setelah menandatangani perjanjian sistem Ujrah ini, peminjam akan membayar secara potongan gaji tanpa boleh mengelak daripada membayar pinjaman ini.
16- Ini bermakna, keuntungan adalah kepada PTPTN, yang mengambil 27.075% daripada pinjaman asal, DAN pembayaran on-time melaluï potongan gaji.
17- Saya melihat ini sebenarnya adalah helah untuk memaksa peminjam membayar melaluï potongan gaji, dan bukan sebagai satu “ihsan” untuk mengurangkan beban peminjam.
18- Saya melihat ini adalah helah bagi memastikan peminjam yang selama ini hanya membayar RM 50 sebulan, yang entah bila akan habis membayar pinjamannya, akan membayar RM 200+ sebulan mulaï tarikh sistem Ujrah diluluskan.
19- Lebih menguntungkan pihak PTPTN, ia akan berlaku secaraclean atas topeng Syari`ah.
ألا ترون يا من وافق لهذا أنه ربا مبينا وغشا مخفيا؟
WaLlahu a`lam.
Sumber asal: http://www.al-fikrah.net/index.php?name=Forums&file=viewtopic&p=645656#645656
Bacaan berkaitan:
http://zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/859-ptptn-baru-berasaskan-ujrah--ulasan-saya.html
**hmm, untuk yg ader adik or anak yg baru nak masuk univ, renung2kan and pikir2kan...naperla zaman belajar lagi dah dididik supaya meminjam??! kesian kiter kn?
Tuesday, January 18, 2011
UTM vs UK
since sekarang dh jadi student part time, so hari2 mmg busy..weekend ke weekdays ke sama je..dh x bole bangun lewat on weekend..arghhh!! (saper suruh cari penyakit?! so STOP COMPLAINING!!)
ok ok..x mo complaint byk2...my boss prnh cakap 'once u make a decision, stick with it..jgn duk toleh blkg dh..proceed je'
pagi tadi ke UTM jmp my supervisor n Dr Suriyati...both of them are very nice people..dh byk sgt diorg tlg aku utk start belajar ni especially my supervisor..Dr Suriyati ader mention psal study leave..mayb kena amek jgk la study leave..mayb about 6month ke..juz to finish subject2 utk Master..then once dh buat research, dh x pyh pegi class mayb time tu dh less busy..bole la buat part time semula...x per la, yg tu pikir kemudian..as for now, schedule mcm ok je kalo buat part time...
last saturday dh start 1st class - research methodology..well, a nite before dh start nervous dh..ntah pape je kn? nk pegi kelas pn nervous..well, 1st time mmg la susah!! tapi kelas tu mcm ok je..lecturer baik..classmate pn baik2..sgt suka bole join diorg...hah, lagi satu..i'm da 1st person yg masuk kelas tau..cemerlang x hengattt..maklumla, budak baruuuu..wink wink
semalam mimpi Syaz..my fren yg dh selamat ke London skrg..mayb rindu sgt kot smpi trmimpi-mimpi..haha..bln Sept mcm ader masa ckit sblm start new semester kalo nk pegi holiday..wahhh, berangan x hengat!! but seriusly, mmg dissappointed giler x dpt join Syaz further study kt UK..x per la, Allah knows best kn?? redha redha...tapiiiii, tetap nk pegi UK jgk one day...lets put an extra effort for that ;)
Friday, January 14, 2011
new chapter begin...
lepas dah macam-macam onak duri, cabaran, halangan, rintangan yang datang dan pergi, akhirnya saya memilih untuk menjadi pelajar semula...
makanya, cik Noni akan berulang-aliklah Semarak - Sri Kembangan - Cyberjaya selama beberapa tahun mendatang...
doakanlah agar segala-galanya akan baik-baik aja...Aminn
Friday, September 03, 2010
everything happen for a reason
everything happen for a reason...i remain believe to that phrase, just to keep me going and to keep me smile..even sometime i can't keep my tears from pouring down...
Wednesday, August 18, 2010
peringkat-peringkat Solat
- Sembahyang Orang Jahil
- Sembahyang Para Nabi-nabi dan Rasul-rasul
Golongan ini terlalu khusyuk sembahyangnya, dengan lain perkataan 'fana' dengan Allah. Roh mereka sampai ke alam yang tinggi. Sifat-sifat Allah dihayati sungguh-sungguh. Bahkan mereka boleh sampai ke alam malakut.
Sembahyang seseorang yang tidak ada ilmu tentang sembahyang. Sekalipun sembahyang itu kemas, tepat pada waktunya dan berjemaah, tetapi tertolak kerana dilakukan tanpa ada ilmu.
Sembahyang Orang Lalai
Pada zahirnya nampak lengkap. Ini kerana sebelum sembahyang itu dikerjakan, ilmu mengenainya sudah dipelajari. Bacaan dalam sembahyang dijaga betul. Tapi fikiran orang orang yang bersembahyang itu melayang, memikirkan perkara lain, tidak menghayati sembahyangnya.
"celakalah bagi orang-orang yang bersembahyang dan mereka lalai dari sembahyangnya."
Surah Al-Ma'un, Ayat 3 dan 4.
Mereka ini akan Allah masukkan ke dalam Neraka Wail.
Sembahyang Kerana Selain Allah
Sembahyang yang dilakukan kerana adat dan budaya. Mungkin seseorang itu lahir dalam suasana Islam. Sejak kecil dia melihat orang sekelilingnya sembahyang, lantas dia pun sembahyang.
Sembahyang bagi golongan ini juga tertolak.
Sembahyang Peringkat Mujahadah
Mereka memiliki ilmu tentang sembahyang dan berusaha menghayati sembahyangnya. Mereka ada kesungguhan tetapi jiwa tidak hidup. akal sudah berperanan, tetapi hati belum dapat dibawa bersama di dalam sembahyangnya. Bahkan di dalam sembahyang, mereka bermujahadah untuk mendapatkan rasa khusyuk.
Allah sayang pada orang yang bermujahadah. Allah menerima sembahyang golongan ini setakat yang mereka khusyuk sahaja. Walau bagaimanapun, mereka masih belum tentu selamat. Terpulanglah kepada Allah menentukannya.
Sembahyang Orang Soleh
Diperingkat sembahyang ini, akal fikiran sudah boleh ditumpukan supaya khusyuk kepada Tuhan di dalam sembahyangnya tetapi jiwa dan hati belum sepenuhnya dikawal. Akal sudah boleh disibukkan dengan mengingatkan makna-makna bacaan dan pergerakan sembahyang. Golongan ini sudah tidak lalai dalam sembahyang.
Untuk sembahyang kita diterima, kita sekurang-kurangnya berada diperingkat ini. Ia peringkat paling minimum.
Sembahyang Para Wali
Di peringkat sembahyang para wali, akal, hati dan fizikal telah dapat dikawal. Golongan ini sudah dapat menghayati sembahyang. Apabila menyebut Alhamdulillah, hati terasa bersyukur dan akal memahaminya. Bila berdiri tegak, dia dapat merasakan bahawa dirinya sedang menghadap Tuhan. Bila bertasbih, terasa dirinya kerdil dan hina di hadapan Tuhan yang Maha Agung. Bila berdoa, hati sentiasa rasa mengharap.
Sembahyang beginilah yang melahirkan rasa kehambaan. Bahkan dapat merasakan kelazatan di dalam sembahyang.
Thursday, August 05, 2010
Ogos yang sibuk
7 Ogos, jatuh pada ari sabtu yang akan datang ni..ader Girls Day Out..bertempat di rumah Jue di puncak Jalil..baru je beliau pindah situ..bercadang nak main masak-masak n main pondok-pondok kt situ..so girls, jumpa di sana ya..malam plak ada Maskara Shorties kt Rumah Pena..itu pn kena pergi juga..sila check sini
10 Ogos, jatuh pada ari selasa minggu depan..ada Sharing Moment Program di UIA..dijemput buat kali ke-2 sebagai panel bersama En Sidek yang sengal itu...so Sidek, c u there..aku nk bawak mama Ana sekali..temankn aku sambil2 tu bole mengimbau kenangan lalu..wahhh (beliau dh mntk belanja beliau makan kt Gallery)
11 Ogos, ditakdirkan jatuh pada hari selepas 10 Ogos itu..bersamaan 1 Ramadhan..maka brsiap sedia untuk berlapar dan berdahaga..bersedia untuk lebihkan beribadat dan kurangkan beraktiviti luar
ok, aku nak sambung database design..adiosss
Tuesday, July 27, 2010
pening
nak sambung belajar...
nak kawen...
nak siapkan POC projek baru kt opis ni...
itu senarai yang besar-besar..yang kecik-kecik lagi banyak..malas nk tulis n malas nk cerita..nanti lagi pening jadinya..
ok, kita selesaikan satu-satu...
bersedia utk ditemuduga esok..yang lain, pikir kemudian
Wednesday, July 21, 2010
Forget your head and listen to your heart
p/s: thanx Leen
Sunday, July 18, 2010
bosan
saje tulis ckit sbb nk bagitau streamyx kt umah aku dh ok..
thanx to Contractor Azlan sbb fixed my problem..
Thursday, July 15, 2010
sama dan serupa
contractor TM kalo x maki, keje x jalan...
kena ade tahap kesabaran yg tinggi bercakap ngn diorg nih!!
weekend ni kalo aku x der entry baru, maksudnya mmg contractor TM makan duit haram..gaji jalan, keje x buat
Monday, July 12, 2010
oh lelaki
1. sgt pandai
2. tak banyak cakap
3. not show-off trhadap kepandaiannya
kalo x der salah satu, korang memang x cool
kt opis aku ader beberapa orang yg begitu...
annoying!!
Sunday, July 04, 2010
dia adalah contoh lelaki yg patut direjam
tempat kejadian: jiran dpn rumah aku
masa: 4.20pagi
aku trsedar dari tido lpas dgr suara sorang perempuan yg mcm sedang histeria..kaw2 punyer dier marahkn seseorang...aku intai dari celah langsir..aku nmpk dgn terang apa yg jadi depan mata aku..ada dua perempuan dan seorang lelaki..yg seorang lelaki dan seorang dr perempuan itu mmg aku kenal..diorg jiran depan rumah aku yg aku panggil kakak and abang..yg lg sorg perempuan tu aku x prnh nmpk...
dari butir percakapan akak tu, aku dpt mengagak dier tgh marahkan husband dier n perempuan yg aku x kenal tu..still aku x dpt tangkap aper issue diorg nih..
tetiba jer raser nk jd CSI..haha
akak tu punyer mengamuk smpi memaksa abang tu keluar dari rumah tu..aku nmpk abang tu dh masuk dlm keter..kire dh nk blah la..dier biar je akak tu melalak sorang2..cian plak aku tgk..
tapiiii..kenaper perempuan yg x dikenali itu ikut abang tu sekali?? dier pn nk blah jgk nmpk gayanyer...jeng jeng jeng...CSI is coming into town now..hahaha
elok je abang tu blah bersama perempuan x dikenali itu..akak tu pn blah jgk..aku dh mmg x leh tido dh..paler otak duk figure out aper sebenarnyer mslh diorg nih...still x dpt nk tangkap aper sebab sebenar akak tu bole mengamuk sebegitu rupa...
tgh aku duk syok memikir tu, dgr bunyi keter berenti depan rumah aku...cuak la jgk kn..maka mengintailah aku kt celah2 langsir aku tu..keter abang tu parking kt dpn umah aku..dier kuar n trus masuk ke dalam rumah diorg..dier x masuk umah aku okkk...5min kemudian dier kuar blek bersama baju2nya..dia bwk kuar gitu je..x der pn nk letak2 dlm beg..mayb x sempat kot nk mengemas..pandai je aku kn..haha
ada tangan yang bukak pintu keter dari dalam..aku syak itu tangan perempuan tu kot...then dier blah...
pastu aku pn sambung tido..dh malas dh nk memikir hal rumah tangga orang...
lpas subuh je, aku intai lagi..mcm x puas ati lak selagi x tau masalah diorg nih..nk jd CSI, kena 'in' smpi kes selesai..x leh putus di tengah jln...itu mengalah namanya
pintu pagar umah diorg trbuka luas..x prnh2 begitu..selalunya trtutup rapat..selalunya abang tu mmg marah aku kalo pintu pagar umah aku x tutup...arini dier plak x tutup..tu la, kutuk orang lagi..kn dh kena batang idung sendiri..eh, dh melalut dh ni..ok, back to the story...
sepanjang pagi td, nothing happen at that house..smpi la tgh hari, time aku br nk keluar minum, keter abang tu ader kt dpn rumah tu..tp x perasan plak ader orang lain ke x kt dlm keter dier...
then investigation terhenti seketika sbb aku pegi minum...
malamnya, akak tu blek..tp dier x blek sorang..dier bwk geng..parents dier n family members ader sekali...kena plak time tu aku nk keluar diner..ayah akak tu ader kt luar..dier pandang je aku..then aku pn pegi la tegur pakcik tu...
me: Assalamualaikum pakcik..pekaba?
pakcik: W'salam..Alhamdulillah sehat..pakcik nk tyer ckit ni..ader nampak x abang dpn umah ni blek cni?
me: ader nmpk tgh hari td...
pakcik: dier ada bwk sesiapa x? perempuan ke...
me: sy x perasan plak pakcik...
aku refuse nk bgtau psal aper yg aku dengar n aku nmpk awal pagi tu..takut plak nk masuk campur..aku dh quit dr CSI...
pakcik: anak pakcik blek umah pakcik pagi tadi nangis2..trkejut tgk dier...husband dier bwk blek perempuan lain...
tetiba raser nk jd CSI blek...
me: ooo..patutla sy dgr diorg brgaduh pagi td..bla..bla..bla (sumer benda yg aku tau, aku citer kt pakcik tu..nothing left)
pakcik: dier dh byk kali buat mcm tu..tp mungkin anak pakcik x dpt tangkap..kali ni dier takkan trlepas..yg pakcik sakit hati, dier tampar anak pakcik semalam...
************************
skrg baru aku paham kenapa akak tu x nak tegur aku..mesti dier risau sbb husband dier mmg gatal..jenis yg aku raser nk rejam je smpi mati...ntah perempuan mana la yg dier bwk blek smlm...isteri kt dlm rumah, sanggup dier bwk masuk perempuan lain...mmg dasar ****(fill-in the blank)
p/s: wahai wanita, be strong!!



