Wednesday, August 18, 2010

peringkat-peringkat Solat

    Sembahyang Orang Jahil
    Sembahyang seseorang yang tidak ada ilmu tentang sembahyang. Sekalipun sembahyang itu kemas, tepat pada waktunya dan berjemaah, tetapi tertolak kerana dilakukan tanpa ada ilmu.

    Sembahyang Orang Lalai
    Pada zahirnya nampak lengkap. Ini kerana sebelum sembahyang itu dikerjakan, ilmu mengenainya sudah dipelajari. Bacaan dalam sembahyang dijaga betul. Tapi fikiran orang orang yang bersembahyang itu melayang, memikirkan perkara lain, tidak menghayati sembahyangnya.

    "celakalah bagi orang-orang yang bersembahyang dan mereka lalai dari sembahyangnya."
    Surah Al-Ma'un, Ayat 3 dan 4.

    Mereka ini akan Allah masukkan ke dalam Neraka Wail.

    Sembahyang Kerana Selain Allah
    Sembahyang yang dilakukan kerana adat dan budaya. Mungkin seseorang itu lahir dalam suasana Islam. Sejak kecil dia melihat orang sekelilingnya sembahyang, lantas dia pun sembahyang.

    Sembahyang bagi golongan ini juga tertolak.

    Sembahyang Peringkat Mujahadah
    Mereka memiliki ilmu tentang sembahyang dan berusaha menghayati sembahyangnya. Mereka ada kesungguhan tetapi jiwa tidak hidup. akal sudah berperanan, tetapi hati belum dapat dibawa bersama di dalam sembahyangnya. Bahkan di dalam sembahyang, mereka bermujahadah untuk mendapatkan rasa khusyuk.

    Allah sayang pada orang yang bermujahadah. Allah menerima sembahyang golongan ini setakat yang mereka khusyuk sahaja. Walau bagaimanapun, mereka masih belum tentu selamat. Terpulanglah kepada Allah menentukannya.

    Sembahyang Orang Soleh
    Diperingkat sembahyang ini, akal fikiran sudah boleh ditumpukan supaya khusyuk kepada Tuhan di dalam sembahyangnya tetapi jiwa dan hati belum sepenuhnya dikawal. Akal sudah boleh disibukkan dengan mengingatkan makna-makna bacaan dan pergerakan sembahyang. Golongan ini sudah tidak lalai dalam sembahyang.

    Untuk sembahyang kita diterima, kita sekurang-kurangnya berada diperingkat ini. Ia peringkat paling minimum.

    Sembahyang Para Wali
    Di peringkat sembahyang para wali, akal, hati dan fizikal telah dapat dikawal. Golongan ini sudah dapat menghayati sembahyang. Apabila menyebut Alhamdulillah, hati terasa bersyukur dan akal memahaminya. Bila berdiri tegak, dia dapat merasakan bahawa dirinya sedang menghadap Tuhan. Bila bertasbih, terasa dirinya kerdil dan hina di hadapan Tuhan yang Maha Agung. Bila berdoa, hati sentiasa rasa mengharap.

    Sembahyang beginilah yang melahirkan rasa kehambaan. Bahkan dapat merasakan kelazatan di dalam sembahyang.

  1. Sembahyang Para Nabi-nabi dan Rasul-rasul
    Golongan ini terlalu khusyuk sembahyangnya, dengan lain perkataan 'fana' dengan Allah. Roh mereka sampai ke alam yang tinggi. Sifat-sifat Allah dihayati sungguh-sungguh. Bahkan mereka boleh sampai ke alam malakut.

Thursday, August 05, 2010

Ogos yang sibuk

dh masuk bln Ogos rupanya..aku pn sibuk semacam je sekarang..letih ke hulur ke hilir amek user requirement untuk projek baru..bole dikatakan dlm seminggu, dua tiga kali aku menapak ke Menara TM yang susah dapat parking itu..yang seronoknya, bole jumpa mama Ana..tp x selalu la..kadang2 dua2 sibuk, x berjumpa juga..

7 Ogos, jatuh pada ari sabtu yang akan datang ni..ader Girls Day Out..bertempat di rumah Jue di puncak Jalil..baru je beliau pindah situ..bercadang nak main masak-masak n main pondok-pondok kt situ..so girls, jumpa di sana ya..malam plak ada Maskara Shorties kt Rumah Pena..itu pn kena pergi juga..sila check sini

10 Ogos, jatuh pada ari selasa minggu depan..ada Sharing Moment Program di UIA..dijemput buat kali ke-2 sebagai panel bersama En Sidek yang sengal itu...so Sidek, c u there..aku nk bawak mama Ana sekali..temankn aku sambil2 tu bole mengimbau kenangan lalu..wahhh (beliau dh mntk belanja beliau makan kt Gallery)

11 Ogos, ditakdirkan jatuh pada hari selepas 10 Ogos itu..bersamaan 1 Ramadhan..maka brsiap sedia untuk berlapar dan berdahaga..bersedia untuk lebihkan beribadat dan kurangkan beraktiviti luar

ok, aku nak sambung database design..adiosss