Thursday, December 29, 2011

my birthday!!

sangat menghargai rakan-rakan di Malaysia yang apabila tepat jam 12 tengah malam waktu Malaysia dah hantar ucapan-ucapan birthday di Facebook wall..terima kasih kawan-kawan..seriusly, I terribly miss you guys!!

pukul 12 di sana bersamaan dengan pukul 4 petang di sini..masih lagi di tarikh 28 Disember..tapi since ramai yang dah wish, aku anggap jer la birthday untuk 2011 ni panjang sedikit..kiranya bermula dari pukul 4 petang pada 28hb sampailah 12 tengah malam 29hb..boleh?

kalau ikut tahun-tahun yang lepas, selalunya time birthday mesti ada kat Kedah sebab nak habiskan cuti tahunan..jadinya, memang akan sambut dengan family lah..abah beli kek, mak masak special, paksa abang-abang balik kampung untuk celebrate, dan kalau tak balik aku merajuk..haha

tahun ni rasa lain sikit, mungkin sebab duduk jauh kot..dapat birthday card from abah..part dapat-dapat card ni lah yang touching nih..sob2x..

ok guys, sampai sini dulu ye..mau tidur..nite nite

Wednesday, December 14, 2011

no snow yet!

ohoh..rupanya kawan-kawan di Malaysia ramai yang terkesan dengan entry 'yang suka dan tak suka' tu..ihik.
lately, ramai yang tanya pasal snow..dukacita dimaklumkan, snow tak turun-turun lagi..jangan tak percaya, hari-hari gigih tengok ramalan kaji cuaca nih dan asal bangun pagi je, dengan terujanya selak langsir bersama harapan nampak salji turun then boleh la feeling ala-ala winter sonata, then keluar rumah buat dua tiga bijik snow man depan rumah dan ajak sekali anak-anak jiran kat sini melayan ke'jakun'an saya main snow..yer la, tak kan nak jakun sorang-sorang, segan kott..at least, kalo ada budak-budak, tak der la terserlah sangat yang dah umur 27tahun ni excited terlebih duk buat snow man kan?

grass belakang rumah..icy di pagi hari..icy not snowy

Christmas break now!! yahooo!! dah nama budak sekolah, apa lagi yang best..time break lah..cuti sebulan. seronoknya hati bukan kepalang. sekarang ni pergi la mana pun, mesti jumpa Santa...kat Tesco ada, kat Gates ada..merata la..tadi pegi library pinjam buku, nampak pokok depan library dah di hias cantik..rumah jiran terang benderang dengan lampu depan belakang. suka tengok.

yang sangat susah nak adapt, cuaca! suhu dah bawah pada 5 degree sekarang. nak keluar sangat malas bila memikirkan kena tunggu bas. tapi nak duduk dalam rumah je bosan pulak. bukannya boleh study pun. lebih kepada nak makan dan tengok movie. adoiii..betul-betul krisis dalaman nih.
siang sangat sekejap..lebih kurang 6jam sahaja..selebihnya malam. sudahnya lebih banyak tidur dari berjaga. dan tidur seminggu dua ni jadi tak tentu hala. kadang-kadang tidur pukul 6ptg dan bangun semula pukul 9mlm..harini tidur pukul 5ptg dan terjaga pukul 8mlm tadi. well, kat Malaysia dulu seboleh-boleh bila malam je tak nak buat kerja..kononnya masa untuk bersantai, berehat, hang out dengan kawan-kawan..kalau dah 4tahun bawak perangai macam tu, tak ker bila sampai sini jadi tak tentu arah? pukul 3.30ptg dah mula gelap, mula la pikir nak bersantai dan berehat bagai, padahal baru pukul 3.30ptg..huh.
angin sangat kuat di luar. boleh dengar bunyi angin yang sangat kuat dari dalam rumah. kalau berjalan kat luar ni, boleh melayang di tolak angin. jadi boleh la sampai rumah cepat sikit sebab angin tolong tolakkan..ahah

haritu pergi print gambar kat Tesco sebab nak post gambar tu ke Kedah bagi mak dan abah tengok..semalam dah pun pergi post, siap tulis surat lagi..old school gila kan? but then, that's me! by the time people prefer facebook, flickr, blog, etc, i rather choose to print photo, write letters, etc.

sama jugak kalau boyfriend kita bagi surat, mesti lagi best dan lagi terharu berbanding dia hantar email..betul? (motif boyfriend kita??)

ok, melalut dah ni..should stop now dan nak sambung tidur..nite peeps!

Friday, December 09, 2011

jalan-jalan, makan-makan

it's 2:32 am now, but still am not feeling sleepy..

i don't really have much to say..no, i mean to write..just want to put up some pictures i took these few days..here we go!

hang out with Sabrina at Chapters

as usual..hot choc and chips ;)

Sarah and Linda..we were having dinner at Ravza's place..Linda will be going back to Germany the day after tomorrow..yeah, another goodbye :(

at Stoke On Trent..pics taken right after my first snow ever!

in front of Durham Cathedral..people claim Harry Porter movies used to film inside this Cathedral..but am not sure where about the exact location..but will try to find it later..don't worry :)

heading to Hatfield College..kolej tu scary lah!!

celebrating Afif's birthday..he just turn 2 years old..baby Durham ;)

Monday, December 05, 2011

kecewa..

akibat dari terbaca status Kak Shifa di facebook pasal Yellow Warning of snow for North East England malam tadi, makanya tidur aku tak nyenyak sangat..kejap-kejap terjaga..siap set alarm pukul 3 pagi lagi...

sekarang sudah pukul 6.40 pagi, tapi snow tak turun-turun..kecewa!!

walaupun ramai yang mendoakan agar salji tak turun, aku tetap berdoa yang sebaliknya..ngahaha

ok, masih kecewa :(

Thursday, December 01, 2011

December!!

I don't know why, but I just love December every year..and this year, got extra excited because am in UK now!

let's check what is gonna happen in December 2011, insyaAllah :-

1- my birthday!! weehoo ;)
2- Christmas break at London..waw wee junior juice!!
3- Boxing Day at Manchester..lompat bintang!
4- Syazreen from Dundee will spend two weeks at my place...\:D/
5- family day out at York this weekend!! hoyyeahh!!
6- have class only on Monday and Tuesday...mari jeritttt!!

ok stop!!

kena buat assignment..submission tomorrow :(

Monday, November 28, 2011

red velvet!

last week adalah minggu terakhir untuk module 'Software Engineering for Internet'..jadinya sibuk sikitlah..sama saja keadaannya kalau bekerja..bila dah nak dekat dateline, menggelupurlah satu team..dah jenis last minute, memang begitulah jadinya..

Rabu ada presentation dan Jumaat submit report..hari presentation tu agak stress sikit..yang entry 'oh manusia' tu refer kepada kes presentation tu lah..hehe..then yang report tu pulak, kena hantar sebelum pukul 12 tengah hari, pukul 12 tengah malam hari sebelumnya baru siap..kena marah dengan Kak Miza sebab suka sangat buat kerja last minute :D

**********************

Kak Lina is back!! dia sampai je sini, terus text me ajak buat surprise birthday party untuk Nik..yeah, excited!! haritu Kak Lina balik Malaysia kejap, so pesan kat dia belikan contact lenses..so sekarang contact lenses dah cukup stok untuk setahun (macam kat sini tak ada kedai spek je kan? )
oh ya, sebut pasal spek, my spek ni memang dah nazak sangat dah..2nd day sampai sini, tak perasan skru dia longgar, time nak pakai tetiba skru terkeluar dan dah selamat masuk dalam lubang sinki..nice kan? kat Malaysia dulu tak pernah pulak skru ni nak longgar-longgar..sampai sini jer buat perangai..jangan harap dah nak beli spek harga sampai mencecah seribu lepas ni..beli yang seratus dua sudah!

Nik and her cheese cake!

lepas submit report di hari Jumaat, terasa sangat lapang dan seperti mahu melompat bintang walaupun sebenarnya ada dua lagi essay perlu submit awal bulan depan..tapi tak per lah..kita enjoy dulu...

jadinya, saya ajak few friends datang rumah lunch..masak biasa-biasa saja..tomyam dan ayam sambal kicap..yang kelakar, tomyam tu sampai kering sebab terlupa tutup api..otak melayang ke mana pun tak tau..tension kejap tengok tomyam tu..Kak Lina bagi nama 'tomyam kering'..boleh laa..sambil makan, dah sibuk tanya diorang pasal plan di hari Sabtu..sebab kerja dah siap, haruslah keluar berpoya-poya kan..

thanks for coming ;)

jadi hari Sabtu dihabiskan dengan melepakkan diri di town..lupa dah nama kedai tu..janji nak jumpa dengan Fizah (kawan baru from Brunei) tapi dia lambat sampai, so balik dulu dengan Mama Fiz sebab malamnya ada projek sikit..

weekend's project

red velvet cake!

Saturday, November 26, 2011

Takziah Faiza...

baru sahaja ber'facebook' sebentar tadi..terbaca status rakan-rakan di wall mereka...

"is saddened with the passing of Sinzzfaiza Ismail's Father. Al Fatihah." - Sidek Karim

dear adik,

tabahkan hati kamu..akak tak mungkin faham bagaimana rasanya kehilangan ayah..tapi akak akan terus doakan kamu kuat dan redha atas ujian Allah ini dan percaya setiap yang hidup ini pasti mati...

al-Fatihah..

takziah adik

Wednesday, November 23, 2011

oh manusia...

adakala aku berdepan dengan manusia yang terasa diri mereka hebat, lalu memandang manusia lain seperti tak punya ilmu dan tak tahu apa-apa..setiap pandangan dinilai bagai sampah..dengar, mengutuk lalu di buang

biar sepuluh yang memuji, tetap betul pendirian kau untuk mengeji lalu mengajak yang lain mengeji secara berjemaah..

tak mengapa, aku anggap ini ujian..bertemu insan-insan baru dalam hidup yang punya hati dan niat berbeza-beza...

syukur, Allah berikan kekuatan walaupun hati sakit namun masih mampu ku lemparkan senyuman...

hari ini, aku rasa kau belajar sesuatu...ilmu dan bijaksananya kau tak kan kemana-mana kalau hati kau penuh rasa benci dan khianat...

suka dan tak suka

yang suka ditanya:-

- "macam mana study?"
- "dah travel ke mana?"
- "sejuk tak Durham?"
- "susah tak nak perform Solat kat sana?"
- "susah tak hidup kat negara orang?"
- "banyak tak shoping?"
- "barang kat sana murah tak?"
- "susah tak nak dapat makanan halal?"
- "macam mana iman? bertambahkah atau berkurangkah?"
- "ada usrah tak kat sana? kalau ada, pergi tak?"
- "rindu anak angkat dan anak saudara tak?"
- "rindu family tak?"
- "bila snow nak turun?"
- "ada plan nak gi Mekah?"
- "bila Europe Trip?"
- "dah sampai London?"
- "beli souvenir tak?"
- "sehat tak?"
- "masak apa hari ni?"
- "ramai tak dapat kawan baru?"
- "apa plan lepas habis study?"
- "bila nak buat Phd?"
- "kat mana nak buat Phd?"
- "berapa kali call parents dalam seminggu?"

yang tak suka ditanya:-

- "jumpa boyfriend tak kat sana?"
- "bila nak kahwin?"
- "tak kan tak pikir nak kahwin kot?"
- "bosan tak takder boyfriend?"

statistik:-

suka ditanya:- kurang dari 3 orang yang bertanya
yang tak suka ditanya:- lebih dari 10 orang yang bertanya

kesimpulan: ramai orang yang hanya berminat dengan persoalan jodoh dan hubungan.

pandangan peribadi: hidup ini tidak hanya berkisar tentang soal perhubungan lelaki dan perempuan sahaja..masih banyak perkara lain yang jauh lebih indah dan lebih menarik untuk diperbincangkan dan disoalkan..

sekian...

Friday, November 18, 2011

"Jesus telling me the truth"

hari ini pergi school macam biasa..hadirkan diri ke group discussion yang sangat tak effisyen itu..sampai je jam 12 tgh hari, aku mintak nak balik rumah..then cepat-cepat jalan ke bus stop..sampai je kat situ, check bus timetable, rupanya aku terlepas bas..2min yang lalu..haishh

jadinya, terpaksa tunggu another 25mins..sekarang winter..10min kat luar bangunan pun dah rasa nak jerit or pijak orang sebab kesejukan...ngrrrr nasib baik bas free

25mins berlalu, bas free sampai..

oh, ada tempat kosong sebelah seorang makcik tua..legaaa

tetiba makcik tua tu tegur aku..oh ya, Durham ni dipenuhi dengan golongan tua, dan sesuatu yang agak berbeza dari Malaysia, golongan emas di sini sangat suka keluar shoping, jalan-jalan or lepak-lepak sesama mereka..they're not just staying home..yer la, nak buat apa lagi..bukannya nak duduk rumah beribadah pun kan?

eh eh..berbalik kepada cerita makcik tua tadi...

her: "you studying here?"
me: "yes, I am.."
her: "oh, good..what course you're taking?"
me:"software engineering"
her: "very nice.."
me: ":) "

tetiba...

her: "you know what? Jesus sent by God to this world to save all humankind..and I strongly believe he's telling the truth..I strongly believe that.."muka bersungguh-sungguh giler
me: "oh really?"
her: "Jesus, the son of Mary...in the Bible...when Adam came to this world..Prophet..bla bla bla" seriusly panjang giler dia bercerita
me: "are you preaching Christ to me now?"
her: "yes yes..I am..you know, there's two type of Christian..bla bla bla" tak paham sangat apa dia cakap time ni sebab sibuk tengok jalan takut terlepas tempat nak stop

suasana senyap seketika lepas aku tekan loceng...

her: "there's no terrorism in our religion...bla bla bla" time ni aku dah start berapi
me: "ok, I gotta go now..hope can see you again..bye"

***********************

aku sedih..as a Muslim, I should have strong point to argue with her..but I end up saying nothing..this is seriously shocking..never face this kind of conversation before...

yeah, sometime we just forgot we are Muslim and its our responsibility to Dakwah...
teringat sms Nusaibah masa di airport 2bulan lepas, "Jangan lupa kita adalah Muslim sebelum segala-galanya"

Non-Muslim nak berdakwah dalam bas pun boleh..:(

"Ya Allah, berikanlah aku kekuatan dalam menegakkan agama-Mu yang suci ini..Aminn"

Monday, November 14, 2011

MDL?

ok, sabtu dan ahad saya untuk minggu ini dihabiskan dengan orang-orang tersayang..chewah!! sabtu, mama fiz and papa jo ajak ke Newcastle beli barang-barang dapur..alkisahnya, di Durham ni cuma ada satu kedai halal, di sebelah Durham bus station..jadinya mahal lah..
memang Malaysian kat sini akan kerap ke Newcastle sebab sangat banyak kedai halal dan selalu juga terserempak dengan Malaysian yang study di sini..macam semalam, jumpa sorang pakcik ni semasa sedang menikmati dinner di Persian Delight..patutla tenung saya semacam je, rupanya dia orang Subang Jaya, SS18..ehemm! ! :D

oh ya, ada satu kedai halal jual pizza, Falafel..pizza dia memang terbaiklah..tak sure sangat tokei dia dari mana..but most probably dari Timur Tengah kot...nanti pegi City nak lah singgah disitu..

cerita pasal Durham City, Sabtu lepas ramai yang berpesan agar tidak ke situ..sebab dikatakan ada demonstration from England Defense League group..saya tak pasti sangat siapa group ni..tapi based on my reading, diorang ni macam group yang anti Islam jugak la..so Muslim dinasihatkan untuk berhati-hati..yer la, duduk di negara orang, gembira dan bahagia macam mana pun, masih perlu berhati-hati dan berwaspada kan..boleh jugak baca di sini

then, sedang khusyuk meneliti pasal group ni..terbaca pulak pasal Malaysian Defense League..apakah? then timbul pulak Kelab Taat Suami..saya tak pasti ini isu baru di Malaysia atau memang dah lama..

yang pasti, wahai rakan-rakan..berhati-hatilah dan jagalah akidah kita..macam-macam benda sekarang ni..bukalah mata dan lihatlah apa yang terjadi di sekeliling kita..

ok, nak tidur..niteee
Link

Sunday, November 13, 2011

2nd youngest child syndrome

teringat conversation dengan kakak-kakak yang datang ke open house Ust Jai dua hari lepas..kak amy cerita pasal her second youngest daughter..betapa dia manja lebih dari adik dia yang bongsu tu..well, selalu orang cakap yang bongsu lah paling manja kan? tapi kak amy pelik kenapa yang no 2 tu pulak lagi manja..then Kak Lin keluarkan satu term ni, 'second youngest child syndrome'..yeah, its not medically proven, but if its based on my observation, I'm simply agree with that..sebab terjadi kat diri sendiri..ehhe
dari kiri: anis, kak syidah(tuan rumah), kak zari, kak amy, me and kak lin
bawah: mama fiz

ucop, anak kak lin

masa sekolah menengah dulu, saya duduk asrama..guess what, dari tingkatan 1 sampai tingkatan 5, abah wajib datang melawat tiap-tiap minggu..then setiap kali time melawat dah habis, haruslah melambai-lambai sampai hilang kelibat abah..kalau hujung minggu dibenarkan balik, akan terjadi adegan merengek-rengek, guling-guling tak nak balik asrama di hari terakhir kat rumah..ya, itulah saya..

then, I expected the same thing will happen to my lil sis..nangis-nangis tu kan..but it happen to be something totally different..mak pernah cerita saat dan ketika mak pergi melawat adik kat asrama dulu..mak baru masuk kereta nak balik, dia pun dah pusing ke belakang berjalan nak balik ke bilik..ahaha..apakah? tak drama la adik ni..

banyak lagi la perbezaan kalau nak diceritakan tetapi sengaja taknak diceritakan sebab apa kes semua benda nak ditulis dalam blog kan?

anyway, i really think second youngest child syndrome do exist! hmm..

Friday, November 11, 2011

getting better

am getting better today even though still lagi batuk-batuk dan selsema..dah sejuk-sejuk ni lagi lambat la nak lega..dapat petua dari Kak Min suruh minum madu campur dengan lemon..so dah dua hari amalkan petua tersebut..ok laa, at least sakit tekak dah kurang..Alhamdulillah
haritu Kak Lina ada jugak bagi petua untuk lawan suhu sejuk ni..tapi yang tu kena blend macam-macam buah and sayur termasuk rasberry..rasberry tak suka sangat makan, then blender tak der, then malas nak prepare bahan-bahan..

siang tadi seharian kat school..ada group discussion starting from 9am..break for lunch then sambung balik pukul 2ptg..dedikasi sungguh my teammate..rajin betul la nak discuss..nampak gaya macam my group jer yang 'over' rajin ni..group lain rileks jer..i used to just calm and rileks jugak masa undergrad dulu..tapi kalau dah teammate jenis over rajin, terpaksa la kita pun jadi over rajin jugak kan? kalau tak, mau kena pulau..esok sambung lagi discussion pukul 9pagi..sighh..

habis discussion, balik rumah then tengok tv..bukak channel food..terus datang mood nak bake chocolate cake..time tu jugak sediakan bahan and start pukul telur..dalam tempoh 2jam, dah boleh makan kek tu..then pergi bagi kek kat rumah Kak Nira sikit dan hantar sekali dengan pinggan mangkuk yang kitorang pinjam untuk open house haritu..yer laa, rumah orang bujang..you can't expect to have all those beautiful pinggan mangkuk kan? haruslah meminjam..hehe

esok petang ada jamuan raya di rumah Ust Jai..haruslah mewajibkan diri untuk pergi..hari ahad pulak ada jamuan raya lagi kat Newcastle..yang tu depends, kalo ada geng pergi la..
hmm...memang beraya sakan lah nampak gayanya dekat sini...

Thursday, November 10, 2011

cerita demam dan hari raya saya!

ok, baru lepas call mak..balik je dari group discussion tadi, terus masuk bilik dan call mak..lama jugak bersembang sampai mak cakap nak tidur dah..yer la, kat Malaysia sekarang dah waktu tidur..comel je time nak end of the conversation tadi..I said 'good night mak' and she replied 'akak ucap selamat malam, mak nak ucap selamat apa kat kakak sekarang?' ahha, good afternoon now at UK :D

tak sabar-sabar nak call mak tadi sebab saya tak sihat harini..semalam sore throat, harini runny nose dan tak sedap badan..well, time macam ni la nak rindu kat mak kan? selalunya ada dua benda dalam hidup yang saya mesti akan mengadu kat mak..first, time sakit..second, time break up..hahaha..and she'll end up saying 'time bercinta dulu tak habaq pun, time putuih baghu sebok cari mak' lalalala :D

macam tak proper je kan, time sakit-sakit nak mengadu kat parents..it will just make them worry obviously! but then, this is my way to make me strong..bukak apa, just nak dengar mak abah cakap 'akak dah makan ubat?', 'akak tidur awal malam ni', 'selimut tebal-tebal tau'
tu jer pun..and my mum understand me well..dia cakap tadi 'haa, lepas letak phone ni lega demam la kot?' see.. :D

oh ya..sedikit update tentang Hari Raya di Durham..seriously speaking, sangat happening..malam raya, pergi blend bawang kat rumah Kak Fiz and Abg Joe sebab kat rumah kitorang tak der blender..hehe..so far, pakai je pape yang patut nak ketuk-ketuk bawang..aritu pergi survey lesung batu, 10POUND kau! bersamaan rm50..jangan harap la nak beli kannn..
seharian bersilat didapur..dimulakan dengan baking chocolate cake..tengah-tengah sedap mengacau adunan, minyak pulak habis..then jalan kakilah kejap pergi kedai dalam kesejukann beli minyak..

Solat Raya diadakan di Ustinov College..makanya berkumpullah semua Muslim over the world di satu tempat..time ni la baru nampak ramainya Muslim di bumi Durham ini...diorang punya Takbir Raya tak shahdu la..so, takder la adegan nangis-nangis sebab rindu Malaysia kan..mendatar je, macam azan..

selesai sahaja solat, tibalah acara yang ditunggu-tunggu iaitu acara bergambar bersama baju raya..sanggup ok menggigil sekejap semata-mata nak tunjuk baju raya..kalo pakai winter coat, tak der la nampak baju raya kan..rugi je pakai..ehhe
selesai solat raya
*pics taken from Kak Zari's page

dah letih bergambar dan masing-masing dah tergedik-gedik tahan sejuk, maka tibalah acara kedua yang dinanti-nantikan..open house!
boleh dikatakan semua yang dijemput, datang ke rumah haritu..so tak der la terbazir makanan...
the dishes
*pics taken from Lutfi's page

acara terakhir di hari raya, Malaysian Community Gathering kat Keenan House..ni port luck..so kitorang bawak kek dan traffle je..belum sempat lapar, dah makan lagi..then complain gemuk!
ada macam-macam aktiviti time ni..games utk kanak-kanak dan parents..so yang single mingle ni tak der pulak disediakan games..makanya games kitorang adalah makan and bungkus makanan bawak balik..ahha

ok guys, check this pics!
para bapa tengah menghafal message, resepi masakan rasanya
acara suap menyuap..sapa makan paling laju dia menang!

Thursday, November 03, 2011

live my life!

abang saya komen kat facebook yang adik dia ni macam dah tak ingat Malaysia dah..ohho, rindu wohh negara sendiri..

but then..

yes, I do love UK too..:)

well, apa yang best sangat duk UK ni?

1. best scenery ever!
*****************
pegi la ceruk mana pun, semua tempat dirasakan cantik..saya bole spend hours just untuk tengok daun gugur je..saya tak jemu naik bas hari-hari dan look out the window, tengok biri-biri gemuk dan montel kat farm..so cute!! rasa nak kidnap sekor..


Bowburn

Edinburgh, Scotland

2. Friendly Malaysian community
*************************
its such a bless when Allah temukan saya dengan insan-insan yang baik-baik kat sini..boleh dikira tak der masalah untuk merindui masakan mak kat Kedah..bole je mintak tolong masakkan dari kakak-kakak kat sini...

3. tetiba jadi pandai masak
*******************
oh well..word pandai tu macam tak sesuai kan? kira macam rajin la experimenting masakan yang jarang saya buat masa duk Malaysia dulu..contohnya: nasi ayam..ahha

*will try to bake cheese cake sampai pandai so that once balik Malaysia nanti, dah bole buat untuk Mama Ana..

4. sistem pembelajaran yang tidak membebankan
*********************
pergi kelas rasa seronok..lecturer always makes the learning process interesting for the students..but then, itu mungkin sebab study full time kot..sebab tu seronok, tak yah pikir soal kerja..yeay!

5. tak sempat boring
*******************
banyak event kat sini..baru-baru ni Halloween..kitorang yang terlebih excited dari 'hantu-hantu' tu..ramai jugak yang datang rumah dan kitorang dah sediakan coklat banyak-banyak untuk diorang..
comel je yang pumpkin tu :D

weekend ni ada Durham Bornfire Night..yeah! tak sabar nak pegi..
dan keesokan harinya adalah Hari Raya Haji..saya tak risaukan diri sendiri..lebih risaukan mak dan abah..hope they're doing good..okeh, tetiba datang mood nak buat open house dihari kejadian...hope menjadi la

Friday, October 28, 2011

sebulan berlalu

esok genap sebulan saya di bumi UK..tadi semasa dalam perjalanan ke Dalton Park bersama Kak Ros sekeluarga, masih terasa saya berada di dalam dunia fantasi..Durham adalah satu destinasi yang dulunya hanya ada di dalam mimpi-mimpi saya, kini terbentang di depan mata..masih terasa besar sungguh kurniaan Allah ini kepada saya

sememangnya ada banyak benda yang selalu muncul dalam mimpi-mimpi saya, yang saya rasa apabila ianya menjadi realiti, sungguh sukar untuk saya percaya..yeah, something that is too good to be true...

tak sabar menanti Sabtu, Edinburgh menunggu..tempat yang orang cakap kalo dah sampai UK, jangan lupa untuk ke situ..Edinburgh, wajah sebenar Scotland..here I come!!

Sunday, October 23, 2011

exam..

terasa macam dah tua sedikit bila masuk bab nak ambik exam ni..isnin ada exam Java programming..tadi terpikir study masa undergraduate dulu baca sikit dah masuk semua dalam kepala otak..tapi sekarang? kenapa dah tak macam dulu? dah 2 3 kali baca pun macam tak paham-paham lagi..

otak sudah berkaratkah? eh, saya dah tua ke?

:|

Thursday, October 20, 2011

sejuk!!

banyak story nak cerita ni..which one should start first?

hmm..lets start with study stuff(since datang sini nak study kannnn) :p
untuk makluman hadirin dan hadirat sekalian, isnin depan saya ada exam ye..takut makkk noks..tapi mak tak start baca buku lagi nih..macam biasa la, malas!

sistem kt my school sangat bestlah..1 bulan ada 1 subject je..plus 2subject undergraduate kena amek but no exam..just attend kelas and do assignment..yang tu seriusly tak faham..why should i take those subject? dah argue dengan program director, tapi saya kalah..dang!! makanya, berkawanlah dengan budak2 undergraduate yang jauhhhh lebih moda dari saya..yang lagi tak best, bole la plak dalam kelas tu ada 2 girls je..saya dan sorang Indian nih..yang lain semua boys..semalam that Indian girl ponteng kelas, makanya ............tak syok kan?
nasib baik kelas tu sejam je sehari..seminggu dua hari je kelas..fuhhh

ok..next!

suhu sekarang ni dah makin sejukkk..kalo tunggu bas 10min pun dah cukup membuatkan saya menggigil kesejukan..contohnya sekarang ni suhunya 8darjah..kalo tengok tingkap bilik pun dah berlaku proses kondensasi disitu..ibarat gelas yang diisi ais..(perghh..kondensasi uuu..hahah)


winter is coming very soon..probably end of this month or early november..last week dah mula sediakan keperluan untuk menghadapi musim sejuk..contohnya:-


siang makin singkat..malam makin panjang..pukul 6ptg dah masuk magrib..kul730mlm dah isyak..pukul9 mata dah terkebil-kebil tahan ngantuk..tido awal, bangun lambat..asal bangun tido je mesti lapar..sejuk-sejuk ni memang cepat lapar pun..asyik maaakan je..risaulah balik Malaysia nanti ada orang cakap macam ni: "eh, saper ni?? Nurul ke? gemuknya!"

Monday, October 17, 2011

I'm lost!!

Heheh..ini cerita saya sesat di hari ketiga di Durham..sesat di tempat orang bukanlah sesuatu yang seronok kan? But it happened to me..huhu

Harini saya kena pegi school sebab ada induction course kul3ptg..kak ros and sabrina pegi school diorang..have to go alone since saya sorang je computer science student yang baru masuk..the rest ada yang Anthropology and Islamic Finance..for those who looking for the university that offer Islamic Finance, do consider Durham Univ bcoz it is among the best in UK..

Time pegi abg mi hantar..then nak balik pulak, abg mi suruh pegi SGIA (school kak ros and sabrina) and wait for him there..

Induction course end at 410pm..so kesesatan bermula dari saya keluar dari faculty of engineering and computer science nak menuju ke SGIA..time abg mi bagi direction, rasa macam kacang je..confident level berada ditahap 98% time tu..

4kali saya ulang alik di tempat yang sama, but still tak jumpa SGIA..then berenti kejap tengok map kat tepi library..ok, tak reti baca map..dang!! terus call Sabrina, dia bagi direction and saya teruskan perjalanan lagi..jalan dan terus jalan tapi nampak macam jalan menuju kesesatan je..then patah balik ke my school..dari situ nak call Sabrina semula, tapiii tengok-tengok handphone dah out of battery..nice timing!!

So, nak buat aper? Kena la ringankan mulut tanya orang..first, I approach this one girl and tanya dia where is SGIA..then she replied ‘am sorry, this is my first day here’ ohho, nampaknya saya lagi lama hidup disini..ok x per, next person is sorang Muslim women..dia jalan jauh di depan saya..dari belakang saya berharap dia adalah M’sian..laju saya jalan mengekori dia..then she stopped at the traffic light..oh, anggapan tersasar..bukan M’sian tapi someone from Negara timur tengah..tapi tak kesah la sesaper pun..then tanya dia pulak kat mana SGIA..’oh sorry, I have no idea where it is..but am sure, none in this area..’ Ok, dapat satu clue..tempat yang saya berada tu takkan membawa saya ke SGIA..so patah balik ke school.

Then berehat kat situ kejap sambil berfikir nak buat apa seterusnya..tadaaa, mari tunggu di bus stop yang abg mi turunkan saya masa hantar tadi dengan harapan mesti abg mi and kak ros akan cari saya kat situ..bus stop tu kan, belakang dia adalah kawasan kubur..makanya, jangan harapla saya nak berlama-lamaan di situ..takut kottt

Then saya approach sorang aunty yang tengah tunggu bas kat situ..mintak kt dia nak masukkan simcard saya ke handphone dia..dia mintak saya sms je Sabrina using her phone but then, I don’t remember Sabrina’s no..dah la no phone UK panjang, susah giler nk memorize..so tukar la kejap sim card..tapiii, ada network key la pulak..kt UK ni, diorang ada lock/unlock network, saya pulak still pakai Malaysia no..so useless jugak la tukar simcard pun..

Then chit chat kejap dengan aunty tu and bagitau dia am living in Bowburn..then she said bus yang dia akan naik tu lalu kt Bowburn, just before her village..so, last resort was to follow that aunty..then kami pun berdua-duaan la naik bas..sampai je Bowburn, say goodbye to that aunty, then saya pun turun..

Ok, kesesatan yang nyata kedua adalah untuk mencari rumah..orang kat sini memang tak berkeliaran kat luar, so susah la nak bertanya..then jumpa lagi sorang aunty menuju ke bus stop..’excuse me Mdm, can I ask you where is Steavenson Street?’ ‘sorry, I’m deaf. I can’t hear what you say’ oh ok ok, tersalah orang pulak..

Then jalan lagi kedepan, jumpa pulak sorang perempuan tengah bawak anjing dia bersiar-siar..ok, kali ni dah tak silap orang..dia pun bagi la direction suruh ke depan lagi sampai jumpa Bowburn library..rupa-rupanya saya berenti kt bus stop yang pertama..patutnya bus stop yang ketiga, baru dekat sikit dengan rumah..sepanjang nak sampai ke rumah, ada la lagi 2 3 orang yang saya tanya, barula at last jumpa rumah sendiri..masa tu dah hampir pukul 7mlm..kiranya hampir 3jam saya sesat..appa daaa..kalo tak sesat, bukan cik Noni kan??

Sorry sangat-sangat kat Abg Mi and Kak Ros, hampir satu jam mereka mencari saya di school..risau diorang..ish ishh, noni noni..hmmm

Durham at heart!!

Sampai je Durham, ternyata jauh beza dengan Newcastle..Durham sangat cantik, perkampungan orang Inggeris yang sangat terjaga..satu kawasan yang sangat sunyi, bersih dan tenang..

First, ke rumah abg mi and kak ros..Kak Ros adalah lecturer UIA yang menyambung Phd disini..rasanya ni tahun terakhir diorang disini..kak ros masakkan nasi, asam pedas ikan salmon, sayur goreng and sup ayam kot(sorry, tak ingat..hehe). sangat terasa seperti berada di Malaysia jugak..tq so much to abg mi and kak ros..they being so nice to us

Dah kenyang perut, then kitorang ke rumah sewa..landlord dah menanti..masa ni Abg Amir, Kak Ina and Abg Naso datang sekali..diorang pun datang tolong-tolong settlekan hal rumah kitorang..

Lepas maghrib ikut abg mi and kak ros pegi shopping lagi..masa ni mata dah terkebil-kebil tahan ngantuk..yeah, baru first day..have to expect jetlag la kan..masa ni kat Malaysia dah pukul 2pagi..habis je membeli-belah terus balik rumah dan terus tido..

Kul 4pagi dah terjaga dan tak bole nak tido dah sebab kat Malaysia pukul 12tgh hr..lepas subuh start masak sikit untuk breakfast and lunch sekali..duk sini pegi school kena bawak bekal sebab susah nak jumpa kedai halal..jadinya hari-hari sebelum pegi school kena masak dulu..hoyyeah, come on Nurul!! You can do it!!


Thursday, October 06, 2011

Just Arrived – NewCastle

Selepas 7jam perjalanan Dubai –Newcastle, maka sampailah saya di airport Newcastle pada jam 12tgh hr waktu UK..cuaca biasa-biasa saja, tak sejuk tak panas..beratur hampir sejam and wait for my turn for visa checking kat immigration counter..dia check passport, offer letter, CAS(Certificates of Acceptance Studies) Statement and financial statement..yang CAS Statement tu kan, university just bagi through email je pun and saya saje je printed out and bawa sekali..nasib baik tersaja-saja print out, rupanya memang diorg nak tengok CAS Statement tu..kalo tak, mesti dah stuck kat situ..

Then pegi claim baggage and keluar airport..nampak few Durham students yang datang menyambut international students..bagusla diorang ni, bagi air and pinjamkan kitorang telefon untuk call Abg Mi and Kak Ros(M’sian family at Durham) untuk datang pick us up..diorang tu committee yang datang untuk membawa international students yang baru sampai untuk pegi settlekan urusan registration kt university and attend events yang dah diorang sediakn untuk welcome new students. Tapi kitorang tak join la since Abg Mi dah datang ambik kitorang. Committee tu siap tunggu lagi sampai Abg Mi datang..’I’ll wait until he come and pick u up, otherwise u can join us go to the university’…

Tak sampai 2min, Abg Mi and Kak Ros sampai..first, pegi kedai orang Pakistan kt Newcastle..so kitorang beli la siap-siap stok makanan untuk seminggu..beras, ayam, daging, udang and sayur..still kekok lagi nak menggunakan duit pound kat sini..haha
Newcastle ni dipenuhi dengan orang Pakistan..agak sibuk dan ramai orang..then kitorang meneruskan perjalanan ke Durham..time ni agak excited nak tengok Durham for the first time..a place that I will spent my day for a year…

Ok, nanti saya cerita tentang Durham ya ;)

Tuesday, October 04, 2011

Dubai – 28 Sept 2011

Sekarang pukul 11mlm waktu Dubai dan pukul 315pg waktu Malaysia..baru je sampai dan terus ke surau utk solat jama’ Maghrib dan Isyak..ohho, saya terlupa tentang perubahan waktu solat ni..lebih memikirkan perubahan cuaca sama ada saya mampu adapt atau pun tidak..nasib baik ada member datang sekali, Sabrina..dia dah list down waktu-waktu solat di Dubai dan juga di Durham nanti..Alhamdulillah

Tadi kan, ada security check yang entah pape kat airport Dubai ni..bermula dengan 3 ke 4 orang passenger yang tak reti beratur..even dah ‘excuse me’ and ‘sorry’ pun still buat tak tau je..tak sekolah ke haper diorang ni? Oleh kerana ini tempat orang, sabar tu kena la banyak sikit ye dak? Ok, another thing is masa dah sampai my turn untuk security check..sekali dengan kasut dia suruh tanggalkan..yang lelaki, belt pun kena la kan..yang peliknya beg tak der pulak diorang check..apakah?

Ok, perlu transit di sini sehinggan jam 635pagi esok..maksudnya saya akan berada disini selama 9jam..yang tak bestnya, Emirates tak sediakan hotel untuk kami bermalam..tension la jugak sebab mati-mati ingatkan Emirates akan sediakan hotel untuk passenger yang transit more than 8hours..kalau ku tahu, awal-awal lagi dah book hotel..bukannya perlu keluarkan duit sendiri, claim je kat Mara, ye dak? Dahh rugi..x per la, tidur kat surau pun best juga (ok, tu ayat sedapkan hati)

Tapiii, walaupun Emirates tak sediakn hotel, diorang ada berikan voucher makanan..ada 3pilihan, Thai Express, COSI or McDonald’s..ok, ce teka saya pilih yang mana?

Haaa..ader cerita di KLIA tadi..i’m the last passenger yang naik flight..bole? awal-awal dah buat hal eh..haha..kat boarding pass tu tulis boarding time pukul 655ptg..makanya 630 tu still lagi la bersedih-sedihan dengan family and kawan-kawan yang datang..rupanya, dari International Departure nak ke Gate tu amat la jauhhhhh..letih dan sedih!!

Ok, special thanks to all my friends who been at the airport just now..sayang sangat-sangatlah kat korang..sampaikan Jat suruh bagi ucapan pun dah tak boleh sebab tak terucap dengan kata-kata..ngahaha

Ok, mau rehat..esok saya menulis lagi insyaAllah..