Pages

Monday, June 27, 2011

penatt..

fuhh..penat..

arini bangun awal sebab banyak benda nak settlekan harini jugak..first, pegi breakfast dengan officemate..then mintak permission kat boss nak keluar pergi KL kejap..kul 11 gerak ke British Council..
mula-mula, dengan confidentnya tak nak tanya orang kat mana BC tu..konon-kononnya nak rely on GPS je la since last saturday memang fully rely on GPS pergi Phileo Damansara..
so, arini wanna do the same thing..sekali masuk je kereta, bateri off and charger dengan tiba-tiba je nak rosak la kann..sebelum ni okk je..tension btul

nasib baik, before keluar office tadi, sempat chatting dengan Rafi..dia bagitau BC tu kat mana..kiranya ingat-ingat lupa la direction dia bagi..Alhamdulillah, TAK SESAT..tak sesat ni kena capital sbb selalunya sesat :D

sampai je terus ke kaunter..bagi borang, tanya bila next date untuk sit for the IELTS exam..dia cakap dah penuh untuk 9 and 16 july..ohho..ok, dah start menggelupur since am really running out of time..kalau lambat-lambat nih, mau tak terbang saya

then tanya, is there any alternative? dia suruh naik tingkat 6, pergi IDP office..so, once dah naik tingkat 6, jumpa dengan Windy..very friendly girl..bagitau dia yang saya nakkk jugak-jugak ambik exam ni seawal mungkin..dia cakap maybe Penang ada kosong, pastu dia terus call Penang..saya ok je..kalo setakat Penang, boleh terus balik Kedah lepas tu..then mula berangan..nak ajak mak abah tidur hotel kat Penang, then diorang temankan saya pegi exam macam budak-budak baru lepas SPM pergi interview angkut satu family haritu...

sekali dengar Windy cakap thru phone 'haa, already full arr?'
ok..musnah harapan..stop berangan

then discuss lagi dengan Windy..pastu tak tau la siapa dia contact..then dia cakap 'ok, KL ada kosong 16hb' wohh, Alhamdulillah

so, its confirm, 16hb - IELTS

pada sesiapa berhajat nak ambik exam IELTS, sila book sebulan sebelum ye..SEBULAN tau
lagi satu, jangan pergi BC...pegi IDP..anda akan jimat 20 hengget..wink wink

settle perihal IELTS, balik office shoot email..
1st, ke HR - permohonan cuti tanpa gaji telah diluluskan..weehooo
2nd, ke Durham Uni, info DOB tak betul..29 Dec 2009..gilorzz..saya baru berusia 2 tahun dah nak masuk univ..hahaha
3rd,..
4th,...

seems like everything is on track..thanx to kawan-kawan who keep pushing me suruh settlekan semua urusan cepat-cepat..kalo harapkan diri sendiri, memang lembab macam kura-kura..lagi tak due date, lagi tu rasa nak rilek-rilek and goyang kaki...

esok or lusa kena pergi buat medical check up...Dr and Nurse, be nice to me ya ;)

Thursday, June 23, 2011

sedikit update tentang perihal scholarship ke Durham Univ...sukacita dimaklumkan saya dapat tawaran scholarship itu..Alhamdulillah syukur..

tapi perasaan bahagianya cuma 50%..selebihnya risau sebab tawaran itu bersyarat..banyak pulak syarat-syaratnya..gagal memenuhi syarat-syarat itu, masih tak berpeluang juga nak ke bumi Durham..alahai, terasa sungguh berliku jalan yang saya pilih ini...

tapi tak per..kita ada Tuhan..moga Dia permudahkan segalanya...Aminn

sabtu ni perlu berdepan dengan exam TOEFL...moga saya lulus dengan cemerlang..insyaAllah..

kawan-kawan, doakan saya..terima kasih

Friday, June 17, 2011

mari bergambar...

dah jadi macam satu culture at my office, sibuk macam mana pun, pasti akan curi-curi masa untuk fotoshoot..kali ni bergambar dengan kereta baru one of my officemate..photographer ramai betul semalam..jom tengok hasil tangan diorg:-

location :cyberjaya
time: 6pm

me and Honda Civic Euro Type R




sekiannn..

Wednesday, June 08, 2011

mimpi semalam memberi senyuman di pagi hari...

saya mimpi saya dah terbang ke UK..dah memulakan pengajian di Durham Univ..siap dah berjumpa dengan Malaysian students kat sana..diorang sangat baik..dan kesemua memberitahu, study kat UK agak mudah compared to local university...

nampak kan? betapa saya nakkkk sangat sambung belajar di sana...

pagi tadi masa dalam perjalanan ke office, saya ceritakan mimpi itu pada Irma (housemate + officemate)...Irma cakap 'InsyaAllah dapat pegi, mimpi kamu selalu betul'

tapi bagi saya, mimpi tu selalunya disebabkan kita terlalu ingatkan sesuatu benda..maka bila kita tidur pun akan mimpi benda yang sama..btul?

masih ingat cerita saya pasal bulan interview scholarship?

semalam sepatutnya result dah keluar..tapi x keluar-keluar lagi (sebab tu la mimpi kott)...kawan saya di Cambridge, Fendi bertanya pasal result interview..alert betul dia...thanx fren..once dah dapat result, i'll surely let you know...

interview kedua tersangatlah menyakitkan hati..rasa nak cekik orang, nak tengking orang dan nak jerit kuat-kuat 'Kenapa buat saya macam ni??!'

interview kedua tu bertempat di Skudai..thanx to Irma sebab sudi temankan saya...sesudah solat subuh terus bergegas ke Johor...jarang saya ke selatan tanah air..HoneyVi juga belum pernah sampai ke situ..ini kali pertama...

habis annual leave, habis duit, habis tenaga, habis masa...saya tak dapat scholarship tu sebab saya tak layak..sebab saya bekerja..sebab scholarship tu untuk pelajar sepenuh masa...

'HABIS TU, KENAPA PANGGIL SAYA INTERVIEW?!'

kali pertama jugak, saya berani bertekak dengan seseorang bergelar Timbalan Dekan...syabas Nurul (ambik tangan kanan letak kat bahu kiri sambil tepuk-tepuk bahu)

hari itu menjadi hari paling hampa dalam hidup saya..dugaan ini terasa berat..semangat saya hampir hilang...

harapan saya sekarang pada interview yang pertama...kalo berjaya, entry ini remain di sini..kalo tak berjaya, entry ini saya remove nanti....