Pages

Sunday, January 22, 2012

pemandu dan kereta

aku respect pemandu di UK ini..mereka sangat bagus dan sopan di jalanraya..sepanjang 4bulan disini, sama ada di Durham, Newcastle, Edinburgh atau London, tak pernah sekali aku nampak accident depan mata..amazing!! Alhamdulillah!

yang peliknya, jalan di sini sangat sempit..jalanraya di Malaysia jauh lebih baik aku rasa..dah la sempit, ada pulak yang parking kat tepi-tepi jalan..aku sendiri tak berani nak memandu kat sini..

but seriously speaking, jarang sangat berlaku accident kat sini..kalau korang memandu di KL..cuba bilang berapa banyak accident korang nampak dalam seminggu?

so, apa lagi yang tak kena? of course lah attitude kan? pemandu kat sini tak bawak laju, tak potong queue, tak ikut emergency lane, bagi laluan pada yang nak masuk simpang dan hormat pemandu lain..itu yang aku rasa tak ada pada kita, Malaysian driver..isn't it?

dulu, setiap kali balik dari office, sentiasa sesak kat traffic light sri kembangan tu..then yang nak potong queue pulak, bukan satu lane, kadang-kadang sampai tiga! pastu line yang nak potong tu bole pulak lagi panjang dari yang duk ikut lane yang betul nih..aku hangin betul! time tu la rasa nak menyumpah seranah orang..nak balik rumah je pun, buat apa la nak potong-potong queue kan? beratur la elok-elok..kita orang Islam kan? (erkk, aku membebel kah?)

oh, ok..masuk bab kereta..ramai pulak lately ni suruh aku beli kereta kat sini sebab murah..maaflah, aku tak minat nak habiskan duit untuk kereta..habiskan duit untuk travel lagi bagus..lagipun dah ada satu kat Malaysia..Ana and Jat yang jaga..cukuplah ada HoneyVi tu walaupun dia kecik dan tak semahal kereta lain..kereta bagi aku hanyalah untuk memudahkan aku bergerak ke sana sini, untuk pergi kerja dan untuk aku balik kedah..setakat ni, prestasi HoneyVi sangat bagus..jarang bagi aku masalah..jadi, tak perlulah kot nak beli yang besar-besar, yang mewah-mewah kalau function sama ja macam HoneyVi..

kereta aku beli sebulan lepas aku start kerja..installment aku bayar dengan duit aku dapat masa TM Award dulu..(mak abah tak tau pasal nih..hehe)so, dear abang, biar pecah di perut, jangan pecah di mulut ok!

reason nak sangat beli kereta; sebab aku tak suka naik bas..sepanjang 5tahun duk UIA, aku naik bas balik Kedah..sepanjang tempoh tu la, aku nekad lepas kerja nak beli kereta..aku tak suka tunggu bas, tak suka lama-lama dalam bas sebab selalu rasa nak muntah, tak yakin dengan pemanduan setiap pemandu bas, aku jadi paranoid dengan mereka - aku selalu pikir diorang mengantuk while driving atau bawak laju atau nak culik aku! bole?

disebabkan aku punya paranoid terhadap bas ni, mak abah aku pun terkena tempiasnya..aku tak kasi abah datang KL naik bas sebab takut apa-apa jadi sepanjang perjalanan diorang..kalau nak datang, mesti naik flight atau train atau pun kereta..not bus! (motif naik filght bole pulak?)

semalam call rumah, abah cerita pasal railway yang tengah buat kt Kedah..railway from Kedah to KL..and he's happily saying 'haa, nanti abah mak boleh la selalu pi KL jumpa kakak'

'yup, datanglah abah' :)

Wednesday, January 18, 2012

azam

oh, sudah January..maksudnya, dah 4bulan disini..sedikit homesick sebab tak pernah tak jumpa mak abah lebih dari 3bulan, sampai mimpi-mimpi haritu...hadoiii, anak manja!!

dah pun habis satu term..they called it Michaelmas Term..sekarang dah masuk Epiphany Term..
class will start this coming Thursday..just got email from my school, they change the learning style a bit..two modules will run in parallel..Distributed System(DS) and Research Method(RM)..sebelum ni kan 1 bulan 1 module..so sekarang lain sikit la..

DS start hari khamis ni..RS pulak start hari isnin pukul 10pagi..nasib baik bukan pukul 9..awal sangat pukul 9 tu..winter ni kul 830 baru cerah..siang lambat sikit sekarang...

yesterday, dapat email suruh pilik tajuk untuk dissertation bulan 6 nanti..so fast! dissertation bulan 6, tapi sekarang dah kena ada tajuk..memang dah bukan masanya untuk main-main..kena study betul-betul nih..nampak sangat aku main-main sebelum ni kan?

was chatting with Ana last few days..dia tanya pasal study kat sini..aku cakap aku struggle jugak la..rasa macam susah nak score walaupun course yang aku ambik ni adalah sama dengan bidang kerja aku..kerja as software engineer, study in software engineering management..memang tak lari mana..bidang tuu jugak..but still aku rasa susah..so, Ana cakap maybe aku banyak jalan sangat kot, study kurang..ahhah..have to agree with u Ana..huhu

so, sekarang ada azam baru..nak study betul-betul..mari kita tengok sampai bila azam ni bertahan..malas nak janji sebab tak yakin..heee

Sunday, January 15, 2012

-6 degree

i woke up late this morning..yeah, its always hard to get out of bed especially when you know it was so cold outside and its Sunday!! its a time to just stay home and do nothing..haha
first thing i always do when i open up my eyes in the morning is to check the day's weather on my phone..its -6 degree this morning!! is it gonna snow soon?? yeah, lets pray..

outside my window..

Monday, January 02, 2012

blissful 2011...

permulaan yang agak perit dan memedihkan..bila diingat semula, terasa tidak mampu untuk diulangi jika berlaku lagi..syukur Allah kurniakan kekuatan untuk terus senyum dan terus melangkah di muka bumi Allah ini..di sebalik dugaan yang maha perit itu, Allah temukan dengan peluang untuk mencapai cita-cita yang begitu lama terpendam..jadinya, di sebalik air mata yang mengiringi permulaan 2011, menggunung harapan, kekuatan dan semangat untuk mengejar apa yang dihajati..

pertengahan tahun - tempoh yang terlalu sibuk dengan temuduga, peperiksaan, medical check-up, kursus BTN, balik kampung, naik turun pejabat MARA, siapkan mana-mana kerja yang tertangguh di pejabat, farewell party dan macam-macam lagi..segala proses ini serba sedikit menakutkan kawan-kawan serumah untuk menyambung pelajaran..rumit dan meletihkan..syukur fasa itu selesai

penghujung tahun - tempoh di mana kegigihan menampakkan hasil..Allah bayar segala penat lelah sebelum ini..yang tinggal hanya senyuman dan syukur atas nikmat Allah ini..cita-cita tercapai dan hari-hari berlalu terasa sangat bermakna..disebalik kegembiraan ini, terselit juga kesedihan..Allah ambil semula hak-Nya..Aiman kembali bertemu Yang Maha Pencipta..moga sahabatku redha..agak terkilan tak dapat temani mereka hadapi ujian Allah ini..Al-Fatihah

29 Disember 2011 - terima kasih untuk ucapan kawan-kawan dan kek dari Mama Fiz dan Papa Joe..

30 Disember 2011 - mahu senyum sampai ke telinga..terima kasih untuk makan-makan di Zen dan sesi melepak layan drama, gossip, bincang masalah domestik dan antarabangsa..ahah
'guys, thanks for the card and for the chocolate! sampai harini duk display, tak makan-makan lagi :D'

31 Disember 2011 - hugs and kisses for Aishah and Aminee..datang ke rumah bagi kad dan ferrero rocher..terharu!!

that's my 2011...how about you guys?