Pages

Monday, April 25, 2011

tak terurus...

hidup saya tak terurus dua tiga minggu ini..dan dijangka akan berterusan tidak terurus sehingga pertengahan bulan Mei..
setiap kali selepas solat, satu doa wajib yang saya pohonkan adalah semoga Allah permudahkan urusan saya di dunia dan di akhirat..
saat ini sangat terasa ketidakmampuan diri berdepan dengan macam-macam urusan yang datangnya serentak..
ada dua assingment perlu dihantar hujung bulan ini, sambung pula dengan Final Exam..tambah pulak dengan UAT (User Acceptance Test) Rabu ini..

hidup bertambah teruji bila saya sangat rindukan kampung halaman..rindu En Daddy dan Pn Mummy..dan rindu sangat-sangat anak-anak saudara saya..jarang sangat dapat bermain dengan Najwa..mungkin dia tak tau dia punya seorang Makcik :(

namun saya yakin, hidup pasti akan teratur dan terurus semula..ujian dan dugaan itu lumrah alam. "Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan 'Kami telah beriman', sedang mereka tidak diuji lagi?"(Al-Ankabut:2)
Maka, SYUKUR andai hidupmu penuh dengan ujian, kerana itu tanda kasih sayang Allah dan Allah memandangmu, insyaAllah.

adakala saya terfikir, kemana perginya 24jam yang Allah kurniakan kepada saya setiap hari..semoga kesibukan duniawi ini tidak mengurangkan ibadat saya kepada Pencipta, Aminn.

teringat pesan abah semasa mula-mula saya menyambung pengajian Januari lalu: "Kakak, sibuk macam mana pun, jangan tinggal Solat, baca Quran dan sedekah"

abah bekalkan saya dengan nota kecil mengandungi zikir-zikir harian..nota yang boleh diselitkan dalam handbag.."Kakak baca zikir-zikir ni bila lapang, ataupun tengah drive ataupun tengah tunggu lecturer masuk kelas"

saya punya banyak impian dalam hidup..punya cita-cita melangit..belajar mahu sampai ketahap paling tinggi biarpun saya tahu otak saya bukanlah cerdik mana..pandai taklah seberapa..rajin jauh sekali..namun yang ada hanyalah semangat dan cita-cita..semangat dan cita-citalah yang menggerakkan hati saya untuk tempuh perjalanan ini..
dan saya bersyukur punya keluarga yang sayangkan saya, punya kawan-kawan yang sangat menyokong..syukur Allah kurniakan insan-insan mulia ini untuk berada disisi saya..Alhamdulillah

ok, back to work :)

Tuesday, April 12, 2011

masa berlalu sangat cepat

tak sangka..final exam bakal bermula awal bulan depan..terasa baru sahaja saya mendaftar, baru masuk kelas, berjumpa rakan-rakan baru, rupa-rupanya dah menghampiri akhir semester pertama..wohh, sungguh cepat masa berlalu..suka!!

mak saya cakap, 'bulan depan dah habis semester pertama, ujung tahun ni dah habis setahun, then tinggal lagi 3 tahun untuk habis belajar, kejap je kan?'

ya, bila kita buat perkara yang kita suka, mesti akan terasa sekejap :)