lately, ramai yang tanya pasal snow..dukacita dimaklumkan, snow tak turun-turun lagi..jangan tak percaya, hari-hari gigih tengok ramalan kaji cuaca nih dan asal bangun pagi je, dengan terujanya selak langsir bersama harapan nampak salji turun then boleh la feeling ala-ala winter sonata, then keluar rumah buat dua tiga bijik snow man depan rumah dan ajak sekali anak-anak jiran kat sini melayan ke'jakun'an saya main snow..yer la, tak kan nak jakun sorang-sorang, segan kott..at least, kalo ada budak-budak, tak der la terserlah sangat yang dah umur 27tahun ni excited terlebih duk buat snow man kan?
grass belakang rumah..icy di pagi hari..icy not snowy
Christmas break now!! yahooo!! dah nama budak sekolah, apa lagi yang best..time break lah..cuti sebulan. seronoknya hati bukan kepalang. sekarang ni pergi la mana pun, mesti jumpa Santa...kat Tesco ada, kat Gates ada..merata la..tadi pegi library pinjam buku, nampak pokok depan library dah di hias cantik..rumah jiran terang benderang dengan lampu depan belakang. suka tengok.
yang sangat susah nak adapt, cuaca! suhu dah bawah pada 5 degree sekarang. nak keluar sangat malas bila memikirkan kena tunggu bas. tapi nak duduk dalam rumah je bosan pulak. bukannya boleh study pun. lebih kepada nak makan dan tengok movie. adoiii..betul-betul krisis dalaman nih.
siang sangat sekejap..lebih kurang 6jam sahaja..selebihnya malam. sudahnya lebih banyak tidur dari berjaga. dan tidur seminggu dua ni jadi tak tentu hala. kadang-kadang tidur pukul 6ptg dan bangun semula pukul 9mlm..harini tidur pukul 5ptg dan terjaga pukul 8mlm tadi. well, kat Malaysia dulu seboleh-boleh bila malam je tak nak buat kerja..kononnya masa untuk bersantai, berehat, hang out dengan kawan-kawan..kalau dah 4tahun bawak perangai macam tu, tak ker bila sampai sini jadi tak tentu arah? pukul 3.30ptg dah mula gelap, mula la pikir nak bersantai dan berehat bagai, padahal baru pukul 3.30ptg..huh.
angin sangat kuat di luar. boleh dengar bunyi angin yang sangat kuat dari dalam rumah. kalau berjalan kat luar ni, boleh melayang di tolak angin. jadi boleh la sampai rumah cepat sikit sebab angin tolong tolakkan..ahah
haritu pergi print gambar kat Tesco sebab nak post gambar tu ke Kedah bagi mak dan abah tengok..semalam dah pun pergi post, siap tulis surat lagi..old school gila kan? but then, that's me! by the time people prefer facebook, flickr, blog, etc, i rather choose to print photo, write letters, etc.
sama jugak kalau boyfriend kita bagi surat, mesti lagi best dan lagi terharu berbanding dia hantar email..betul? (motif boyfriend kita??)
ok, melalut dah ni..should stop now dan nak sambung tidur..nite peeps!
No comments:
Post a Comment