Pages

Saturday, March 03, 2012

emo..

emosi tak stabil seminggu dua ini..tak berminat nak berjumpa dengan ramai orang..terima kasih untuk Sabrina (housemate) yang sangat memahami..tak memaksa kalau aku menolak untuk ke mana-mana..selalunya kat Bowburn ni, ramai jugak Malaysian family yang suka buat makan-makan..tapi lately ni aku jarang join..lebih selesa duk rumah buat hal sendiri..

oh ya, cerita pasal study..due date untuk report submission dah dipanjangkan sehingga 16hb..happy gila okeh!! rasa nak lompat bintang..sekarang ni baru la boleh tarik nafas lega sikit..kalau tak, moody je memanjang..

last week tersangat mencabar..nak start menulis report, tapi tak der idea..end up aku keluar pergi town lepak dengan Kak Lina..well, Kak Lina is like my personal motivator..time stress study, cari dia..ahhah..
kadang-kadang whatsapp dengan Ana..wish she was here during this hard time..

last week, 27hb Feb, birthday my mum..Happy Birthday Mak!! I love u..aku buat flower delivery untuk mak..selalunya akan call rumah setiap hari Jumaat..but that Friday, tak call pun sebab nak buat surprise on her birthday, hari isnin..dah bagitau suruh hantar bunga tu waktu pagi, so that bila aku call waktu petang bunga tu dah sampai..
so, call la petang tu..first ayat mak 'dah 9 hari akak tak call'..perghh, kira okeh!!
'abah dah pikir macam-macam..demam ke, sibuk ke, tak ingat mak abah ke'..hadoihhh, tak mak..akak nak buat surprise je..ahhah

sebenarnya on that day, nobody remember my mum's birthday..even she herself tak ingat..so bila dah sampai bunga tu baru la semua orang 'ooo, hari ni 27hb rupanya' mula la abah pun tanya mak 'nak kek tak?' ahhah..mak cakap x mo la kek..merajuk la tu :D

my parents tak berapa happy lately..sebabnya semua anak-anak dah jauh..abang Zanil ditukarkan ke Sarawak..abang Saiful baru pindah rumah, aku kat sini and adik kat Johor..so diorang sunyi sikit..

bila memikirkan diorang sunyi, betul-betul rasa nanti nak balik kerja kat Kedah..nak duduk dengan diorang..
haritu message dengan Jat and Ana, diorang pun ada terpikir nak balik Kedah..well, kalau confirm diorang jadi balik Kedah, i'll follow :D

No comments: