Pages

Monday, July 14, 2008

di mana patut ku letakkan CINTA???

ari ni nk brcakap psal CINTA...waaa, ramai yg suker kn??heheh..x yh tipu la kater x suker baca..ngaku jer la..haha
walaupn aku tidak brada di dlm alam percintaan seperti kalian, tp still nk ckp psal cinta...
citer kt bwh ni aku amek dr 1 blog..article ni agak pnjg..but very interestg one..bacer la yer..

CINTA DI DALAM ISLAM

Cinta di dalam Islam sebenarnya tiada hubungan romantic atau caring atas alasan jika benar pencinta yang memahami corak Islam lebih ke arah menulis peringatan-peringatan Allah di dalam konteks cara perhubungan walaupun mungkin tidak pernah berdating…malah orang yang bercinta dalam bentuk syariat Islam takut untuk berhubungan secara menulis…kerana was-was dengan keupayaan menahan bentuk luahan hati yang akan menimbulkan *zina hati*. Malah orang yang benar-benar beriman takut untuk berhubungan melalui telefon atau kaedah bercakap yang penuh lemah-lembut dalam bentuk hubungan lain seperti chatting kerana biasanya kekerapan hubungan percakapan lebih ke arah tidak tertapis dan bisa ~menggoda keimanan~ dengan rasa ^rindu^ dengan suara dan gurauan sehingga akhirnya membuat tautan rasa cinta ~asmaradana~
Semakin kerap berhubung akan menjadikan semakin rapat perhubungan dan akhirnya tanpa mengimbangkan ^kewarasan akal^ dan lebih mementingkan ^perasaan & nafsu^ akhirnya menjerumus kepada fahaman itulah ^cinta^ yang sebenarnya. Kerana atas dasar apa?? >>>rasa rindu yg amat sangatt<<< …sedangkan hakikat rindu yang sebenar hanyalah satu; rindukan Allah.
Cinta berasaskan Islam ialah cintakan [kebaikan] [keimanan] dan [keutuhan pendirian] kerana ia adalah asas kepada tiang pengukuhan iman di hari depan. Malah cinta di dalam Islam lebih ke arah rasa hormat, malu dengan kewarakan responden kerana itulah cinta hakiki yang tidak boleh dijual beli. Malah malu untuk berkata-kata di sebalik kata-kata yang tidak sepatutnya. Itulah cinta yang sebenar di dalam Islam…bukan seperti sebahagian anak muda yang tidak memahami konteks percintaan hakiki yang yang mana terlalu mudah jatuh cinta dengan hanya sekali pandang, dan juga dengan hanya tautan kata-kata.
Sememangnya tidak dinafikan kuasa cinta benar-benar dapat menguasai respondennya. Ada yang berubah sikap dengan rangsangan cinta…contoh ada yang semakin beriman, semakin baik dan semakin terdidik kerana nasihat & peringatan oleh orang yang di cintainya. Tetapi adakah rangsangan itu akan terus berkekalan andaikata :: cinta berpaling arah :: atau tidak menjadi. Inilah yang di bimbangi kerana rangsangn cinta murahan hanya satu <> yang tidak berkekalan atas asas tujuan untuk memikat hati.

Bila seorang menyampaikan hasrat cintanya…perhatikan agamanya, kebaikannya dan segalanya sejak dia belum mengenali kita…maksud sifat asalnya dan muamalat asalnya…kerana jika kita mudah membenarkan hati di lalui…ia hanya akan membuka peluang kepada ke arah #ketidakfahaman# konsep cinta berasaskan Islam. Uji mereka dulu dengan corak akhlak dan pergaulan yakni jangan membenarkan diri kita dirapati akan perasaan mereka…agar menimbulkan keraguan dan was-was yang kita tidak menerima cinta mereka. Ini tidak, anak gadis dan pemuda suka :: melayan & melayan :: dan akhirnya terbuai kata-kata asmara yang terbina sendiri dan menimbulkan kerosakan hati di dalam hati-hati mereka sendiri. Biarlah di katakan diri kita EGO…ego untuk kebaikan yakni menjaga diri untuk mengimbangi antara kewarasan akal dan iman yang akan menjadi benteng dan senjata melumpuhkan pihak lawan…benarkah begitu?? Sebab bagi perempuan mahupun lelaki yang beriman, mempunyai sifat-sifat yang [[[ konkrit ]]] di dalam pendirian mahupun akhlak…bukankah akhlak yang *cantik* terbina dari didikan hati nurani iman yang cantik …?
So, kata-kata bidalan “berkawan biar beribu bercinta biar satu” tidak begitu tepat di dalam konteks Islam dan patut ditambah +++; bercinta biarlah untuk teman di akhirat yang dihalalkan oleh Islam bersebabkan faktor-faktor semua ~panahan cinta~ di atas konsep berkawan adalah tidak tepat dan bercanggah di dalam konteks perhubungan di dalam Islam sebab kerana ia hanya boleh menjatuhkan ke arah perhubungan dalam suasana =fitnah=. Akhir kalam, hanya Jauhari sahaja yang mengenal Manikamnya yakni hanya orang-orang yang beriman akan menghargai dan mengagungi keimanan orang yang patut dicintainya kerana hanya orang yang baik-baik sahaja yang inginkan sesuatu yang baik…di situ sudah menampakkan penilaiannya…di mana jodoh yang baik adalah untuk orang yang baik… dan begitulah sebaliknya. Kerana orang yang tidak baik tidak menyanggupi untuk hidup bersama dengan orang yang baik kecuali dalam dirinya itu adalah mempunyai zat yang baik juga. Berkata Imam Nawawi: “Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu..”

7 comments:

M@YaZ said...

Nice moved~!

Teruskan :D

p/s: jangan sampai tak kawen sudah

Husna said...

tq jat..
tentula nak kawen..ahaks
tp lambat lg la

hazlif said...

bisikku pada bulan
kembalikan temanku
kekasihku, syurgaku

tanpa dia malam menemaniku
sepi memeluku

bulan jangan biar siang
biar alam ini kelam
biar ia sepi sepertiku..

Afida Anuar said...

Hidup ini cuma sementara, janganlah satu kehilangan menyebabkan kita kehilangan semuanya...

sekadar berkongsi kata-kata. Tiada kaitan kut dengan entry ni..hikhikik

Anonymous said...

nice post. mesti dah fikir lama ni.

Anonymous said...

جك تياد چينتا انسان اونتوقمو، چوكوڤله چينتا الله ڤڽري هيدوڤي عيماو، كلق اكن اد انسان مڽينتايمو سباڬاي مان چينتامو ترهادڤڽ

Husna said...

yup..cinta hakiki akhirnya akn berbalik pada-Nya jua