Pages

Tuesday, August 26, 2008

Jom kenali wanita...

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
(salah..dier akn nangis biler brsendirian sama ada dlm toilet or dlm blek tido)

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
(ya..beri masa..nnt dier akn baik sendiri)

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
(biaser la..love is blind kn??)

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
(uish..jgn kuar ngan ramai lelaki..x elok)

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!
(opss..i x suker coklat..sorry..tp kalo u bg i amek..haha)

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
(blushing..heheh)

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.
(x der la smpi lakukan apa saja..aper kes nk patah semangt smpi camtu..huhu)

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.
(buat yg tlh pergi..sila pergiiiii)

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
(hmm..prefer melalui tulisan..heheh)

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.
(wowowo..saper yg x brguner skrg ha??)

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
(ntah..ok je kot)

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
(ni lg la tipu..huhu)

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.
(sekuntum senyuman??sekuntum bunga ok gak)

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
(ya betullll 101%)

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
(ya..tgglkn jer..x kesah pn..)

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
(chaiyok!!!)

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!
(bcoz i'm not ur mind reader)

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
(ye ker???..itu Tuhan punyre kuasa)

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
(iyeks..jiwangs nyes..)

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.
(ntah..i x main cinta2 monyet nih)

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
(saper kater??x der pn dlm fikiran i...)

22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
(Hi jer??x ceria pn...)

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
(exactly correct..ana know everything about me)

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
(x kesah..jodoh Tuhan yg tentukn)

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
(cobalah utk setiaaaaa)

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
(yer kot..eh, yer yer)

27. Senjata wanita adalah airmata!!
(airmata kasih brlinangan..brlingangan selaluuuuu...)

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah…
(pandainyerrrrrrrrr)

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.
(kerana manusia x mampu hidup tanpa cinta dan kasih...)

petikan dari http://agesshi.wordpress.com/

4 comments:

@naBest said...

wah!! bercakap mengenai wanita nmpk... hehehe...bagus juge..biar semua lelaki lelaki di luar sana paham sket pasal wanita2 ni. hehehe

Noli said...

bagus2..bia lelaki sedar pompuan ni cane..hehe..tulusnye sorang pompuan nih..

cayokk noni..mncari sorang lelaki yg tau makna 'perempuan'..

AbangCik said...

salam.. huhu, susah betul nk kenali hati seorang wanita ni. xleh silap sikit.. merajuk sana, merajuk sini. pening kepala....

tapi xpe, ambil masa utk kenali diorg.. thanks pada empunya blogs. x dapat banyak sikit pun jadi la, yg bestnya coz ade jawapan kt situ. point tu... hehehe.

k, Selamat menjadi wanita muslimah sejati.. insyaAllah, selamat dunia akhirat.

wassalamualaykum wbt

AbangCik

Husna said...

AbangCik --> mgkn agak sukar utk mengenali wanita kerana Allah jadikn kita berbeza..namun belajarlh utk mengerti kerana kelak anda akn hidup dgn insan brgelar wanita..:)