Pages

Sunday, January 22, 2012

pemandu dan kereta

aku respect pemandu di UK ini..mereka sangat bagus dan sopan di jalanraya..sepanjang 4bulan disini, sama ada di Durham, Newcastle, Edinburgh atau London, tak pernah sekali aku nampak accident depan mata..amazing!! Alhamdulillah!

yang peliknya, jalan di sini sangat sempit..jalanraya di Malaysia jauh lebih baik aku rasa..dah la sempit, ada pulak yang parking kat tepi-tepi jalan..aku sendiri tak berani nak memandu kat sini..

but seriously speaking, jarang sangat berlaku accident kat sini..kalau korang memandu di KL..cuba bilang berapa banyak accident korang nampak dalam seminggu?

so, apa lagi yang tak kena? of course lah attitude kan? pemandu kat sini tak bawak laju, tak potong queue, tak ikut emergency lane, bagi laluan pada yang nak masuk simpang dan hormat pemandu lain..itu yang aku rasa tak ada pada kita, Malaysian driver..isn't it?

dulu, setiap kali balik dari office, sentiasa sesak kat traffic light sri kembangan tu..then yang nak potong queue pulak, bukan satu lane, kadang-kadang sampai tiga! pastu line yang nak potong tu bole pulak lagi panjang dari yang duk ikut lane yang betul nih..aku hangin betul! time tu la rasa nak menyumpah seranah orang..nak balik rumah je pun, buat apa la nak potong-potong queue kan? beratur la elok-elok..kita orang Islam kan? (erkk, aku membebel kah?)

oh, ok..masuk bab kereta..ramai pulak lately ni suruh aku beli kereta kat sini sebab murah..maaflah, aku tak minat nak habiskan duit untuk kereta..habiskan duit untuk travel lagi bagus..lagipun dah ada satu kat Malaysia..Ana and Jat yang jaga..cukuplah ada HoneyVi tu walaupun dia kecik dan tak semahal kereta lain..kereta bagi aku hanyalah untuk memudahkan aku bergerak ke sana sini, untuk pergi kerja dan untuk aku balik kedah..setakat ni, prestasi HoneyVi sangat bagus..jarang bagi aku masalah..jadi, tak perlulah kot nak beli yang besar-besar, yang mewah-mewah kalau function sama ja macam HoneyVi..

kereta aku beli sebulan lepas aku start kerja..installment aku bayar dengan duit aku dapat masa TM Award dulu..(mak abah tak tau pasal nih..hehe)so, dear abang, biar pecah di perut, jangan pecah di mulut ok!

reason nak sangat beli kereta; sebab aku tak suka naik bas..sepanjang 5tahun duk UIA, aku naik bas balik Kedah..sepanjang tempoh tu la, aku nekad lepas kerja nak beli kereta..aku tak suka tunggu bas, tak suka lama-lama dalam bas sebab selalu rasa nak muntah, tak yakin dengan pemanduan setiap pemandu bas, aku jadi paranoid dengan mereka - aku selalu pikir diorang mengantuk while driving atau bawak laju atau nak culik aku! bole?

disebabkan aku punya paranoid terhadap bas ni, mak abah aku pun terkena tempiasnya..aku tak kasi abah datang KL naik bas sebab takut apa-apa jadi sepanjang perjalanan diorang..kalau nak datang, mesti naik flight atau train atau pun kereta..not bus! (motif naik filght bole pulak?)

semalam call rumah, abah cerita pasal railway yang tengah buat kt Kedah..railway from Kedah to KL..and he's happily saying 'haa, nanti abah mak boleh la selalu pi KL jumpa kakak'

'yup, datanglah abah' :)

4 comments:

rafi cyber said...

kalau kat Kedah dah ada, Penang tentulah ada juga, Yee leh la parents i mai KL juga. Nak ke parents i tu. Huahahah.

PS: Belila sebiji keta utk i kat sana. tak dpt keta bus double decker tu pun jadi lah. :-p

CnB said...

yup. railway double track from ipoh to padang besar. lebih banyak ETS akan pergi. best2.. hehe

M@YaZ said...

Tak pi india lagi.. Jenuh, mengucap panjang.. Rasa maca nyawa di hujng tanduk ja.. Mungkin tak biasa dan hanya 5 hari ja di sana. Haha, tepi seronok pengalaman luar negara kan.. Tp walau mcmana hebat negra tu, kitanpasti syangkan Malaysia lebih dari negara luar..o

Husna said...

jat: yup, setuju..sebab sayangkan negara sendiri lah kita kena tegur sikap yang tak elok tu dan ambik pengajaran dari apa yang kita dapat dari luar negara..