Pages

Monday, January 02, 2012

blissful 2011...

permulaan yang agak perit dan memedihkan..bila diingat semula, terasa tidak mampu untuk diulangi jika berlaku lagi..syukur Allah kurniakan kekuatan untuk terus senyum dan terus melangkah di muka bumi Allah ini..di sebalik dugaan yang maha perit itu, Allah temukan dengan peluang untuk mencapai cita-cita yang begitu lama terpendam..jadinya, di sebalik air mata yang mengiringi permulaan 2011, menggunung harapan, kekuatan dan semangat untuk mengejar apa yang dihajati..

pertengahan tahun - tempoh yang terlalu sibuk dengan temuduga, peperiksaan, medical check-up, kursus BTN, balik kampung, naik turun pejabat MARA, siapkan mana-mana kerja yang tertangguh di pejabat, farewell party dan macam-macam lagi..segala proses ini serba sedikit menakutkan kawan-kawan serumah untuk menyambung pelajaran..rumit dan meletihkan..syukur fasa itu selesai

penghujung tahun - tempoh di mana kegigihan menampakkan hasil..Allah bayar segala penat lelah sebelum ini..yang tinggal hanya senyuman dan syukur atas nikmat Allah ini..cita-cita tercapai dan hari-hari berlalu terasa sangat bermakna..disebalik kegembiraan ini, terselit juga kesedihan..Allah ambil semula hak-Nya..Aiman kembali bertemu Yang Maha Pencipta..moga sahabatku redha..agak terkilan tak dapat temani mereka hadapi ujian Allah ini..Al-Fatihah

29 Disember 2011 - terima kasih untuk ucapan kawan-kawan dan kek dari Mama Fiz dan Papa Joe..

30 Disember 2011 - mahu senyum sampai ke telinga..terima kasih untuk makan-makan di Zen dan sesi melepak layan drama, gossip, bincang masalah domestik dan antarabangsa..ahah
'guys, thanks for the card and for the chocolate! sampai harini duk display, tak makan-makan lagi :D'

31 Disember 2011 - hugs and kisses for Aishah and Aminee..datang ke rumah bagi kad dan ferrero rocher..terharu!!

that's my 2011...how about you guys?

No comments: