Friday, October 28, 2011
sebulan berlalu
sememangnya ada banyak benda yang selalu muncul dalam mimpi-mimpi saya, yang saya rasa apabila ianya menjadi realiti, sungguh sukar untuk saya percaya..yeah, something that is too good to be true...
tak sabar menanti Sabtu, Edinburgh menunggu..tempat yang orang cakap kalo dah sampai UK, jangan lupa untuk ke situ..Edinburgh, wajah sebenar Scotland..here I come!!
Sunday, October 23, 2011
exam..
otak sudah berkaratkah? eh, saya dah tua ke?
:|
Thursday, October 20, 2011
sejuk!!
hmm..lets start with study stuff(since datang sini nak study kannnn) :p
untuk makluman hadirin dan hadirat sekalian, isnin depan saya ada exam ye..takut makkk noks..tapi mak tak start baca buku lagi nih..macam biasa la, malas!
sistem kt my school sangat bestlah..1 bulan ada 1 subject je..plus 2subject undergraduate kena amek but no exam..just attend kelas and do assignment..yang tu seriusly tak faham..why should i take those subject? dah argue dengan program director, tapi saya kalah..dang!! makanya, berkawanlah dengan budak2 undergraduate yang jauhhhh lebih moda dari saya..yang lagi tak best, bole la plak dalam kelas tu ada 2 girls je..saya dan sorang Indian nih..yang lain semua boys..semalam that Indian girl ponteng kelas, makanya ............tak syok kan?
nasib baik kelas tu sejam je sehari..seminggu dua hari je kelas..fuhhh
ok..next!
suhu sekarang ni dah makin sejukkk..kalo tunggu bas 10min pun dah cukup membuatkan saya menggigil kesejukan..contohnya sekarang ni suhunya 8darjah..kalo tengok tingkap bilik pun dah berlaku proses kondensasi disitu..ibarat gelas yang diisi ais..(perghh..kondensasi uuu..hahah)
winter is coming very soon..probably end of this month or early november..last week dah mula sediakan keperluan untuk menghadapi musim sejuk..contohnya:-
siang makin singkat..malam makin panjang..pukul 6ptg dah masuk magrib..kul730mlm dah isyak..pukul9 mata dah terkebil-kebil tahan ngantuk..tido awal, bangun lambat..asal bangun tido je mesti lapar..sejuk-sejuk ni memang cepat lapar pun..asyik maaakan je..risaulah balik Malaysia nanti ada orang cakap macam ni: "eh, saper ni?? Nurul ke? gemuknya!"
Monday, October 17, 2011
I'm lost!!
Heheh..ini cerita saya sesat di hari ketiga di Durham..sesat di tempat orang bukanlah sesuatu yang seronok kan? But it happened to me..huhu
Harini saya kena pegi school sebab ada induction course kul3ptg..kak ros and sabrina pegi school diorang..have to go alone since saya sorang je computer science student yang baru masuk..the rest ada yang Anthropology and Islamic Finance..for those who looking for the university that offer Islamic Finance, do consider Durham Univ bcoz it is among the best in UK..
Time pegi abg mi hantar..then nak balik pulak, abg mi suruh pegi SGIA (school kak ros and sabrina) and wait for him there..
Induction course end at 410pm..so kesesatan bermula dari saya keluar dari faculty of engineering and computer science nak menuju ke SGIA..time abg mi bagi direction, rasa macam kacang je..confident level berada ditahap 98% time tu..
4kali saya ulang alik di tempat yang sama, but still tak jumpa SGIA..then berenti kejap tengok map kat tepi library..ok, tak reti baca map..dang!! terus call Sabrina, dia bagi direction and saya teruskan perjalanan lagi..jalan dan terus jalan tapi nampak macam jalan menuju kesesatan je..then patah balik ke my school..dari situ nak call Sabrina semula, tapiii tengok-tengok handphone dah out of battery..nice timing!!
So, nak buat aper? Kena la ringankan mulut tanya orang..first, I approach this one girl and tanya dia where is SGIA..then she replied ‘am sorry, this is my first day here’ ohho, nampaknya saya lagi lama hidup disini..ok x per, next person is sorang Muslim women..dia jalan jauh di depan saya..dari belakang saya berharap dia adalah M’sian..laju saya jalan mengekori dia..then she stopped at the traffic light..oh, anggapan tersasar..bukan M’sian tapi someone from Negara timur tengah..tapi tak kesah la sesaper pun..then tanya dia pulak kat mana SGIA..’oh sorry, I have no idea where it is..but am sure, none in this area..’ Ok, dapat satu clue..tempat yang saya berada tu takkan membawa saya ke SGIA..so patah balik ke school.
Then berehat kat situ kejap sambil berfikir nak buat apa seterusnya..tadaaa, mari tunggu di bus stop yang abg mi turunkan saya masa hantar tadi dengan harapan mesti abg mi and kak ros akan cari saya kat situ..bus stop tu kan, belakang dia adalah kawasan kubur..makanya, jangan harapla saya nak berlama-lamaan di situ..takut kottt
Then saya approach sorang aunty yang tengah tunggu bas kat situ..mintak kt dia nak masukkan simcard saya ke handphone dia..dia mintak saya sms je Sabrina using her phone but then, I don’t remember Sabrina’s no..dah la no phone UK panjang, susah giler nk memorize..so tukar la kejap sim card..tapiii, ada network key la pulak..kt UK ni, diorang ada lock/unlock network, saya pulak still pakai Malaysia no..so useless jugak la tukar simcard pun..
Then chit chat kejap dengan aunty tu and bagitau dia am living in Bowburn..then she said bus yang dia akan naik tu lalu kt Bowburn, just before her village..so, last resort was to follow that aunty..then kami pun berdua-duaan la naik bas..sampai je Bowburn, say goodbye to that aunty, then saya pun turun..
Ok, kesesatan yang nyata kedua adalah untuk mencari rumah..orang kat sini memang tak berkeliaran kat luar, so susah la nak bertanya..then jumpa lagi sorang aunty menuju ke bus stop..’excuse me Mdm, can I ask you where is Steavenson Street?’ ‘sorry, I’m deaf. I can’t hear what you say’ oh ok ok, tersalah orang pulak..
Then jalan lagi kedepan, jumpa pulak sorang perempuan tengah bawak anjing dia bersiar-siar..ok, kali ni dah tak silap orang..dia pun bagi la direction suruh ke depan lagi sampai jumpa Bowburn library..rupa-rupanya saya berenti kt bus stop yang pertama..patutnya bus stop yang ketiga, baru dekat sikit dengan rumah..sepanjang nak sampai ke rumah, ada la lagi 2 3 orang yang saya tanya, barula at last jumpa rumah sendiri..masa tu dah hampir pukul 7mlm..kiranya hampir 3jam saya sesat..appa daaa..kalo tak sesat, bukan cik Noni kan??
Sorry sangat-sangat kat Abg Mi and Kak Ros, hampir satu jam mereka mencari saya di school..risau diorang..ish ishh, noni noni..hmmm
Durham at heart!!
Sampai je Durham, ternyata jauh beza dengan Newcastle..Durham sangat cantik, perkampungan orang Inggeris yang sangat terjaga..satu kawasan yang sangat sunyi, bersih dan tenang..
First, ke rumah abg mi and kak ros..Kak Ros adalah lecturer UIA yang menyambung Phd disini..rasanya ni tahun terakhir diorang disini..kak ros masakkan nasi, asam pedas ikan salmon, sayur goreng and sup ayam kot(sorry, tak ingat..hehe). sangat terasa seperti berada di Malaysia jugak..tq so much to abg mi and kak ros..they being so nice to us
Dah kenyang perut, then kitorang ke rumah sewa..landlord dah menanti..masa ni Abg Amir, Kak Ina and Abg Naso datang sekali..diorang pun datang tolong-tolong settlekan hal rumah kitorang..
Lepas maghrib ikut abg mi and kak ros pegi shopping lagi..masa ni mata dah terkebil-kebil tahan ngantuk..yeah, baru first day..have to expect jetlag la kan..masa ni kat Malaysia dah pukul 2pagi..habis je membeli-belah terus balik rumah dan terus tido..
Kul 4pagi dah terjaga dan tak bole nak tido dah sebab kat Malaysia pukul 12tgh hr..lepas subuh start masak sikit untuk breakfast and lunch sekali..duk sini pegi school kena bawak bekal sebab susah nak jumpa kedai halal..jadinya hari-hari sebelum pegi school kena masak dulu..hoyyeah, come on Nurul!! You can do it!!
Thursday, October 06, 2011
Just Arrived – NewCastle
Then pegi claim baggage and keluar airport..nampak few Durham students yang datang menyambut international students..bagusla diorang ni, bagi air and pinjamkan kitorang telefon untuk call Abg Mi and Kak Ros(M’sian family at Durham) untuk datang pick us up..diorang tu committee yang datang untuk membawa international students yang baru sampai untuk pegi settlekan urusan registration kt university and attend events yang dah diorang sediakn untuk welcome new students. Tapi kitorang tak join la since Abg Mi dah datang ambik kitorang. Committee tu siap tunggu lagi sampai Abg Mi datang..’I’ll wait until he come and pick u up, otherwise u can join us go to the university’…
Tak sampai 2min, Abg Mi and Kak Ros sampai..first, pegi kedai orang Pakistan kt Newcastle..so kitorang beli la siap-siap stok makanan untuk seminggu..beras, ayam, daging, udang and sayur..still kekok lagi nak menggunakan duit pound kat sini..haha
Newcastle ni dipenuhi dengan orang Pakistan..agak sibuk dan ramai orang..then kitorang meneruskan perjalanan ke Durham..time ni agak excited nak tengok Durham for the first time..a place that I will spent my day for a year…
Ok, nanti saya cerita tentang Durham ya ;)
Tuesday, October 04, 2011
Dubai – 28 Sept 2011
Sekarang pukul 11mlm waktu Dubai dan pukul 315pg waktu Malaysia..baru je sampai dan terus ke surau utk solat jama’ Maghrib dan Isyak..ohho, saya terlupa tentang perubahan waktu solat ni..lebih memikirkan perubahan cuaca sama ada saya mampu adapt atau pun tidak..nasib baik ada member datang sekali, Sabrina..dia dah list down waktu-waktu solat di Dubai dan juga di Durham nanti..Alhamdulillah
Tadi kan, ada security check yang entah pape kat airport Dubai ni..bermula dengan 3 ke 4 orang passenger yang tak reti beratur..even dah ‘excuse me’ and ‘sorry’ pun still buat tak tau je..tak sekolah ke haper diorang ni? Oleh kerana ini tempat orang, sabar tu kena la banyak sikit ye dak? Ok, another thing is masa dah sampai my turn untuk security check..sekali dengan kasut dia suruh tanggalkan..yang lelaki, belt pun kena la kan..yang peliknya beg tak der pulak diorang check..apakah?
Ok, perlu transit di sini sehinggan jam 635pagi esok..maksudnya saya akan berada disini selama 9jam..yang tak bestnya, Emirates tak sediakan hotel untuk kami bermalam..tension la jugak sebab mati-mati ingatkan Emirates akan sediakan hotel untuk passenger yang transit more than 8hours..kalau ku tahu, awal-awal lagi dah book hotel..bukannya perlu keluarkan duit sendiri, claim je kat Mara, ye dak? Dahh rugi..x per la, tidur kat surau pun best juga (ok, tu ayat sedapkan hati)
Tapiii, walaupun Emirates tak sediakn hotel, diorang ada berikan voucher makanan..ada 3pilihan, Thai Express, COSI or McDonald’s..ok, ce teka saya pilih yang mana?
Haaa..ader cerita di KLIA tadi..i’m the last passenger yang naik flight..bole? awal-awal dah buat hal eh..haha..kat boarding pass tu tulis boarding time pukul 655ptg..makanya 630 tu still lagi la bersedih-sedihan dengan family and kawan-kawan yang datang..rupanya, dari International Departure nak ke Gate tu amat la jauhhhhh..letih dan sedih!!
Ok, special thanks to all my friends who been at the airport just now..sayang sangat-sangatlah kat korang..sampaikan Jat suruh bagi ucapan pun dah tak boleh sebab tak terucap dengan kata-kata..ngahaha
Ok, mau rehat..esok saya menulis lagi insyaAllah..