Pages

Wednesday, March 09, 2011

Untuk wanita seluruh dunia...

Hidup ini ada kala terlalu mencabar,semoga kita terus kuat

Hidup ini adakala terlalu menekan, semoga kita harus tabah

Bilamana datangnya ujian, semoga kita terus mengharap hanya kepada Dia Yang Maha Satu

Bilamana dugaan yang menimpa dirasakan terlalu berat, jangan pernah mengeluh dan jangan bersedih..Cuma harus percaya itu tanda adanya kasih sayang Allah pada kita

Bilamana yang diingini itu tidak menjadi milik kita, bersabarlah..Dia lebih tahu apa kita perlu

Bersyukurlah..dengan bersyukur, kita akan rasa sempurna

***************
Di sebabkan susah nak lelap malam ini, saya dengan rajinnya telah menyalin beberapa ayat-ayat indah dari buku ‘Motivasi Menjadi Wanita Paling Bahagia’:-

Berusahalah untuk mencipta kebaikan setiap hari..kerana hidup kita akan menjadi cerita pada generasi akan datang..maka ciptalah cerita-cerita yang baik buat tatapan mereka

Jangan pernah berputus asa, ketahuilah bahawa pertolongan Allah itu terlalu hampir kerana sifatNya Maha Pemurah dan Maha Memberi

Kejarlah cita-cita selagi ia tidak melanggar batas agama. Mencuba itu memang lambat dan memakan masa. Lebih dari itu, pasti ada penghalang kearah cita-cita itu.
Justeru, jangan pernah mengaku kalah dengannya

Renunglah semula masa lalu dan masa depan anda. Insaflah bahawa hidup ini penuh dengan peristiwa ynag datang silih berganti, orang yang mampu keluar dari ujian itu dengan selamat itulah yang menang.

Jadikanlah setiap keputusan yang anda ambil sebagai usaha untuk mencapai kebahagiaan, dengan begitu setiap cubaan akan terasa membahagiakan ;)

Lakukanlah dengan baik apa yang mampu anda buat hari ini, tidak usah bimbang tentang apa yang akan berlaku esok



Wohh..cukup cukup..dah sepuluh kali menguap nih..asal bukak buku je terus menguap..Noni Noni..hmmm

Ok lah!! SELAMAT HARI WANITA UNTUK SEMUA WANITA..terutama mak saya, kakak-kakak saya, adik saya (eh, kamu budak-budak lagi), n all my girlfriends..hah, dah jadi macam ucapan raya plak..untuk saudara mara yang berada jauh di mata dekat di hati..untuk rakan taulan sahabat handai yang diingati selalu, dengan ucapan bila makan ketupat tu ingat lah saya di sini ye..ok ok STOP!! dh melalut ntah kemana-mana dah ni