Pages

Tuesday, April 21, 2009

Berkahwinlah demi Tuhan..

Aku sedang menghabiskan satu buku brtajuk ‘Membina Rasa Cinta’ yg ditulis oleh Dr HM Tuah.rasa x sempurna kalo di simpan sendiri2 saja..seronok juga kalo dikongsi dgn korang sumer...dlm buku trsebut, penulis menghimpunkan byk soalan2 yg diterimanya oleh org ramai dan kebanyakn dari golongan wanita..soaln byk berkisar soal cinta, soal x der calon lg, soal dah lanjut usia, soal x der yg brkenan bla bla bla..kesemuanya soalan2 biasa yg dihadapi oleh golongan wanita yg blum berumah tangga..andai sudah berumah tangga, soalannya lain pula..lebih kepada cara ingin menambat hati suami, brhadapan suami yg curang, suami brpoligami bla bla bla..juga soalan biasa utk wanita yg dh berumah tangga..

Pokok pangkalnya..seorang wanita sejuta derita...

Geram juga bila membaca..kesemua soaln dtgnya dr wanita..dan semuanya brkisar tentang lelaki dan cinta seolah2 wanita ini x ada mslh lain atau perkara lain utk difikirkn selain cinta dan lelaki.

Ada yg menyatakan kegusaran kerana tidak ada kerja dan tidak ada calon utk dijadikn suami. Dan yg digusarkan adlh yg ke-duanya itu iaitu tiada calon lg..persoalan ini dtg dr seseorg yg punya degree.

Alahaii..kenapalah jadi begitu lemah pd keadaan.sepatutnya pikirkn mslh yg pertama tu dulu..cari kerja, cari duit sendiri..itu yg lebih pntg dr menunggu seseorg dtg ke rumah masuk meminang dan anda brkahwin, lalu akhirnya ke dapur shj..

Wahai wanita, usia yg Allah kurniakan jgnlah di bazirkan begitu saja. Utk yg blum berumah tangga, jadikanlah masa dan ketika ini utk mengejar cita2 dan membina kecemerlangan peribadi...bukankah itu lebih membahagiakn?

“Usia 25thn rasanya belumlah trlewat. Dan usia 35thn blum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan utk membina kecemerlangan”

Memang ramai yg suka brtanya bila akn brumahtangga, sudah brpunya atau belum bla bla bla..adakah itu penyebab kita ingin brumah tangga atau ingin brpunya??tension kah anda dgn soaln2 itu?? Alahaiii, jgn lah begitu lemah dgn lidah manusia..

Hakikatnya,zaman yg mencabar ini tidak punya ruang utk wanita yg sebegitu lemah...

Satu petikan dr buku trsebut:-
“Jodoh usah trlalu dirisaukn, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan x trhalang..Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yg tidak beriman kemudian nanti”

Perkahwinan adlh sunnah Rasul..apabila berkahwinnya seseorg itu, maka sempurnalah agamanya.
Memang itu tekad kita sebagai seorg Islam, berkahwin utk sempurnakan agama. Namun perlu diingat, jodoh itu urusan Tuhan..cepat dan lmbtnya jodoh seseorg Dia yg tentukan..jadi, mengapa begitu risau??berbahagialah seadanya..janji Tuhan setiap manusia itu brpasangan, jadi yakinilah Allah..Dia lebih tahu..Makanya, pohonlah pada Dia yg Mengetahui..

“Bukan semua yg anda sangka membahagiakn itu benar2 membahagiakn apabila anda mendapatknnya kelak. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga dtg sama.Semua benda ada baik dan buruknya. Begitu juga prkahwinan. Ia baik sebab dibenarkan agama, sunnah Nabi.tapi ia juga buruk sebab ramai orang yg brkahwin hidupnya semakin tidak trurus. Ramai org menempah neraka sebaik shj melangkahkan kaki ke gerbang perkahwinan. Bukankah dgn ijab dan qabul selain menghalalkn hubungan kelamin,tanggungjwb juga trpikul sekali? Bukankah andai anda gagal malaksanakannya anda membina dosa seterusnya jambatan utk ke neraka?”

Untuk wanita yg terlalu impikan perkahwinan, tanya semula pd diri anda..apakah yg ingin di cari pd sebuah perkahwinan? Jika kebahagiaan yg di cari, yakinkah anda slps brkahwin anda akn bahagia?Jika tujuannya utk mendapatkn zuriat, bersediakh anda brhadapn dgn tangisan si kecil dan mengorbankn masa tidur anda utk menjaga mereka?

Jika Allah janjikan syurga utk seorg isteri solehah dan taat pd suami, bersediakah anda utk menjadi seorg yg btul2 taat pd perintah suami?
Jika persoaln pd apa yg di cari itu brjaya di jwb dgn yakin, maka brkahwinlah..

“Jika tidak sanggup utk brgelar isteri tidak usah brkahwin dulu. Jika merasakn diri belum cukup ilmu utk brgelar ibu atau pn ayah, belajarlh dahulu. Jika rasa2 blum bersedia utk brsabar dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu.”

perkahwinan adlh sesuatu yg amat suci..penyatuan dua hati antara lelaki dan wanita. Lelaki yg baik utk perempuan yg baik..berkahwinlah demi Tuhan dan berkahwinlah andai hati ikhlas menerima dan bersedia memberi sepenuh hati...
“Jangan brkahwin dulu sbb kenyataannya ramai yg tdak brsedia utk melangkah tetapi tlh melompat, akhirnya jatuh trjerumus dan tidak jumpa akar brpaut tatkala cuba mendaki naik”
“Berkahwin itu indah dan nikmat bg yg benar2 mengerti tuntutan2nya. Berkahwin itu menjanjikan pahala yg tidak putus2 bg yg menjadikannya gelanggang utk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sbg matlamat."


BERKAHWINLAH DEMI TUHAN, BUKAN KERANA PAKSAAN DAN MENGIKUT KEBIASAAN...SEKIANNN..

Aku dh ngantuk..huhu

2 comments:

Anonymous said...

ooo..tiba2 rasa hensap... (sambil angkat tangan ala2 bernasyid... sepohon kayu daunnya rimbun...)

CS @ Mama AA's said...

yola....