Pages

Tuesday, January 06, 2009

pemberitahuan : Aman Palestin Berhad

“Ribuan anak Palestin diancam kebuluran. Hulurkan bantuan kepada Aman Palestin Berhad di akaun Maybank: 562263010787.”

Jika anda ada menerima kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS) seperti ini, sebenarnya tidak ada apa yang perlu disangsikan mengenainya.

Malah menjadi kewajipan anda agar derma tersebut disumbangkan tanpa berlengah-lengah lagi.
Ini kerana Aman Palestin Berhad benar-benar wujud bagi memastikan setiap ringgit yang didermakan oleh rakyat Malaysia tidak sahaja sampai, malah semua bantuan tersebut telah dimanfaatkan sebaik mungkin di Palestin.

Aman palestin melancarkan kempen hentikan sekatan terhadap palestin.
Sebuah banglo di Bandar Baru Bangi adalah manifestasi keprihatinan seorang korporat Islam yang membenarkan Aman Palestin menjadikan banglo tersebut sebagai ibu pejabatnya.
Mereka baru sahaja berpindah di situ walaupun Aman Palestin telah bergerak sebagai NGO sejak akhir 2004.

Pada Januari lalu, ia berjaya didaftarkan sebagai satu yayasan bagi membantu rakyat Palestin secara lebih kolektif, terancang, berterusan dan berkesan.

Malah ketika penulis menemui Presidennya, Abdullah Zaik Abdul Rahman, beliau baru sahaja pulang dari sebuah kem pelarian Palestin di Lebanon bagi menyampaikan bantuan RM150,000 yang terkumpul bulan lalu serta menyelia beberapa projek kebajikan dan kemanusiaan yang dianjurkan oleh Aman Palestin di sana.

Sejak tahun 2005 hingga kini, Aman Palestin menyumbang RM500,000 kepada rakyat Palestin hasil kutipan daripada orang ramai.

Aman Palestin, menurut Abdullah Zaik, ialah satu sekretariat yang dibentuk khusus oleh rakyat negara ini bagi menangani secara terus masalah Palestin.
utk artikel yg lebih detail, click disini

p/s: utk rakan2 yg masih was2 atau takut wang anda tidak smpi ke rakyat Palestin, mungkin artikel di atas ini dpt membantu..InsyaAllah

1 comment:

agHoo said...

dr 2005 br 500k sumbangan???
mawi ekin kawen pon dpt sponsor juta2 haizzz...