ok, baru lepas call mak..balik je dari group discussion tadi, terus masuk bilik dan call mak..lama jugak bersembang sampai mak cakap nak tidur dah..yer la, kat Malaysia sekarang dah waktu tidur..comel je time nak end of the conversation tadi..I said 'good night mak' and she replied 'akak ucap selamat malam, mak nak ucap selamat apa kat kakak sekarang?' ahha, good afternoon now at UK :D
tak sabar-sabar nak call mak tadi sebab saya tak sihat harini..semalam sore throat, harini runny nose dan tak sedap badan..well, time macam ni la nak rindu kat mak kan? selalunya ada dua benda dalam hidup yang saya mesti akan mengadu kat mak..first, time sakit..second, time break up..hahaha..and she'll end up saying 'time bercinta dulu tak habaq pun, time putuih baghu sebok cari mak' lalalala :D
macam tak proper je kan, time sakit-sakit nak mengadu kat parents..it will just make them worry obviously! but then, this is my way to make me strong..bukak apa, just nak dengar mak abah cakap 'akak dah makan ubat?', 'akak tidur awal malam ni', 'selimut tebal-tebal tau'
tu jer pun..and my mum understand me well..dia cakap tadi 'haa, lepas letak phone ni lega demam la kot?' see.. :D
oh ya..sedikit update tentang Hari Raya di Durham..seriously speaking, sangat happening..malam raya, pergi blend bawang kat rumah Kak Fiz and Abg Joe sebab kat rumah kitorang tak der blender..hehe..so far, pakai je pape yang patut nak ketuk-ketuk bawang..aritu pergi survey lesung batu, 10POUND kau! bersamaan rm50..jangan harap la nak beli kannn..
seharian bersilat didapur..dimulakan dengan baking chocolate cake..tengah-tengah sedap mengacau adunan, minyak pulak habis..then jalan kakilah kejap pergi kedai dalam kesejukann beli minyak..
Solat Raya diadakan di Ustinov College..makanya berkumpullah semua Muslim over the world di satu tempat..time ni la baru nampak ramainya Muslim di bumi Durham ini...diorang punya Takbir Raya tak shahdu la..so, takder la adegan nangis-nangis sebab rindu Malaysia kan..mendatar je, macam azan..
selesai sahaja solat, tibalah acara yang ditunggu-tunggu iaitu acara bergambar bersama baju raya..sanggup ok menggigil sekejap semata-mata nak tunjuk baju raya..kalo pakai winter coat, tak der la nampak baju raya kan..rugi je pakai..ehhe
dah letih bergambar dan masing-masing dah tergedik-gedik tahan sejuk, maka tibalah acara kedua yang dinanti-nantikan..open house!
boleh dikatakan semua yang dijemput, datang ke rumah haritu..so tak der la terbazir makanan...
acara terakhir di hari raya, Malaysian Community Gathering kat Keenan House..ni port luck..so kitorang bawak kek dan traffle je..belum sempat lapar, dah makan lagi..then complain gemuk!
ada macam-macam aktiviti time ni..games utk kanak-kanak dan parents..so yang single mingle ni tak der pulak disediakan games..makanya games kitorang adalah makan and bungkus makanan bawak balik..ahha
ok guys, check this pics!
No comments:
Post a Comment