Wednesday, November 23, 2011

oh manusia...

adakala aku berdepan dengan manusia yang terasa diri mereka hebat, lalu memandang manusia lain seperti tak punya ilmu dan tak tahu apa-apa..setiap pandangan dinilai bagai sampah..dengar, mengutuk lalu di buang

biar sepuluh yang memuji, tetap betul pendirian kau untuk mengeji lalu mengajak yang lain mengeji secara berjemaah..

tak mengapa, aku anggap ini ujian..bertemu insan-insan baru dalam hidup yang punya hati dan niat berbeza-beza...

syukur, Allah berikan kekuatan walaupun hati sakit namun masih mampu ku lemparkan senyuman...

hari ini, aku rasa kau belajar sesuatu...ilmu dan bijaksananya kau tak kan kemana-mana kalau hati kau penuh rasa benci dan khianat...

2 comments:

sinzzfaiza ismail said...

yay! skrg akak rajen post di sini. suka3 :D

M@YaZ said...

dah dah .. jgn tgk orang ..

kat ikim tadi ada prof tu pesan. Jgn nilai orang atau compare diri kita dengan orang sangat .. biarkan orang lain suka compare.. Kita biar sedar diri kita apa yang kita mampu dan tidak mampu..