Pages

Monday, November 28, 2011

red velvet!

last week adalah minggu terakhir untuk module 'Software Engineering for Internet'..jadinya sibuk sikitlah..sama saja keadaannya kalau bekerja..bila dah nak dekat dateline, menggelupurlah satu team..dah jenis last minute, memang begitulah jadinya..

Rabu ada presentation dan Jumaat submit report..hari presentation tu agak stress sikit..yang entry 'oh manusia' tu refer kepada kes presentation tu lah..hehe..then yang report tu pulak, kena hantar sebelum pukul 12 tengah hari, pukul 12 tengah malam hari sebelumnya baru siap..kena marah dengan Kak Miza sebab suka sangat buat kerja last minute :D

**********************

Kak Lina is back!! dia sampai je sini, terus text me ajak buat surprise birthday party untuk Nik..yeah, excited!! haritu Kak Lina balik Malaysia kejap, so pesan kat dia belikan contact lenses..so sekarang contact lenses dah cukup stok untuk setahun (macam kat sini tak ada kedai spek je kan? )
oh ya, sebut pasal spek, my spek ni memang dah nazak sangat dah..2nd day sampai sini, tak perasan skru dia longgar, time nak pakai tetiba skru terkeluar dan dah selamat masuk dalam lubang sinki..nice kan? kat Malaysia dulu tak pernah pulak skru ni nak longgar-longgar..sampai sini jer buat perangai..jangan harap dah nak beli spek harga sampai mencecah seribu lepas ni..beli yang seratus dua sudah!

Nik and her cheese cake!

lepas submit report di hari Jumaat, terasa sangat lapang dan seperti mahu melompat bintang walaupun sebenarnya ada dua lagi essay perlu submit awal bulan depan..tapi tak per lah..kita enjoy dulu...

jadinya, saya ajak few friends datang rumah lunch..masak biasa-biasa saja..tomyam dan ayam sambal kicap..yang kelakar, tomyam tu sampai kering sebab terlupa tutup api..otak melayang ke mana pun tak tau..tension kejap tengok tomyam tu..Kak Lina bagi nama 'tomyam kering'..boleh laa..sambil makan, dah sibuk tanya diorang pasal plan di hari Sabtu..sebab kerja dah siap, haruslah keluar berpoya-poya kan..

thanks for coming ;)

jadi hari Sabtu dihabiskan dengan melepakkan diri di town..lupa dah nama kedai tu..janji nak jumpa dengan Fizah (kawan baru from Brunei) tapi dia lambat sampai, so balik dulu dengan Mama Fiz sebab malamnya ada projek sikit..

weekend's project

red velvet cake!