Pages

Sunday, September 30, 2012

goodbye England

this gonna be my last entry i write from Durham..

a lot to say, a lot to tell..but i have no time..i make a promise to several people that i'll write my europe trip experience but it seems like i gonna break that promise..sorry!!

abah is very excited when he knew i'll be back earlier than expected..ehhe..it's good to make our parents happy isn't it? i keep telling him not to fetch me up at klia, but he still insist to come and wanna be the first person to see me when i landed at the airport..sweet kan abah saya? :D

hmmm...seems like i gonna miss this place so much..eh, definitely gonna miss Durham..miss sleeping in the duvet while its like a freezer outside..miss seeing flowers blooming in the spring, miss 'snow man' during winter, miss eating strawberry like crazy and not to forget, miss all my friends here..when thinking like we might not see each other again, it makes my cry..but, at least few of my friends surveying tickets to come to M'sia now ;)

ok, as usual, few pictures is enough to tell you what i've been up to few weeks before i say goodbye to England...


Man Utd vs Wigan at Old Trafford..4-0 ok!!!

CN Blue concert at Indig02..pekak telinga..


few girls craving for keropok lekor at Malaysian Hall

Harry Potter Studio..

last day with Hannah..you will be missed girl..

ok done!! kena start packing..byee



Friday, July 20, 2012

diari ramadhan Noni

entry ini ditulis selepas selesai sahur dan solat subuh..memandangkan ramadhan tahun ni jatuh pada musim panas, makanya Subuh masuk pada pukul 230pagi dan Maghrib pada pukul 930malam..19 jam uuu..wuhuu
then, Isyak pukul 11malam, jadinya solat tarawih selepas itu lah..nampak gayanya, tarawih tahun ni kat rumah je la..nak pegi masjid jauh..lagipun, perempuan lebih elok solat dirumah ye dak?

mulai esok, tadarus akan diadakan jam 6ptg..since maghrib 930, bolehla start masuk dapur pukul 8mlm

Malaysia mula puasa hari Sabtu kan? kat sini Jumaat, awal sehari..

sila doakan cik Noni tak pengsan macam tahun lepas..ngahaha (Ana, masihkah kamu ingat peristiwa pitam di bazar itu?)

puasa ni kan, kalau kita betul-betul menganggap ia sebagai bulan Ibadah dan bulan untuk kita lebih mendekatkan diri dengan Allah, insyaAllah lapar dan dahaga tu tak terasa sangat..insyaAllah

pesanan penaja:
1. bersempana bulan yang penuh barakah ini, doakan keselamatan saudara-saudara kita di Palestin, Syria dan Myanmar..mohonkan juga agar Allah hancurkan musuh-musuh Islam
2. buat sahabat-sahabat saya di KICT, doakan agar sahabat kita, Ahmad Naufal dan anak-anaknya agar kuat dan tabah menghadapi dugaan Allah
3. doakan juga agar saya berjaya di sini dengan cemerlang :D

*pssst..doakan ketika di dalam sujud/ketika mengadap Allah..bukan setakat tulis kat wall facebook je..heheh..peace yo!!

ok, dah pukul 3..off to bed..nite!!

Thursday, July 05, 2012

8pm..

8malam..matahari baru nak senyum..

Sunday, June 24, 2012

4.20pagi

'ter'minum nescafe masa layan euro - spain vs france tadi..makanya, sekarang dah pukul 430 pagi tak boleh tido lagi..selak je curtain, tengok dah cerah...

4.20pagi....

Tuesday, June 19, 2012

dissertation period..

uishh..bersarang blog nih..bukan apa, malas nak update sebenarnya..

ok, kelas dah habis..yeay!! sekarang dah start dengan dissertation..mulai esok dah kena jumpa supervisor once a week..

oh, viva aku 20hb ogos..so, tinggal dua bulan je lagi..chaiyok Noni!!
20hb tu hari raya kedua..dang!!!

Tuesday, May 29, 2012

lovely weather

suka suka suka!! suka dengan keadaan cuaca di UK sekarang..ada matahari tapi berangin..dah tak sejuk macam dalam peti ais..dah boleh keluar tanpa pakai winter coat..

siang sangat panjang sekarang..makanya boleh keluar joging pukul 8malam..siap laa puasa nanti..wohh, sila tabah Noni tabah!! you can do it bebeh!

 
hoyyeahh..dah boleh makan ais krim hari-hari!

pantang betul nampak pokok bunga ni..mesti tangan gatal je nak petik dan main tiup-tiup..saper pernah tengok autumn in my heart or a millionaire's first love?? bukan ke hero and heroin dier suka main tiup-tiup bunga ni kat muka masing-masing..ihikk..jiwangsss!!iyaksss!!


i omputih uuu..makan salad jerrr..tapi balik umah i cari nasi jugerrr..lalala..
langsung tak kenyang..citt!!

BBQ time!

swan pun nak berjemur juge :D

Ya Allah, alam Engkau ciptakan ini terlalu indah..sia-sialah bagi mereka yang tidak bersyukur...

Friday, May 25, 2012

demam

suhu dah mula meningkat sejak 3hari lepas, petanda dah nak masuk summer..dah cecah 22 degree pun dan aku start demam..huhu..time macam ni la rasa nak duk bawah ketiak mak ye dak..dah berapa kali nak call rumah tapi tak jadi..abah duk menghitung hari, tak sabar tunggu October katanya..kalau aku call bagitau demam mau mak abak tak boleh tidur nih..
makanya, yang jadi mangsa adalah Ana..hari-hari aku bagitau dia aku demam and terasa nak makan itu ini..ngahaha..saja nak mengadu..ihik


ok, kelas dah habis..mari 'yeayyyy!!' bersama-sama..aku banyak memerap kat dalam rumah je ni..ada lagi satu assignment kena hantar mid of June, then dah boleh start dengan dissertation..then viva, then poya-poya Europe trip dengan Ana..then balik Malaysia..yeah, mari 'yeayyyy!!' lagi!!

minggu lepas kan, aku belajar buat apam balik..seriusly, senang gila kot..kalo agak-agak bosan jadi software engineer, bolehlah dipertimbangkan untuk jual apam balik kat pasar malam ni..heheh

p/s: Ana, kamu datang nanti sambal ikan bilis jangan lupa ye!

Friday, May 04, 2012

Phd

I was talking to few of my lecturer last week and they keep asking me about my future plan after I get my master soon..to be exact, they asked either am interested to pursue Phd or not..

bila dah nak dekat akhir-akhir study ni, am thinking seriously about my future plan..pernah jugak terpikir nak sambung Phd, but not in UK..nak pergi tempat lain pulak..

well, if you discuss with academician, of course they will definitely say yes to Phd..

tapiiii...

me: abah, kakak nak sambung Phd lepas ni boleh?
abah: berapa tahun pulak?
me: dalam 3 ke 4 tahun
abah: nanti lepas akak  dah dapat Phd, abah mak dah tak ada...
mak: kakak tak ingat mak abah ka?


bye Phd..i love my parents more than you!

(hati ada rasa sakit sikit..ouchhh)

Wednesday, May 02, 2012

Never Let Go

Can you lose everything, you ever had planned? 
Can you sit down again, and play another hand? 
Could you risk everything, for the chance of being alone?  
Under pressure find the grace, or would you come undone?

Gotta take every chance to, show that you're the kinda man who;  
Will never look back, never look down, and never let go

Never let go...

by Brian Adams



Friday, April 13, 2012

Amsterdam..

baru balik dari Amsterdam, Holland..percutian yang sangat singkat, 3hari 2malam naik cruise..seperti yang dijangkakan, mabuk laut!! even sampai sekarang, still not fully recover..

on the Princess Seaways

budaya orang Belanda - naik basikal! siap ada parking lot bertingkat-tingkat untuk parking basikal..diorang pergi ofis siap pakai coat/office attire, then naik basikal..cool giler!!
kalau korang berjalan di laluan pejalan kaki, then kalau ada orang yang menunggang basikal lalu di laluan tersebut, diorang akan berenti untuk memberikan laluan kepada pejalan kaki..tapiii, kalau tetiba korang jalan di laluan basikal, bersedialah untuk kena marah atau kena langgar..diorang takkan break untuk bagi laluan kat korang..haha


ada satu tempat yang selalu disebut-sebut - Red Light District iaitu tempat yang membenarkan dadah dan pelacuran..even kat Coffee Shop, pokok yang menghiasi meja makan adalah pokok ganja!! pastu ada pulak Sex Museum, and 'ladies behind the window' - yang ni boleh baca kat sini, malas nak cerita..

kat Amsterdam jugak terkenal dengan tulip..tapi tak sempat pegi sebab masa singkat sangat..sedih!!! jadi, untuk merawat kesedihan, belila tulip 3 bouquet ;)

ok la, sakit kepala la pulak..later ya! nitee..

Sunday, April 01, 2012

Easter Break

semalam sempat VC dengan ima and afni..diorang tanya dah berapa hari tak makan nasi..jawapannya, hari-hari noni makan nasi okeh! dah memang tekak orang Melayu, duk lah mana pun, mesti cari nasi jugak kan..ehhe

in fact, tak susah pun nak cari beras ke ape ke untuk masak makanan Malaysia..tapi kalo nak makan kena la masak sendiri..tak leh la nak expect ada pasar malam setiap Jumaat or kedai mamak bukak 24 jam..heheh

tapi lately ni sangat malas nak masak..end up makan roti or anything yang simple je (dengan harapan boleh la kurus lepas ni)

sekarang dah start Easter Break 2minggu..hoyyeahh!! orang lain 2minggu lepas dah start cuti..my school je rajin terlebih, lambat sikit cuti..tapi tak syok sangat sebab ada assignment kena buat..minggu depan kawan-kawan dari Cambridge nak datang visit Durham..yeah, am excited!! sekarang tengah gigih giler siapkan assignment before diorang datang so that boleh la berfoya-foya dengan penuh perasaan nanti..

last few days, Mama and Papa bawak pergi jalan-jalan tepi pantai kat Newcastle..syok gila!!


p/s: teringat kat Alia kalau duk tepi pantai ni..imagining Alia pakai that sexy swimming suit ;)

Sunday, March 25, 2012

tukar jam

bangun lewat pagi ni..tengok jam kat handphone pukul 1040pg..biar betul..tengok jam kat tepi katil baru pukul 940pg..rupanya berlaku pertukaran jam lagi..mulai harini, dicepatkan 1 jam dari waktu biasa..maksudnya pukul 940pg jadi 1040pg..sebabnya, cepat siang sekarang..pukul 340pg dah subuh..pukul 530pg dah cerah..jadinya, beza Malaysia - UK 7jam lah sekarang ni..mesej untuk Ana, kalau nak gerak noni, sila gerak pada pukul 1ptg waktu Malaysia okeh! dan noni akan gerak kamu 11mlm waktu sini..

siang dah tak berapa sejuk..mat salleh sukalah panas-panas ni..semalam keluar kejap pegi town, ramai betul orang bersidai kat luar tu..Hannah (classmate) nampak happy je last few days, because its sunny..aku tak der la rasa pape pun..since kat Malaysia panas hari-hari kot..hihi

okeh, gambar Spring lagi..enjoy!! cc: adik Faiza ;)

last two pictures are dedicated to Harry Potter fans, do you recognize this place?

Tuesday, March 20, 2012

Stockton trip..

semalam after class, terus ajak Sabrina pergi Queen's Campus kat Stockton..Durham Univ ni ada dua campus..satu kat Durham, satu lagi kat Stockton..yang kat Stockton tu, budak-budak Undergrad study kat situ..

since both of us tak pernah sampai situ, haruslah sesat dulu kan? boleh pulak turun kat bus stop yang salah..pergi turun kat town dier, patutnya turun kat the next bus stop..tapi tak per lah, since dah turun, kitorang jalan-jalan dulu kat situ..

Stockton!!

my lunch!!

nak cari McD sebenarnyer, tapi tak jumpa pulak..end up makan potato je..lepas dah kenyang pegi jalan-jalan kejap and sempat beli benih strawberry and chilli..nak bercucuk tanam lah kononnya :D

then naik bas semula and stop at Queen's Campus..

fall in love already with this campus..

Saturday, March 17, 2012

3 more!!

3 assignment hantar sekaligus semalam..fuhh, lega!! ini bermakna, 5 subject officially dah habis..3 more to go and 1 dissertation..hmm, kejap je kan? dah setengah tahun kat sini..

sekarang dah masuk spring..untuk gadis-gadis yang gila bunga like me, spring sangatlah menyeronokkan!! am totally treasure this moment..

picture taken while am in the bus, heading to school..

last weekend, pergi tengok All England Semi Final kat Birmingham..kat Malaysia tak der pun aku teringin nak pegi stadium, kat sini excited pulak nak pergi..nasib baik ambik tiket semi final sebab Chong Wei menang..kalau amek tiket final, mesti stress sebab Chong Wei injured..

dalam stadium right before the game started..

Sunday, March 04, 2012

...

'KENAPA SUSAH SANGAT NAK SCORE NI???!'

Saturday, March 03, 2012

emo..

emosi tak stabil seminggu dua ini..tak berminat nak berjumpa dengan ramai orang..terima kasih untuk Sabrina (housemate) yang sangat memahami..tak memaksa kalau aku menolak untuk ke mana-mana..selalunya kat Bowburn ni, ramai jugak Malaysian family yang suka buat makan-makan..tapi lately ni aku jarang join..lebih selesa duk rumah buat hal sendiri..

oh ya, cerita pasal study..due date untuk report submission dah dipanjangkan sehingga 16hb..happy gila okeh!! rasa nak lompat bintang..sekarang ni baru la boleh tarik nafas lega sikit..kalau tak, moody je memanjang..

last week tersangat mencabar..nak start menulis report, tapi tak der idea..end up aku keluar pergi town lepak dengan Kak Lina..well, Kak Lina is like my personal motivator..time stress study, cari dia..ahhah..
kadang-kadang whatsapp dengan Ana..wish she was here during this hard time..

last week, 27hb Feb, birthday my mum..Happy Birthday Mak!! I love u..aku buat flower delivery untuk mak..selalunya akan call rumah setiap hari Jumaat..but that Friday, tak call pun sebab nak buat surprise on her birthday, hari isnin..dah bagitau suruh hantar bunga tu waktu pagi, so that bila aku call waktu petang bunga tu dah sampai..
so, call la petang tu..first ayat mak 'dah 9 hari akak tak call'..perghh, kira okeh!!
'abah dah pikir macam-macam..demam ke, sibuk ke, tak ingat mak abah ke'..hadoihhh, tak mak..akak nak buat surprise je..ahhah

sebenarnya on that day, nobody remember my mum's birthday..even she herself tak ingat..so bila dah sampai bunga tu baru la semua orang 'ooo, hari ni 27hb rupanya' mula la abah pun tanya mak 'nak kek tak?' ahhah..mak cakap x mo la kek..merajuk la tu :D

my parents tak berapa happy lately..sebabnya semua anak-anak dah jauh..abang Zanil ditukarkan ke Sarawak..abang Saiful baru pindah rumah, aku kat sini and adik kat Johor..so diorang sunyi sikit..

bila memikirkan diorang sunyi, betul-betul rasa nanti nak balik kerja kat Kedah..nak duduk dengan diorang..
haritu message dengan Jat and Ana, diorang pun ada terpikir nak balik Kedah..well, kalau confirm diorang jadi balik Kedah, i'll follow :D

Thursday, February 23, 2012

hati tisu..

ini cerita cik Noni yang berhati tisu..

tadi jumpa supervisor dan tunjuk report kat dia..ada 2 report kena siapkan..last week I promised him to finish one of the report..tapi tak siap-siap pun lagi..

once he read my report, first statement yang keluar 'your first paragraph is rubbish'...

lalala...

cik Noni ni pantang orang cakap kasar, dia akan tersentap dan terdiam..otaknya tak mampu berfikir dengan waras...

ok la, cik Noni ada meeting lain pula..doakan cik Noni kembali waras..

bye peeps!

Saturday, February 18, 2012

Obsession

harini pergi library dengan Sabrina..well, kitorang kena pergi library kalau nak study..banyak sangat dugaan kat rumah..dugaan terbesar adalah dapur..asyikkk nak masuk dapur cari makanan..sudahnya, makan 2 jam, study 20 minit je..

20 minit tunggu bas tapi ok la since ada matahari, so tak sejuk sangat..aku rasa suhu dah semakin naik sekarang..dah nak habis musim sejuk kot..

nak cerita pasal kat dalam bas tadi..Sabrina duk depan, aku kat belakang dia..sebelah dia sorang mamat ni..tengok muka macam Chinese je..sekali time nak sampai tu, nampak dia angkat phone..

"yubseyo.."

aaaaaaaaaaa..he is korean guy!!

well, untuk pengetahuan umum, aku sangat obsess dengan Korea..walaupun aku belajar kat UK, tapi aku still berharap aku ada ramai kawan dari Korea..time bosan, aku layan K-Pop..time sunyi dan rindu family, aku layan Running Man..in fact, pernah mintak Marlia (housemate kat M'sia) untuk survey tiket ke Korea so that lepas habis belajar ni boleh pegi jalan-jalan kat Korea..

ok, tu je nak cerita..aku kat library ni..kena start baca buku

bye peeps..

p/s: dear Marlia, dah survey tiket ke?

Thursday, February 09, 2012

miserable

hidup jadi miserable sikit lately ni..sebab terlalu banyak sangat perkara perlu disiapkan dalam satu masa, maka aku end up dengan tak buat apa-apa sebab tak tau nak start yang mana...

tadi jumpa supervisor, bincang pasal research aku..keluar je dari bilik dia, terus sakit kepala..rasa tak confident dengan diri sendiri sama ada boleh buat ataupun tidak..

oh ya, before that aku pergi town dengan teammate..interview few managers kat kedai-kedai yang ada kat situ..yang ni untuk subject Enterprise Module..kena come out dengan business idea..so kitorang pegi la buat market research..

sampai 9 March nanti, ada few things aku kena siapkan:-

1. Research - Overview and State of the Art Report (10 - 14 pages)
2. Software Evolution - formative essay - 2pages
3. Enterprise Module
  • Business Plan
  • Presentation
  • Individual report (2k words)

esok Thursday kan? tak suka Thursday sebab ada banyak kelas..kelas yang 3 jam straight tu..mana larat nak concentrate..selalunya aku boleh concentrate setengah jam pertama je..lepas tu dah start berangan..

eh eh..lupa nak cerita..last weekend turun snow..gembira!!! aku message Fendi kat Cambridge 'its snowy outside ;) '..sekali dia post gambar snow man sebijik kat sana..ceit, snow satu UK rupanya..

dua hari berturut-turut aku main snow..dah tak macam umur 27 tahun langsung! time snow turun, aku pergi jalan-jalan sorang-sorang kat luar..ajak Sabrina, tapi dia tak layan..mampu jalan 5minit je, then start freezing sampai biru jari-jari..so masuk rumah balik...

hari ni bila snow tu start melting, mula la memasing jalan macam peguine..jalan licin betul..azab juga nak pergi ke bus stop..kena pulak time tengah duk control jalan nak ke bus stop tu, bas pun lalu dengan lajunya..memang la hangin!!

ok la..jadi sakit hati pula cerita pasal bas nih..bye peeps!

Friday, February 03, 2012

dilema...

sangat letih hari ni..kelas 5jam straight..start pukul 1ptg, habis pukul 6ptg..habis kelas, pergi tunggu bas kat bus stop..sejuk yang amat, rasa macam boleh beku kat situ..

dilema betul lah sekarang nih..pening kepala pikir..al-kisahnya, 1 subjek ni ada 4 module..then, kitorang boleh pilih 2 sahaja..2 module hari selasa, kul 2 - 4ptg..2 module lagi hari ni lah, kul 4 - 6ptg..mula-mula nak ambik kelas hari selasa tu, tapi module tu tak best..eh, bukan tak best, tapi tak faham..jadinya, di sebabkan tak faham, terpaksa jugaklah pergi kelas yang hari ni punya..lepas habis 3jam kelas Enterprise Module, pergi la pulak kelas tu..tapiiii, dah mengantuk dan letih pulak dah..seriusly, tak bole la belajar 5jam straight..pening la, lapar la, ngantuk la..semua ada

so, while waiting for the bus tadi, bincang la dengan classmates..diorang ajak ambik kelas hari selasa, sebab diorang pun sama ja macam aku tadi..ngantuk, lapar, pening bla bla bla..

tapiiiiii, aku tak faham kelas tu!! faham?!

tukar course lah macam ni! ahhah..

Sunday, January 22, 2012

pemandu dan kereta

aku respect pemandu di UK ini..mereka sangat bagus dan sopan di jalanraya..sepanjang 4bulan disini, sama ada di Durham, Newcastle, Edinburgh atau London, tak pernah sekali aku nampak accident depan mata..amazing!! Alhamdulillah!

yang peliknya, jalan di sini sangat sempit..jalanraya di Malaysia jauh lebih baik aku rasa..dah la sempit, ada pulak yang parking kat tepi-tepi jalan..aku sendiri tak berani nak memandu kat sini..

but seriously speaking, jarang sangat berlaku accident kat sini..kalau korang memandu di KL..cuba bilang berapa banyak accident korang nampak dalam seminggu?

so, apa lagi yang tak kena? of course lah attitude kan? pemandu kat sini tak bawak laju, tak potong queue, tak ikut emergency lane, bagi laluan pada yang nak masuk simpang dan hormat pemandu lain..itu yang aku rasa tak ada pada kita, Malaysian driver..isn't it?

dulu, setiap kali balik dari office, sentiasa sesak kat traffic light sri kembangan tu..then yang nak potong queue pulak, bukan satu lane, kadang-kadang sampai tiga! pastu line yang nak potong tu bole pulak lagi panjang dari yang duk ikut lane yang betul nih..aku hangin betul! time tu la rasa nak menyumpah seranah orang..nak balik rumah je pun, buat apa la nak potong-potong queue kan? beratur la elok-elok..kita orang Islam kan? (erkk, aku membebel kah?)

oh, ok..masuk bab kereta..ramai pulak lately ni suruh aku beli kereta kat sini sebab murah..maaflah, aku tak minat nak habiskan duit untuk kereta..habiskan duit untuk travel lagi bagus..lagipun dah ada satu kat Malaysia..Ana and Jat yang jaga..cukuplah ada HoneyVi tu walaupun dia kecik dan tak semahal kereta lain..kereta bagi aku hanyalah untuk memudahkan aku bergerak ke sana sini, untuk pergi kerja dan untuk aku balik kedah..setakat ni, prestasi HoneyVi sangat bagus..jarang bagi aku masalah..jadi, tak perlulah kot nak beli yang besar-besar, yang mewah-mewah kalau function sama ja macam HoneyVi..

kereta aku beli sebulan lepas aku start kerja..installment aku bayar dengan duit aku dapat masa TM Award dulu..(mak abah tak tau pasal nih..hehe)so, dear abang, biar pecah di perut, jangan pecah di mulut ok!

reason nak sangat beli kereta; sebab aku tak suka naik bas..sepanjang 5tahun duk UIA, aku naik bas balik Kedah..sepanjang tempoh tu la, aku nekad lepas kerja nak beli kereta..aku tak suka tunggu bas, tak suka lama-lama dalam bas sebab selalu rasa nak muntah, tak yakin dengan pemanduan setiap pemandu bas, aku jadi paranoid dengan mereka - aku selalu pikir diorang mengantuk while driving atau bawak laju atau nak culik aku! bole?

disebabkan aku punya paranoid terhadap bas ni, mak abah aku pun terkena tempiasnya..aku tak kasi abah datang KL naik bas sebab takut apa-apa jadi sepanjang perjalanan diorang..kalau nak datang, mesti naik flight atau train atau pun kereta..not bus! (motif naik filght bole pulak?)

semalam call rumah, abah cerita pasal railway yang tengah buat kt Kedah..railway from Kedah to KL..and he's happily saying 'haa, nanti abah mak boleh la selalu pi KL jumpa kakak'

'yup, datanglah abah' :)

Wednesday, January 18, 2012

azam

oh, sudah January..maksudnya, dah 4bulan disini..sedikit homesick sebab tak pernah tak jumpa mak abah lebih dari 3bulan, sampai mimpi-mimpi haritu...hadoiii, anak manja!!

dah pun habis satu term..they called it Michaelmas Term..sekarang dah masuk Epiphany Term..
class will start this coming Thursday..just got email from my school, they change the learning style a bit..two modules will run in parallel..Distributed System(DS) and Research Method(RM)..sebelum ni kan 1 bulan 1 module..so sekarang lain sikit la..

DS start hari khamis ni..RS pulak start hari isnin pukul 10pagi..nasib baik bukan pukul 9..awal sangat pukul 9 tu..winter ni kul 830 baru cerah..siang lambat sikit sekarang...

yesterday, dapat email suruh pilik tajuk untuk dissertation bulan 6 nanti..so fast! dissertation bulan 6, tapi sekarang dah kena ada tajuk..memang dah bukan masanya untuk main-main..kena study betul-betul nih..nampak sangat aku main-main sebelum ni kan?

was chatting with Ana last few days..dia tanya pasal study kat sini..aku cakap aku struggle jugak la..rasa macam susah nak score walaupun course yang aku ambik ni adalah sama dengan bidang kerja aku..kerja as software engineer, study in software engineering management..memang tak lari mana..bidang tuu jugak..but still aku rasa susah..so, Ana cakap maybe aku banyak jalan sangat kot, study kurang..ahhah..have to agree with u Ana..huhu

so, sekarang ada azam baru..nak study betul-betul..mari kita tengok sampai bila azam ni bertahan..malas nak janji sebab tak yakin..heee

Sunday, January 15, 2012

-6 degree

i woke up late this morning..yeah, its always hard to get out of bed especially when you know it was so cold outside and its Sunday!! its a time to just stay home and do nothing..haha
first thing i always do when i open up my eyes in the morning is to check the day's weather on my phone..its -6 degree this morning!! is it gonna snow soon?? yeah, lets pray..

outside my window..

Monday, January 02, 2012

blissful 2011...

permulaan yang agak perit dan memedihkan..bila diingat semula, terasa tidak mampu untuk diulangi jika berlaku lagi..syukur Allah kurniakan kekuatan untuk terus senyum dan terus melangkah di muka bumi Allah ini..di sebalik dugaan yang maha perit itu, Allah temukan dengan peluang untuk mencapai cita-cita yang begitu lama terpendam..jadinya, di sebalik air mata yang mengiringi permulaan 2011, menggunung harapan, kekuatan dan semangat untuk mengejar apa yang dihajati..

pertengahan tahun - tempoh yang terlalu sibuk dengan temuduga, peperiksaan, medical check-up, kursus BTN, balik kampung, naik turun pejabat MARA, siapkan mana-mana kerja yang tertangguh di pejabat, farewell party dan macam-macam lagi..segala proses ini serba sedikit menakutkan kawan-kawan serumah untuk menyambung pelajaran..rumit dan meletihkan..syukur fasa itu selesai

penghujung tahun - tempoh di mana kegigihan menampakkan hasil..Allah bayar segala penat lelah sebelum ini..yang tinggal hanya senyuman dan syukur atas nikmat Allah ini..cita-cita tercapai dan hari-hari berlalu terasa sangat bermakna..disebalik kegembiraan ini, terselit juga kesedihan..Allah ambil semula hak-Nya..Aiman kembali bertemu Yang Maha Pencipta..moga sahabatku redha..agak terkilan tak dapat temani mereka hadapi ujian Allah ini..Al-Fatihah

29 Disember 2011 - terima kasih untuk ucapan kawan-kawan dan kek dari Mama Fiz dan Papa Joe..

30 Disember 2011 - mahu senyum sampai ke telinga..terima kasih untuk makan-makan di Zen dan sesi melepak layan drama, gossip, bincang masalah domestik dan antarabangsa..ahah
'guys, thanks for the card and for the chocolate! sampai harini duk display, tak makan-makan lagi :D'

31 Disember 2011 - hugs and kisses for Aishah and Aminee..datang ke rumah bagi kad dan ferrero rocher..terharu!!

that's my 2011...how about you guys?