Pages

Thursday, July 07, 2011

medical check up

ifah: naper tak pegi buat medical check up lagi?
me: sebab ada blood test
ifah: kahkahkah...nurul lembik!!


:p

Friday, July 01, 2011

to-do-list

- medical check up
- buat passport

- buat Visa
- sit for IELTS exam

- pergi BTN
- contact YTM

- contact Durham Univ: request for tuition fees structure
- isi borang MARA

Monday, June 27, 2011

penatt..

fuhh..penat..

arini bangun awal sebab banyak benda nak settlekan harini jugak..first, pegi breakfast dengan officemate..then mintak permission kat boss nak keluar pergi KL kejap..kul 11 gerak ke British Council..
mula-mula, dengan confidentnya tak nak tanya orang kat mana BC tu..konon-kononnya nak rely on GPS je la since last saturday memang fully rely on GPS pergi Phileo Damansara..
so, arini wanna do the same thing..sekali masuk je kereta, bateri off and charger dengan tiba-tiba je nak rosak la kann..sebelum ni okk je..tension btul

nasib baik, before keluar office tadi, sempat chatting dengan Rafi..dia bagitau BC tu kat mana..kiranya ingat-ingat lupa la direction dia bagi..Alhamdulillah, TAK SESAT..tak sesat ni kena capital sbb selalunya sesat :D

sampai je terus ke kaunter..bagi borang, tanya bila next date untuk sit for the IELTS exam..dia cakap dah penuh untuk 9 and 16 july..ohho..ok, dah start menggelupur since am really running out of time..kalau lambat-lambat nih, mau tak terbang saya

then tanya, is there any alternative? dia suruh naik tingkat 6, pergi IDP office..so, once dah naik tingkat 6, jumpa dengan Windy..very friendly girl..bagitau dia yang saya nakkk jugak-jugak ambik exam ni seawal mungkin..dia cakap maybe Penang ada kosong, pastu dia terus call Penang..saya ok je..kalo setakat Penang, boleh terus balik Kedah lepas tu..then mula berangan..nak ajak mak abah tidur hotel kat Penang, then diorang temankan saya pegi exam macam budak-budak baru lepas SPM pergi interview angkut satu family haritu...

sekali dengar Windy cakap thru phone 'haa, already full arr?'
ok..musnah harapan..stop berangan

then discuss lagi dengan Windy..pastu tak tau la siapa dia contact..then dia cakap 'ok, KL ada kosong 16hb' wohh, Alhamdulillah

so, its confirm, 16hb - IELTS

pada sesiapa berhajat nak ambik exam IELTS, sila book sebulan sebelum ye..SEBULAN tau
lagi satu, jangan pergi BC...pegi IDP..anda akan jimat 20 hengget..wink wink

settle perihal IELTS, balik office shoot email..
1st, ke HR - permohonan cuti tanpa gaji telah diluluskan..weehooo
2nd, ke Durham Uni, info DOB tak betul..29 Dec 2009..gilorzz..saya baru berusia 2 tahun dah nak masuk univ..hahaha
3rd,..
4th,...

seems like everything is on track..thanx to kawan-kawan who keep pushing me suruh settlekan semua urusan cepat-cepat..kalo harapkan diri sendiri, memang lembab macam kura-kura..lagi tak due date, lagi tu rasa nak rilek-rilek and goyang kaki...

esok or lusa kena pergi buat medical check up...Dr and Nurse, be nice to me ya ;)

Thursday, June 23, 2011

sedikit update tentang perihal scholarship ke Durham Univ...sukacita dimaklumkan saya dapat tawaran scholarship itu..Alhamdulillah syukur..

tapi perasaan bahagianya cuma 50%..selebihnya risau sebab tawaran itu bersyarat..banyak pulak syarat-syaratnya..gagal memenuhi syarat-syarat itu, masih tak berpeluang juga nak ke bumi Durham..alahai, terasa sungguh berliku jalan yang saya pilih ini...

tapi tak per..kita ada Tuhan..moga Dia permudahkan segalanya...Aminn

sabtu ni perlu berdepan dengan exam TOEFL...moga saya lulus dengan cemerlang..insyaAllah..

kawan-kawan, doakan saya..terima kasih

Friday, June 17, 2011

mari bergambar...

dah jadi macam satu culture at my office, sibuk macam mana pun, pasti akan curi-curi masa untuk fotoshoot..kali ni bergambar dengan kereta baru one of my officemate..photographer ramai betul semalam..jom tengok hasil tangan diorg:-

location :cyberjaya
time: 6pm

me and Honda Civic Euro Type R




sekiannn..

Wednesday, June 08, 2011

mimpi semalam memberi senyuman di pagi hari...

saya mimpi saya dah terbang ke UK..dah memulakan pengajian di Durham Univ..siap dah berjumpa dengan Malaysian students kat sana..diorang sangat baik..dan kesemua memberitahu, study kat UK agak mudah compared to local university...

nampak kan? betapa saya nakkkk sangat sambung belajar di sana...

pagi tadi masa dalam perjalanan ke office, saya ceritakan mimpi itu pada Irma (housemate + officemate)...Irma cakap 'InsyaAllah dapat pegi, mimpi kamu selalu betul'

tapi bagi saya, mimpi tu selalunya disebabkan kita terlalu ingatkan sesuatu benda..maka bila kita tidur pun akan mimpi benda yang sama..btul?

masih ingat cerita saya pasal bulan interview scholarship?

semalam sepatutnya result dah keluar..tapi x keluar-keluar lagi (sebab tu la mimpi kott)...kawan saya di Cambridge, Fendi bertanya pasal result interview..alert betul dia...thanx fren..once dah dapat result, i'll surely let you know...

interview kedua tersangatlah menyakitkan hati..rasa nak cekik orang, nak tengking orang dan nak jerit kuat-kuat 'Kenapa buat saya macam ni??!'

interview kedua tu bertempat di Skudai..thanx to Irma sebab sudi temankan saya...sesudah solat subuh terus bergegas ke Johor...jarang saya ke selatan tanah air..HoneyVi juga belum pernah sampai ke situ..ini kali pertama...

habis annual leave, habis duit, habis tenaga, habis masa...saya tak dapat scholarship tu sebab saya tak layak..sebab saya bekerja..sebab scholarship tu untuk pelajar sepenuh masa...

'HABIS TU, KENAPA PANGGIL SAYA INTERVIEW?!'

kali pertama jugak, saya berani bertekak dengan seseorang bergelar Timbalan Dekan...syabas Nurul (ambik tangan kanan letak kat bahu kiri sambil tepuk-tepuk bahu)

hari itu menjadi hari paling hampa dalam hidup saya..dugaan ini terasa berat..semangat saya hampir hilang...

harapan saya sekarang pada interview yang pertama...kalo berjaya, entry ini remain di sini..kalo tak berjaya, entry ini saya remove nanti....

Tuesday, May 31, 2011

bulan interview scholarship

saya isytiharkan bulan 5 dan bulan 6 sebagai bulan untuk attend interview..last week dah attend satu interview..khamis ni ada satu lagi...

interview last week tu agak kelam kabut..my bad actually..esok nak pegi interview, arini baru sibuk-sibuk cari sijil bagai..sekali sijil SPM and PMR hilang...gilorzzz

macam tak penting je kan SPM dan PMR tu sampai bole hilang..dah rasa down kejap..nasib baik cik Ifah bagi ilham..'esok kamu pegi Lembaga Peperiksaan mintak salinan sijil'

syukur interview start at 2.30pm..maka paginya sempat lagi la ke Lembaga Peperiksaan..risau jugak takut tak sempat siap..

kul8pg dah tercongok sorang-sorang kat kaunter..8.15am kaunter bukak..then serahkan borang and tanya orang kt kaunter tu bila bole siap...
dia cakap sejam pun dah bole siap..Alhamdulillah..
dia tenung borang saya and dia tanya, 'Kedah duk tang mana?'
then bermulalah sesi berbual dengan orang kampung sendiri..haha
then dia cakap, 'ok la, setengah jam pun bole siap ni..' fuhhh, Alhamdulillah

once dah dapat sijil salinan, terus ke KPT plak mintak cop pengesahan kt En Cerap..tq wehh (opis ko besar..tetiba terasa nak apply masuk government..wink wink)

then balik rumah untuk bersiap (kita lupakan bab sesat time nk balik dari KPT ke sri kembangan..dang!!)
sampai je rumah dah pukul 11.45..bole la buat lambat-lambat lagi..prepare pape yang patut..kul 1pm baru kuar rumah..kul 2.20pm tepat sampai kat tempat interview...memang hampeh la kan..orang lain nak interview, setengah jam dah sampai..saya?? lagi 10min interview nak start baru sampai...

syukur, interview went well..10min je pown..x der soalan-soalan maut bagai sumer tak der..memang tersangat biasa-biasa saja..lastly, interviewer tu cakap 'balik doa la banyak-banyak ye kot-kot dapat'

result lagi 2 minggu..letih den menghitung hari..haishhh

next interview khamis ni..yang ni kena prepare awal-awal..hopefully..heheh

Monday, May 30, 2011

Infaq Fii Sabilillah - Persatuan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Al-Munirah

Persatuan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Al-Munirah merupakan sebuah pertubuhan yang mengendalikan pusat penjagaan serta institusi pendidikan yang berorientasikan pendidikan al-Quran dan as-Sunnah yang mensasarkan anak-anak yatim dan miskin agar masa depan mereka lebih terjamin dengan penerapan aqidah dan akhlak Islam yang syumul demi kejayaan dunia dan akhirat.

Merupakan pertubuhan yang sah dan berdaftar di bawah Akta Pendaftar Pertubuhan Malaysia.

Lokasi:-

Lot 4643, Kg Sg Rotan,

Jalan Jenun,

08300 Gurun, Kedah

Tel:- 04-4431145

Faks:- 04-4431146

Sumbangan Dana:-

PERSATUAN KEBAJIKAN ANAK YATIM DAN MISKIN AL-MUNIRAH

No Akaun Bank CIMB:- 0218 0000181 108

(Derma sumbangan dikecualikan dari cukai pendapatan)

Ruj LHDN 01/35/42/51/179-6.5854

Sumbangan ini terbuka kepada semua yang ikhlas menderma ke jalan Allah.

Walaupun sedikit, diharap semoga dapat membantu mereka melaksanakan usaha murni ini.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:-

Ust Hj Yusof b Abdullah - 012 4586604

Hj Zulkifle b Hamid - 013 4601234

Hj Mohd Zainol b Ahmad - 019 5440018

Firman Allah yang bermaksud: "Perumpamaan orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah seperti sebutir biji benih yang tumbuh mengeluarkan tujuh tangkai dan di setiap tangkai ada seratus biji dan (ingatlah) Allah melipatgandakan bagi sesiapa yang Dia kehendaki dan Allah itu Maha Luas (kurniaNya) lagi Maha Mengetahui"(Al-Baqarah: 261)

Thursday, May 26, 2011

2 minggu

saya menantikan sesuatu...

arghhh...dua minggu itu terlalu lama...
masa, cepatlah berlalu...

Wednesday, May 18, 2011

dah kembali terurus ;)

hoyyeah..minggu tidak terurus itu telah berlalu..terasa mahu melompat seperti kanak-kanak riang..

minggu final exam sangat menyesakkan nafas..ada beberapa peristiwa yang pelik-pelik berlaku yang saya nak kongsi kat sini:-

hari pertama final exam, saya langgar kereta lecturer.
exam akan bermula pukul 9pagi..tapi pukul 8.40 pagi saya masih kat atas jalan raya..jalan sangat sesak, saya jadi menggelupur..masuk je pintu UTM, dah pun pukul 8.45pagi..cari parking lagi..kereta sangat banyak, parking penuh..nak kedepan dah tak bole, nak ke belakang kena reverse..tengah sedap-sedap saya reverse, tetiba datang sorang lelaki tak hensem ketuk cermin kereta sebelah kiri...

"hey!! u langgar keter i eh?"
"hah?? ye ke? sori sangat-sangat, tak perasan"
"macam mana awak bawak keter ni ah?"
"tak per..tak per, saya bayar"
"aper bayar-bayar?!"
(abis tu, ko nak aper?)
"ermm, saya ada exam ni..kita setle after exam bole?"
"right after u finish your exam, come to my office!!"
"ok.."

masa tu, lagi 5min exam akan bermula..
lebih kurang 10min saya tenung je soalan exam..otak saya kosong :|

dalam minggu exam jugak, ada sorang Prof ni sangat rapat dengan saya..oh ya, rapat itu bagus..tapi sangat rapat itu, it must be something wrong somewhere rite?..tiap-tiap malam hantar SMS..nak tidur pun bagitau saya..ajak buat video call..nak ajar saya abseiling..ajak saya bungee jumping at new zealand..hohh..apakah?!
(geli mak nokss)

UAT yang saya selalu cerita dulu tu jumaat lepas baru settle..asal pegi UAT je, mesti ada requirement baru..hangin betul!!
esok ada Hands-On Training kat Semua House..Semua House you...training start tengah hari..sah pagi-pagi lagi saya dah sampai..wink wink

last paper hari jumaat lepas..seronok hati bukan kepalang..saya apply cuti sampai selasa..hari sabtu saya pulang ke kampung..sebelum bertolak, check email dulu..dapat email dari supervisor saya..ajak buat kelas untuk short semester..oh no..a BIG NO!!
saya request untuk start hujung minggu ini..seriusly, saya tersangat perlukan rehat..
3 hari saya spent masa kat kampung..jumpa anak-anak sedara yang comel-comel itu, really release my tense :)

oh ya..saya sudah berpindah..sekarang dalam proses mengemas dan mencantikkan bilik baru..
sedih berpisah dengan Ifah...

Monday, April 25, 2011

tak terurus...

hidup saya tak terurus dua tiga minggu ini..dan dijangka akan berterusan tidak terurus sehingga pertengahan bulan Mei..
setiap kali selepas solat, satu doa wajib yang saya pohonkan adalah semoga Allah permudahkan urusan saya di dunia dan di akhirat..
saat ini sangat terasa ketidakmampuan diri berdepan dengan macam-macam urusan yang datangnya serentak..
ada dua assingment perlu dihantar hujung bulan ini, sambung pula dengan Final Exam..tambah pulak dengan UAT (User Acceptance Test) Rabu ini..

hidup bertambah teruji bila saya sangat rindukan kampung halaman..rindu En Daddy dan Pn Mummy..dan rindu sangat-sangat anak-anak saudara saya..jarang sangat dapat bermain dengan Najwa..mungkin dia tak tau dia punya seorang Makcik :(

namun saya yakin, hidup pasti akan teratur dan terurus semula..ujian dan dugaan itu lumrah alam. "Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan 'Kami telah beriman', sedang mereka tidak diuji lagi?"(Al-Ankabut:2)
Maka, SYUKUR andai hidupmu penuh dengan ujian, kerana itu tanda kasih sayang Allah dan Allah memandangmu, insyaAllah.

adakala saya terfikir, kemana perginya 24jam yang Allah kurniakan kepada saya setiap hari..semoga kesibukan duniawi ini tidak mengurangkan ibadat saya kepada Pencipta, Aminn.

teringat pesan abah semasa mula-mula saya menyambung pengajian Januari lalu: "Kakak, sibuk macam mana pun, jangan tinggal Solat, baca Quran dan sedekah"

abah bekalkan saya dengan nota kecil mengandungi zikir-zikir harian..nota yang boleh diselitkan dalam handbag.."Kakak baca zikir-zikir ni bila lapang, ataupun tengah drive ataupun tengah tunggu lecturer masuk kelas"

saya punya banyak impian dalam hidup..punya cita-cita melangit..belajar mahu sampai ketahap paling tinggi biarpun saya tahu otak saya bukanlah cerdik mana..pandai taklah seberapa..rajin jauh sekali..namun yang ada hanyalah semangat dan cita-cita..semangat dan cita-citalah yang menggerakkan hati saya untuk tempuh perjalanan ini..
dan saya bersyukur punya keluarga yang sayangkan saya, punya kawan-kawan yang sangat menyokong..syukur Allah kurniakan insan-insan mulia ini untuk berada disisi saya..Alhamdulillah

ok, back to work :)

Tuesday, April 12, 2011

masa berlalu sangat cepat

tak sangka..final exam bakal bermula awal bulan depan..terasa baru sahaja saya mendaftar, baru masuk kelas, berjumpa rakan-rakan baru, rupa-rupanya dah menghampiri akhir semester pertama..wohh, sungguh cepat masa berlalu..suka!!

mak saya cakap, 'bulan depan dah habis semester pertama, ujung tahun ni dah habis setahun, then tinggal lagi 3 tahun untuk habis belajar, kejap je kan?'

ya, bila kita buat perkara yang kita suka, mesti akan terasa sekejap :)

Monday, March 28, 2011

settled UAT (User Acceptance Test) untuk hari ini..bersambung semula pagi esok. assignment saya hantar lewat sehari..tapi Dr S sangat baik..he dont mind..thanx Dr..mungkin beliau dah cukup faham kehidupan student part time. tapi tak boleh biasakan submit assignment lewat..kena disiplin sikit

malam ni kena mengadap assignment Dr N pulak..submission date is end of this month..untuk assignment Dr N ni, need to read few journals and papers which is sangat membosankan..sigh**

Saturday, March 26, 2011

hectic week

saya sangat bekerja keras minggu ni..class canceled for today, so I came to the office sebab ada UAT hari isnin dan selasa depan..sambil buat kerja ofis, buat jugak assignment sebab kena submit by tomorrow. yes, last minute lagi!!

esok juga ada temu janji dengan supervisor, nak bincangkan banyak sangat perkara..scholarship, final exam, subjects taken bla bla bla...

bos janji habis je UAT nak tengok Merong Mahawangsa..yesss, tak sabar nak tunggu habis UAT dan tersangat tak sabar nak siapkan assignment ni..

ok, i stop now and continue doing my assignment..

Saturday, March 12, 2011

MARA and MATTA Fair 2011

bangun je pagi tadi, dah banyak agenda dalam kepala nak diselesaikan...

first, nak makan donut kak Asi..tapi sampai-sampai je donut dah habis..end up beli karipap (tak sedap)..haritu dah try buat donut sendiri..tak berapa nak puas hati sebab tak jadi gebu pun macam mak buat dulu...nanti nak try lagi, tapi guna resepi yang lain pulak..mana la tau donut tak jadi haritu sebab salah resepi ke..(haruslah salahkan resepi :D)

then terus pegi Klinik Fadzliana nak buat medical check up..lama jugak spent time kat situ sampai ngantuk-ngantuk dah..timbang berat, naik 1.8kg..dang!! diorang charge rm70 untuk medical check-up..terbang duit saya

destinasi seterusnya ialah PWTC..ader Karnival Pendidikan MARA..dah janji dengan Rafi pukul 12.30 jumpa kat The Mall..since dah down giler dengan penambahan 1.8kg itu, terus decide tak mo drive ke PWTC..nak naik LRT..at least I can burn some calories today...so, park HoneyVi kat Star Sungai Besi..yeah, lepas ada HoneyVi dah tak naik lrt..harini kena check map dulu before beli tiket..serius dah lupa...perghh, memang nostalgialah naik lrt ni..rindu kenangan-kenangan lama..chewahhh

sampai je The Mall, Rafi kat office lagi..ada kerja katanya..then I decide nak jalan-jalan dulu kat The Mall..sempat sampai tingkat 2 je then turun tunggu kat bawah (bosanlah The Mall :D)

then, dah sampai cik Rafi itu terus pegi PWTC..baruku tahu ada Matta Fair rupanya..so, lepas pegi Karnical Pendidikan MARA terus pegi Matta pulak..entrance fee was rm3...

balik je rumah, susun pamphlet elok-elok mengikut tempat..australia - langkawi - sabah..wahh, bersemangat betul nak bercuti tapi duit takde..so how?? :|

p/s: to all my friends, sesaper nak ikut pergi Sabah tentatively end of May, let me know ya..;)

Wednesday, March 09, 2011

Untuk wanita seluruh dunia...

Hidup ini ada kala terlalu mencabar,semoga kita terus kuat

Hidup ini adakala terlalu menekan, semoga kita harus tabah

Bilamana datangnya ujian, semoga kita terus mengharap hanya kepada Dia Yang Maha Satu

Bilamana dugaan yang menimpa dirasakan terlalu berat, jangan pernah mengeluh dan jangan bersedih..Cuma harus percaya itu tanda adanya kasih sayang Allah pada kita

Bilamana yang diingini itu tidak menjadi milik kita, bersabarlah..Dia lebih tahu apa kita perlu

Bersyukurlah..dengan bersyukur, kita akan rasa sempurna

***************
Di sebabkan susah nak lelap malam ini, saya dengan rajinnya telah menyalin beberapa ayat-ayat indah dari buku ‘Motivasi Menjadi Wanita Paling Bahagia’:-

Berusahalah untuk mencipta kebaikan setiap hari..kerana hidup kita akan menjadi cerita pada generasi akan datang..maka ciptalah cerita-cerita yang baik buat tatapan mereka

Jangan pernah berputus asa, ketahuilah bahawa pertolongan Allah itu terlalu hampir kerana sifatNya Maha Pemurah dan Maha Memberi

Kejarlah cita-cita selagi ia tidak melanggar batas agama. Mencuba itu memang lambat dan memakan masa. Lebih dari itu, pasti ada penghalang kearah cita-cita itu.
Justeru, jangan pernah mengaku kalah dengannya

Renunglah semula masa lalu dan masa depan anda. Insaflah bahawa hidup ini penuh dengan peristiwa ynag datang silih berganti, orang yang mampu keluar dari ujian itu dengan selamat itulah yang menang.

Jadikanlah setiap keputusan yang anda ambil sebagai usaha untuk mencapai kebahagiaan, dengan begitu setiap cubaan akan terasa membahagiakan ;)

Lakukanlah dengan baik apa yang mampu anda buat hari ini, tidak usah bimbang tentang apa yang akan berlaku esok



Wohh..cukup cukup..dah sepuluh kali menguap nih..asal bukak buku je terus menguap..Noni Noni..hmmm

Ok lah!! SELAMAT HARI WANITA UNTUK SEMUA WANITA..terutama mak saya, kakak-kakak saya, adik saya (eh, kamu budak-budak lagi), n all my girlfriends..hah, dah jadi macam ucapan raya plak..untuk saudara mara yang berada jauh di mata dekat di hati..untuk rakan taulan sahabat handai yang diingati selalu, dengan ucapan bila makan ketupat tu ingat lah saya di sini ye..ok ok STOP!! dh melalut ntah kemana-mana dah ni

Sunday, March 06, 2011

presentation day!!

hari ni adalah last lecture day untuk subject Advance Software Testing..budak-budak sekolah kalo sebut perkataan last-last ni memang best..contohnya, hari last exam..hari last kelas Fardhu Ain..hari last SPM..dan macam-macam lagi..satu je perkataan last yang budak sekolah tak suka iaitu hast last cuti..

ok, back to da story...

tadi ader presentation untuk group assignment..headache jugak satu team dengan diorang tu..iranian, pakistanian and french ke egyptian ntah..tak ingat dah..few hours before submit assignment and presentation, baru dapat tau yang two of my teammate dah print their assignment..JUST PRINT THEIR PART ONLY..siap dengan their own cover page, their own table of content and references..dah siap sumer baru datang bagitau, 'if you done your part, just print it and give to the lecturer'..then I said, 'but this is group assignment, we should combine all in one document rite?'..pastu dier jawab 'i dont think so, it better to split so that the lecturer know whose done which part'

'oiii..kalo nak buat sendiri-sendiri, tu INDIVIDUAL assignment namanya!!' yang tu pun tak pandai nak differentiate..bengang kejap..sudahnya, buatla kejap apa-apa yang tertinggal tu..then pegi library untuk print...

first time masuk library UTM, terus rindu kat library UIA..huhu(apakah maknanya?? :D)
then jumpa printer..satu page diorang charge rm0.30...ada dua orang staff jaga kat situ..sangat tak mesra alam..muka masam macam cuka..haa, hambek ko..tengok muka diorang je pun dah sakit hati..tau la kena keje hari ahad..tapi rilek arr..pernah dengar ayat ni? 'wherever you are..be there!!' means kalo dah kena keje tu, keje la betul-betul..dah memang keje kamu ngadap orang, senyum la sikit..ni nak suruh ambik kerta pun muka macam nak makan saya...apa daaa

so, dh setle part assignment..masuk part presentation..i'm third presentor..assignment kitorg ni berkait antara satu sama lain..orang yang buat 1st part kena siap dulu, baru pass kat orang yang buat 2nd part and so on..so saya yang ketiga..bila my teammate yang 1st and 2nd present, dah jadi sangat cuak sebab info tak consistent..bengong la kan tak bagi updated version kat saya..so I end up referring to the old version of their part..bila tengok diorang present, tak sama pun dengan file yang diorang bagi kat saya...haishhh, rasa macam nak cekik je tau!! mula-mula memang dah decide nak gi serang diorang tu, tapi bila dah abis present tadi, supervisor ada bagi good news, terus tak jadi marah orang...terselamat la makhluk-makhluk itu..

bila present, everything went well..lecturer satisfied..instead, those two people yang kedekut nak bagi updated version of their assignment tu end up referring at mine..Alhamdulillah..so setle!!

habis kelas, my lecturer merangkap my own supervisor said 'Nurul, I have good news for you..' ;)
suka betul bila orang cakap ada good news nih...heheh
its about my scholarship..moga Allah permudahkan segalanya..Aminn


ok, mau tito..nite2

Friday, March 04, 2011

bila kamu belajar semula...


sticky notes sentiasa bertambah everyday..jarang sangat la nak berkurang..sometime kerja yang patut siapkan hari rabu drag sampai jumaat..tu pun belum tentu siap..tunggu lagi 2 jam deadline, baru menggelupur nak siapkan..haishh, perangai last minute ni memang payah sikit nak ubah!!

hari ni amek cuti..cuti berjemaah dengan Mama Ana..kali ni cuti kitorang berhemah sikit..bukan sebab nak bersuka ria, tapi sebab banyak hal keduniaan perlu di selesaikan..
Alhamdulillah, setle jugak hal di bank, tabung haji dan UTM...dan jugak Jusco (ada jugak hal disitu..haha)

pegi UTM discuss schedule..ada lagi subjek yang kena tukar..pasrah jer la..ikut je mana-mana yang department dah susun..
teringat zaman undergraduate, Ana yang susunkan jadual..on registration day, Ana akan bagi jadual dier 'nah register subject-subject ni' dan saya balas 'baikkkk' and pegi register subject yang dier dah pilih..jenis malas giler nak pening kepala pikir subject apa kena amek..dari 1st year sampai grad, Ana sorang pening kepala pikir subject for every semester..saya tau pegi kelas je..haha..TQ ON!!

rupanya sekarang pun sama, supervisor tolong susun jadual..giler bagus!! memang tabik spring dekat supervisor saya..sesaper nak sambung Phd dalam software testing, sila pilih beliau menjadi supervisor anda..dia akan tolong pening kepala sekali pikir jadual anda dan research anda nanti..heheh

sebelum balik singgah rumah Ana dulu..kutip Alia kat nurseri awal sikit sebab nak main dengan dia..makin besar dan makin nakal..dan pandai amek video guna handphone..impresive giler!!


selesai dinner makaroni bakar, drive balik rumah...sebelum tido mengadap laptop dulu..nak buat keje sekolah tapi malas sebab deadline Ahad..disebabkan Sabtu masih ada, maka Jumaat rilek-rilek dulu..esok kita start menggelupur :p

Wednesday, February 23, 2011

Sunday, February 20, 2011

PHP Meetup 2011: Framework Shootout

nampak tajuk kat atas tu? nampak? saya nak highlight word Framework Shootout tu..maksudnya pergaduhan sesama PHP framework...(framework aper ye in Malay?)

haa..saya attend event gaduh-gaduh itu semalam..wohh, yang present semua otai2 PHP okeh..adalah harus merasakan diri ini kerdil sekali di situ..tapi tak per, learning is a long-life time process right?? so, keep learning sampai u jadi otai ok!!

jangan salah faham perkataan gaduh-gaduh itu..bukannya gaduh-gaduh yang macam kat Mesir tu, ni gaduh in intelligent way (hah?? ader ke gaduh in intelligent way?) yer, ader...framework A kutuk framework B, framework B kritik framework C, framework C backup framework A..haa, macam tu la..faham??
so, audient yang kat bawah ni, bole decide sendiri which framework suit their needs and can choose by themself which one is best...
p/s: Rafi, u dah pilih ke nak guner mana satu?

jangan jadi macam saya..once Bro Azril present pasal CakePHP, berkobar-kobar nak balik belajar buat CakePHP..i'm expert in baking Chocolate Cake only all this while, now let's try CakePHP plak :D
lepas tu belajar pasal Django, dan-dan nak try yang tu plak..but it is Python framework..nak belajar python dah satu hal..tak sempat la den (baca: malas)

“with PHP you know people learned that because they want get jobs, with JAVA they learned that because they take computer science courses, with Python you learned because you love it, because you want to experience the beauty, I'm sure it's the same way with ruby... ”- Adrian Holovaty (Django)

budak-budak CS sila angguk kepala tanda setuju...:D

ada dua Malaysian products presented - dooPHP and PHPHyppo...dooPHP ini baru first time dengar...but PHPHyppo dah lama dengar since the founder is my officemate...yer, founder phphyppo is my officemate..bangga kejap!!
saya start berjinak-jinak dengan framework ni pun setelah di'paksarela'kan untuk guna phphyppo untuk salah satu projek..so, tak der la jakun sangat pegi meetup semalam..heheh

p/s: Rafi cakap hyppo nampak senang, tapi saya kata susah sebab saya tak pandai php..huhu

observation
*************
1. event free, tapi dapat sarapan nasi lemak, lunch nasi ayam..memang terbaik!!
2. kami datang awal, dapat mug free...sangat terbaik wokk!!
3. sampai pukul 8pagi, organizer baru nak buka registration booth..i said to Rafi, kerja2 macam ni kena bagi kat girls, baru cepat and efficient..heheh
4. Bro Amran tolong apply masuk Raja Lawak..saya sanggup undi sampai menang!!

us..