Pages

Thursday, February 23, 2012

hati tisu..

ini cerita cik Noni yang berhati tisu..

tadi jumpa supervisor dan tunjuk report kat dia..ada 2 report kena siapkan..last week I promised him to finish one of the report..tapi tak siap-siap pun lagi..

once he read my report, first statement yang keluar 'your first paragraph is rubbish'...

lalala...

cik Noni ni pantang orang cakap kasar, dia akan tersentap dan terdiam..otaknya tak mampu berfikir dengan waras...

ok la, cik Noni ada meeting lain pula..doakan cik Noni kembali waras..

bye peeps!

Saturday, February 18, 2012

Obsession

harini pergi library dengan Sabrina..well, kitorang kena pergi library kalau nak study..banyak sangat dugaan kat rumah..dugaan terbesar adalah dapur..asyikkk nak masuk dapur cari makanan..sudahnya, makan 2 jam, study 20 minit je..

20 minit tunggu bas tapi ok la since ada matahari, so tak sejuk sangat..aku rasa suhu dah semakin naik sekarang..dah nak habis musim sejuk kot..

nak cerita pasal kat dalam bas tadi..Sabrina duk depan, aku kat belakang dia..sebelah dia sorang mamat ni..tengok muka macam Chinese je..sekali time nak sampai tu, nampak dia angkat phone..

"yubseyo.."

aaaaaaaaaaa..he is korean guy!!

well, untuk pengetahuan umum, aku sangat obsess dengan Korea..walaupun aku belajar kat UK, tapi aku still berharap aku ada ramai kawan dari Korea..time bosan, aku layan K-Pop..time sunyi dan rindu family, aku layan Running Man..in fact, pernah mintak Marlia (housemate kat M'sia) untuk survey tiket ke Korea so that lepas habis belajar ni boleh pegi jalan-jalan kat Korea..

ok, tu je nak cerita..aku kat library ni..kena start baca buku

bye peeps..

p/s: dear Marlia, dah survey tiket ke?

Thursday, February 09, 2012

miserable

hidup jadi miserable sikit lately ni..sebab terlalu banyak sangat perkara perlu disiapkan dalam satu masa, maka aku end up dengan tak buat apa-apa sebab tak tau nak start yang mana...

tadi jumpa supervisor, bincang pasal research aku..keluar je dari bilik dia, terus sakit kepala..rasa tak confident dengan diri sendiri sama ada boleh buat ataupun tidak..

oh ya, before that aku pergi town dengan teammate..interview few managers kat kedai-kedai yang ada kat situ..yang ni untuk subject Enterprise Module..kena come out dengan business idea..so kitorang pegi la buat market research..

sampai 9 March nanti, ada few things aku kena siapkan:-

1. Research - Overview and State of the Art Report (10 - 14 pages)
2. Software Evolution - formative essay - 2pages
3. Enterprise Module
  • Business Plan
  • Presentation
  • Individual report (2k words)

esok Thursday kan? tak suka Thursday sebab ada banyak kelas..kelas yang 3 jam straight tu..mana larat nak concentrate..selalunya aku boleh concentrate setengah jam pertama je..lepas tu dah start berangan..

eh eh..lupa nak cerita..last weekend turun snow..gembira!!! aku message Fendi kat Cambridge 'its snowy outside ;) '..sekali dia post gambar snow man sebijik kat sana..ceit, snow satu UK rupanya..

dua hari berturut-turut aku main snow..dah tak macam umur 27 tahun langsung! time snow turun, aku pergi jalan-jalan sorang-sorang kat luar..ajak Sabrina, tapi dia tak layan..mampu jalan 5minit je, then start freezing sampai biru jari-jari..so masuk rumah balik...

hari ni bila snow tu start melting, mula la memasing jalan macam peguine..jalan licin betul..azab juga nak pergi ke bus stop..kena pulak time tengah duk control jalan nak ke bus stop tu, bas pun lalu dengan lajunya..memang la hangin!!

ok la..jadi sakit hati pula cerita pasal bas nih..bye peeps!

Friday, February 03, 2012

dilema...

sangat letih hari ni..kelas 5jam straight..start pukul 1ptg, habis pukul 6ptg..habis kelas, pergi tunggu bas kat bus stop..sejuk yang amat, rasa macam boleh beku kat situ..

dilema betul lah sekarang nih..pening kepala pikir..al-kisahnya, 1 subjek ni ada 4 module..then, kitorang boleh pilih 2 sahaja..2 module hari selasa, kul 2 - 4ptg..2 module lagi hari ni lah, kul 4 - 6ptg..mula-mula nak ambik kelas hari selasa tu, tapi module tu tak best..eh, bukan tak best, tapi tak faham..jadinya, di sebabkan tak faham, terpaksa jugaklah pergi kelas yang hari ni punya..lepas habis 3jam kelas Enterprise Module, pergi la pulak kelas tu..tapiiii, dah mengantuk dan letih pulak dah..seriusly, tak bole la belajar 5jam straight..pening la, lapar la, ngantuk la..semua ada

so, while waiting for the bus tadi, bincang la dengan classmates..diorang ajak ambik kelas hari selasa, sebab diorang pun sama ja macam aku tadi..ngantuk, lapar, pening bla bla bla..

tapiiiiii, aku tak faham kelas tu!! faham?!

tukar course lah macam ni! ahhah..

Sunday, January 22, 2012

pemandu dan kereta

aku respect pemandu di UK ini..mereka sangat bagus dan sopan di jalanraya..sepanjang 4bulan disini, sama ada di Durham, Newcastle, Edinburgh atau London, tak pernah sekali aku nampak accident depan mata..amazing!! Alhamdulillah!

yang peliknya, jalan di sini sangat sempit..jalanraya di Malaysia jauh lebih baik aku rasa..dah la sempit, ada pulak yang parking kat tepi-tepi jalan..aku sendiri tak berani nak memandu kat sini..

but seriously speaking, jarang sangat berlaku accident kat sini..kalau korang memandu di KL..cuba bilang berapa banyak accident korang nampak dalam seminggu?

so, apa lagi yang tak kena? of course lah attitude kan? pemandu kat sini tak bawak laju, tak potong queue, tak ikut emergency lane, bagi laluan pada yang nak masuk simpang dan hormat pemandu lain..itu yang aku rasa tak ada pada kita, Malaysian driver..isn't it?

dulu, setiap kali balik dari office, sentiasa sesak kat traffic light sri kembangan tu..then yang nak potong queue pulak, bukan satu lane, kadang-kadang sampai tiga! pastu line yang nak potong tu bole pulak lagi panjang dari yang duk ikut lane yang betul nih..aku hangin betul! time tu la rasa nak menyumpah seranah orang..nak balik rumah je pun, buat apa la nak potong-potong queue kan? beratur la elok-elok..kita orang Islam kan? (erkk, aku membebel kah?)

oh, ok..masuk bab kereta..ramai pulak lately ni suruh aku beli kereta kat sini sebab murah..maaflah, aku tak minat nak habiskan duit untuk kereta..habiskan duit untuk travel lagi bagus..lagipun dah ada satu kat Malaysia..Ana and Jat yang jaga..cukuplah ada HoneyVi tu walaupun dia kecik dan tak semahal kereta lain..kereta bagi aku hanyalah untuk memudahkan aku bergerak ke sana sini, untuk pergi kerja dan untuk aku balik kedah..setakat ni, prestasi HoneyVi sangat bagus..jarang bagi aku masalah..jadi, tak perlulah kot nak beli yang besar-besar, yang mewah-mewah kalau function sama ja macam HoneyVi..

kereta aku beli sebulan lepas aku start kerja..installment aku bayar dengan duit aku dapat masa TM Award dulu..(mak abah tak tau pasal nih..hehe)so, dear abang, biar pecah di perut, jangan pecah di mulut ok!

reason nak sangat beli kereta; sebab aku tak suka naik bas..sepanjang 5tahun duk UIA, aku naik bas balik Kedah..sepanjang tempoh tu la, aku nekad lepas kerja nak beli kereta..aku tak suka tunggu bas, tak suka lama-lama dalam bas sebab selalu rasa nak muntah, tak yakin dengan pemanduan setiap pemandu bas, aku jadi paranoid dengan mereka - aku selalu pikir diorang mengantuk while driving atau bawak laju atau nak culik aku! bole?

disebabkan aku punya paranoid terhadap bas ni, mak abah aku pun terkena tempiasnya..aku tak kasi abah datang KL naik bas sebab takut apa-apa jadi sepanjang perjalanan diorang..kalau nak datang, mesti naik flight atau train atau pun kereta..not bus! (motif naik filght bole pulak?)

semalam call rumah, abah cerita pasal railway yang tengah buat kt Kedah..railway from Kedah to KL..and he's happily saying 'haa, nanti abah mak boleh la selalu pi KL jumpa kakak'

'yup, datanglah abah' :)

Wednesday, January 18, 2012

azam

oh, sudah January..maksudnya, dah 4bulan disini..sedikit homesick sebab tak pernah tak jumpa mak abah lebih dari 3bulan, sampai mimpi-mimpi haritu...hadoiii, anak manja!!

dah pun habis satu term..they called it Michaelmas Term..sekarang dah masuk Epiphany Term..
class will start this coming Thursday..just got email from my school, they change the learning style a bit..two modules will run in parallel..Distributed System(DS) and Research Method(RM)..sebelum ni kan 1 bulan 1 module..so sekarang lain sikit la..

DS start hari khamis ni..RS pulak start hari isnin pukul 10pagi..nasib baik bukan pukul 9..awal sangat pukul 9 tu..winter ni kul 830 baru cerah..siang lambat sikit sekarang...

yesterday, dapat email suruh pilik tajuk untuk dissertation bulan 6 nanti..so fast! dissertation bulan 6, tapi sekarang dah kena ada tajuk..memang dah bukan masanya untuk main-main..kena study betul-betul nih..nampak sangat aku main-main sebelum ni kan?

was chatting with Ana last few days..dia tanya pasal study kat sini..aku cakap aku struggle jugak la..rasa macam susah nak score walaupun course yang aku ambik ni adalah sama dengan bidang kerja aku..kerja as software engineer, study in software engineering management..memang tak lari mana..bidang tuu jugak..but still aku rasa susah..so, Ana cakap maybe aku banyak jalan sangat kot, study kurang..ahhah..have to agree with u Ana..huhu

so, sekarang ada azam baru..nak study betul-betul..mari kita tengok sampai bila azam ni bertahan..malas nak janji sebab tak yakin..heee

Sunday, January 15, 2012

-6 degree

i woke up late this morning..yeah, its always hard to get out of bed especially when you know it was so cold outside and its Sunday!! its a time to just stay home and do nothing..haha
first thing i always do when i open up my eyes in the morning is to check the day's weather on my phone..its -6 degree this morning!! is it gonna snow soon?? yeah, lets pray..

outside my window..

Monday, January 02, 2012

blissful 2011...

permulaan yang agak perit dan memedihkan..bila diingat semula, terasa tidak mampu untuk diulangi jika berlaku lagi..syukur Allah kurniakan kekuatan untuk terus senyum dan terus melangkah di muka bumi Allah ini..di sebalik dugaan yang maha perit itu, Allah temukan dengan peluang untuk mencapai cita-cita yang begitu lama terpendam..jadinya, di sebalik air mata yang mengiringi permulaan 2011, menggunung harapan, kekuatan dan semangat untuk mengejar apa yang dihajati..

pertengahan tahun - tempoh yang terlalu sibuk dengan temuduga, peperiksaan, medical check-up, kursus BTN, balik kampung, naik turun pejabat MARA, siapkan mana-mana kerja yang tertangguh di pejabat, farewell party dan macam-macam lagi..segala proses ini serba sedikit menakutkan kawan-kawan serumah untuk menyambung pelajaran..rumit dan meletihkan..syukur fasa itu selesai

penghujung tahun - tempoh di mana kegigihan menampakkan hasil..Allah bayar segala penat lelah sebelum ini..yang tinggal hanya senyuman dan syukur atas nikmat Allah ini..cita-cita tercapai dan hari-hari berlalu terasa sangat bermakna..disebalik kegembiraan ini, terselit juga kesedihan..Allah ambil semula hak-Nya..Aiman kembali bertemu Yang Maha Pencipta..moga sahabatku redha..agak terkilan tak dapat temani mereka hadapi ujian Allah ini..Al-Fatihah

29 Disember 2011 - terima kasih untuk ucapan kawan-kawan dan kek dari Mama Fiz dan Papa Joe..

30 Disember 2011 - mahu senyum sampai ke telinga..terima kasih untuk makan-makan di Zen dan sesi melepak layan drama, gossip, bincang masalah domestik dan antarabangsa..ahah
'guys, thanks for the card and for the chocolate! sampai harini duk display, tak makan-makan lagi :D'

31 Disember 2011 - hugs and kisses for Aishah and Aminee..datang ke rumah bagi kad dan ferrero rocher..terharu!!

that's my 2011...how about you guys?

Thursday, December 29, 2011

my birthday!!

sangat menghargai rakan-rakan di Malaysia yang apabila tepat jam 12 tengah malam waktu Malaysia dah hantar ucapan-ucapan birthday di Facebook wall..terima kasih kawan-kawan..seriusly, I terribly miss you guys!!

pukul 12 di sana bersamaan dengan pukul 4 petang di sini..masih lagi di tarikh 28 Disember..tapi since ramai yang dah wish, aku anggap jer la birthday untuk 2011 ni panjang sedikit..kiranya bermula dari pukul 4 petang pada 28hb sampailah 12 tengah malam 29hb..boleh?

kalau ikut tahun-tahun yang lepas, selalunya time birthday mesti ada kat Kedah sebab nak habiskan cuti tahunan..jadinya, memang akan sambut dengan family lah..abah beli kek, mak masak special, paksa abang-abang balik kampung untuk celebrate, dan kalau tak balik aku merajuk..haha

tahun ni rasa lain sikit, mungkin sebab duduk jauh kot..dapat birthday card from abah..part dapat-dapat card ni lah yang touching nih..sob2x..

ok guys, sampai sini dulu ye..mau tidur..nite nite

Wednesday, December 14, 2011

no snow yet!

ohoh..rupanya kawan-kawan di Malaysia ramai yang terkesan dengan entry 'yang suka dan tak suka' tu..ihik.
lately, ramai yang tanya pasal snow..dukacita dimaklumkan, snow tak turun-turun lagi..jangan tak percaya, hari-hari gigih tengok ramalan kaji cuaca nih dan asal bangun pagi je, dengan terujanya selak langsir bersama harapan nampak salji turun then boleh la feeling ala-ala winter sonata, then keluar rumah buat dua tiga bijik snow man depan rumah dan ajak sekali anak-anak jiran kat sini melayan ke'jakun'an saya main snow..yer la, tak kan nak jakun sorang-sorang, segan kott..at least, kalo ada budak-budak, tak der la terserlah sangat yang dah umur 27tahun ni excited terlebih duk buat snow man kan?

grass belakang rumah..icy di pagi hari..icy not snowy

Christmas break now!! yahooo!! dah nama budak sekolah, apa lagi yang best..time break lah..cuti sebulan. seronoknya hati bukan kepalang. sekarang ni pergi la mana pun, mesti jumpa Santa...kat Tesco ada, kat Gates ada..merata la..tadi pegi library pinjam buku, nampak pokok depan library dah di hias cantik..rumah jiran terang benderang dengan lampu depan belakang. suka tengok.

yang sangat susah nak adapt, cuaca! suhu dah bawah pada 5 degree sekarang. nak keluar sangat malas bila memikirkan kena tunggu bas. tapi nak duduk dalam rumah je bosan pulak. bukannya boleh study pun. lebih kepada nak makan dan tengok movie. adoiii..betul-betul krisis dalaman nih.
siang sangat sekejap..lebih kurang 6jam sahaja..selebihnya malam. sudahnya lebih banyak tidur dari berjaga. dan tidur seminggu dua ni jadi tak tentu hala. kadang-kadang tidur pukul 6ptg dan bangun semula pukul 9mlm..harini tidur pukul 5ptg dan terjaga pukul 8mlm tadi. well, kat Malaysia dulu seboleh-boleh bila malam je tak nak buat kerja..kononnya masa untuk bersantai, berehat, hang out dengan kawan-kawan..kalau dah 4tahun bawak perangai macam tu, tak ker bila sampai sini jadi tak tentu arah? pukul 3.30ptg dah mula gelap, mula la pikir nak bersantai dan berehat bagai, padahal baru pukul 3.30ptg..huh.
angin sangat kuat di luar. boleh dengar bunyi angin yang sangat kuat dari dalam rumah. kalau berjalan kat luar ni, boleh melayang di tolak angin. jadi boleh la sampai rumah cepat sikit sebab angin tolong tolakkan..ahah

haritu pergi print gambar kat Tesco sebab nak post gambar tu ke Kedah bagi mak dan abah tengok..semalam dah pun pergi post, siap tulis surat lagi..old school gila kan? but then, that's me! by the time people prefer facebook, flickr, blog, etc, i rather choose to print photo, write letters, etc.

sama jugak kalau boyfriend kita bagi surat, mesti lagi best dan lagi terharu berbanding dia hantar email..betul? (motif boyfriend kita??)

ok, melalut dah ni..should stop now dan nak sambung tidur..nite peeps!

Friday, December 09, 2011

jalan-jalan, makan-makan

it's 2:32 am now, but still am not feeling sleepy..

i don't really have much to say..no, i mean to write..just want to put up some pictures i took these few days..here we go!

hang out with Sabrina at Chapters

as usual..hot choc and chips ;)

Sarah and Linda..we were having dinner at Ravza's place..Linda will be going back to Germany the day after tomorrow..yeah, another goodbye :(

at Stoke On Trent..pics taken right after my first snow ever!

in front of Durham Cathedral..people claim Harry Porter movies used to film inside this Cathedral..but am not sure where about the exact location..but will try to find it later..don't worry :)

heading to Hatfield College..kolej tu scary lah!!

celebrating Afif's birthday..he just turn 2 years old..baby Durham ;)

Monday, December 05, 2011

kecewa..

akibat dari terbaca status Kak Shifa di facebook pasal Yellow Warning of snow for North East England malam tadi, makanya tidur aku tak nyenyak sangat..kejap-kejap terjaga..siap set alarm pukul 3 pagi lagi...

sekarang sudah pukul 6.40 pagi, tapi snow tak turun-turun..kecewa!!

walaupun ramai yang mendoakan agar salji tak turun, aku tetap berdoa yang sebaliknya..ngahaha

ok, masih kecewa :(

Thursday, December 01, 2011

December!!

I don't know why, but I just love December every year..and this year, got extra excited because am in UK now!

let's check what is gonna happen in December 2011, insyaAllah :-

1- my birthday!! weehoo ;)
2- Christmas break at London..waw wee junior juice!!
3- Boxing Day at Manchester..lompat bintang!
4- Syazreen from Dundee will spend two weeks at my place...\:D/
5- family day out at York this weekend!! hoyyeahh!!
6- have class only on Monday and Tuesday...mari jeritttt!!

ok stop!!

kena buat assignment..submission tomorrow :(

Monday, November 28, 2011

red velvet!

last week adalah minggu terakhir untuk module 'Software Engineering for Internet'..jadinya sibuk sikitlah..sama saja keadaannya kalau bekerja..bila dah nak dekat dateline, menggelupurlah satu team..dah jenis last minute, memang begitulah jadinya..

Rabu ada presentation dan Jumaat submit report..hari presentation tu agak stress sikit..yang entry 'oh manusia' tu refer kepada kes presentation tu lah..hehe..then yang report tu pulak, kena hantar sebelum pukul 12 tengah hari, pukul 12 tengah malam hari sebelumnya baru siap..kena marah dengan Kak Miza sebab suka sangat buat kerja last minute :D

**********************

Kak Lina is back!! dia sampai je sini, terus text me ajak buat surprise birthday party untuk Nik..yeah, excited!! haritu Kak Lina balik Malaysia kejap, so pesan kat dia belikan contact lenses..so sekarang contact lenses dah cukup stok untuk setahun (macam kat sini tak ada kedai spek je kan? )
oh ya, sebut pasal spek, my spek ni memang dah nazak sangat dah..2nd day sampai sini, tak perasan skru dia longgar, time nak pakai tetiba skru terkeluar dan dah selamat masuk dalam lubang sinki..nice kan? kat Malaysia dulu tak pernah pulak skru ni nak longgar-longgar..sampai sini jer buat perangai..jangan harap dah nak beli spek harga sampai mencecah seribu lepas ni..beli yang seratus dua sudah!

Nik and her cheese cake!

lepas submit report di hari Jumaat, terasa sangat lapang dan seperti mahu melompat bintang walaupun sebenarnya ada dua lagi essay perlu submit awal bulan depan..tapi tak per lah..kita enjoy dulu...

jadinya, saya ajak few friends datang rumah lunch..masak biasa-biasa saja..tomyam dan ayam sambal kicap..yang kelakar, tomyam tu sampai kering sebab terlupa tutup api..otak melayang ke mana pun tak tau..tension kejap tengok tomyam tu..Kak Lina bagi nama 'tomyam kering'..boleh laa..sambil makan, dah sibuk tanya diorang pasal plan di hari Sabtu..sebab kerja dah siap, haruslah keluar berpoya-poya kan..

thanks for coming ;)

jadi hari Sabtu dihabiskan dengan melepakkan diri di town..lupa dah nama kedai tu..janji nak jumpa dengan Fizah (kawan baru from Brunei) tapi dia lambat sampai, so balik dulu dengan Mama Fiz sebab malamnya ada projek sikit..

weekend's project

red velvet cake!

Saturday, November 26, 2011

Takziah Faiza...

baru sahaja ber'facebook' sebentar tadi..terbaca status rakan-rakan di wall mereka...

"is saddened with the passing of Sinzzfaiza Ismail's Father. Al Fatihah." - Sidek Karim

dear adik,

tabahkan hati kamu..akak tak mungkin faham bagaimana rasanya kehilangan ayah..tapi akak akan terus doakan kamu kuat dan redha atas ujian Allah ini dan percaya setiap yang hidup ini pasti mati...

al-Fatihah..

takziah adik

Wednesday, November 23, 2011

oh manusia...

adakala aku berdepan dengan manusia yang terasa diri mereka hebat, lalu memandang manusia lain seperti tak punya ilmu dan tak tahu apa-apa..setiap pandangan dinilai bagai sampah..dengar, mengutuk lalu di buang

biar sepuluh yang memuji, tetap betul pendirian kau untuk mengeji lalu mengajak yang lain mengeji secara berjemaah..

tak mengapa, aku anggap ini ujian..bertemu insan-insan baru dalam hidup yang punya hati dan niat berbeza-beza...

syukur, Allah berikan kekuatan walaupun hati sakit namun masih mampu ku lemparkan senyuman...

hari ini, aku rasa kau belajar sesuatu...ilmu dan bijaksananya kau tak kan kemana-mana kalau hati kau penuh rasa benci dan khianat...

suka dan tak suka

yang suka ditanya:-

- "macam mana study?"
- "dah travel ke mana?"
- "sejuk tak Durham?"
- "susah tak nak perform Solat kat sana?"
- "susah tak hidup kat negara orang?"
- "banyak tak shoping?"
- "barang kat sana murah tak?"
- "susah tak nak dapat makanan halal?"
- "macam mana iman? bertambahkah atau berkurangkah?"
- "ada usrah tak kat sana? kalau ada, pergi tak?"
- "rindu anak angkat dan anak saudara tak?"
- "rindu family tak?"
- "bila snow nak turun?"
- "ada plan nak gi Mekah?"
- "bila Europe Trip?"
- "dah sampai London?"
- "beli souvenir tak?"
- "sehat tak?"
- "masak apa hari ni?"
- "ramai tak dapat kawan baru?"
- "apa plan lepas habis study?"
- "bila nak buat Phd?"
- "kat mana nak buat Phd?"
- "berapa kali call parents dalam seminggu?"

yang tak suka ditanya:-

- "jumpa boyfriend tak kat sana?"
- "bila nak kahwin?"
- "tak kan tak pikir nak kahwin kot?"
- "bosan tak takder boyfriend?"

statistik:-

suka ditanya:- kurang dari 3 orang yang bertanya
yang tak suka ditanya:- lebih dari 10 orang yang bertanya

kesimpulan: ramai orang yang hanya berminat dengan persoalan jodoh dan hubungan.

pandangan peribadi: hidup ini tidak hanya berkisar tentang soal perhubungan lelaki dan perempuan sahaja..masih banyak perkara lain yang jauh lebih indah dan lebih menarik untuk diperbincangkan dan disoalkan..

sekian...

Friday, November 18, 2011

"Jesus telling me the truth"

hari ini pergi school macam biasa..hadirkan diri ke group discussion yang sangat tak effisyen itu..sampai je jam 12 tgh hari, aku mintak nak balik rumah..then cepat-cepat jalan ke bus stop..sampai je kat situ, check bus timetable, rupanya aku terlepas bas..2min yang lalu..haishh

jadinya, terpaksa tunggu another 25mins..sekarang winter..10min kat luar bangunan pun dah rasa nak jerit or pijak orang sebab kesejukan...ngrrrr nasib baik bas free

25mins berlalu, bas free sampai..

oh, ada tempat kosong sebelah seorang makcik tua..legaaa

tetiba makcik tua tu tegur aku..oh ya, Durham ni dipenuhi dengan golongan tua, dan sesuatu yang agak berbeza dari Malaysia, golongan emas di sini sangat suka keluar shoping, jalan-jalan or lepak-lepak sesama mereka..they're not just staying home..yer la, nak buat apa lagi..bukannya nak duduk rumah beribadah pun kan?

eh eh..berbalik kepada cerita makcik tua tadi...

her: "you studying here?"
me: "yes, I am.."
her: "oh, good..what course you're taking?"
me:"software engineering"
her: "very nice.."
me: ":) "

tetiba...

her: "you know what? Jesus sent by God to this world to save all humankind..and I strongly believe he's telling the truth..I strongly believe that.."muka bersungguh-sungguh giler
me: "oh really?"
her: "Jesus, the son of Mary...in the Bible...when Adam came to this world..Prophet..bla bla bla" seriusly panjang giler dia bercerita
me: "are you preaching Christ to me now?"
her: "yes yes..I am..you know, there's two type of Christian..bla bla bla" tak paham sangat apa dia cakap time ni sebab sibuk tengok jalan takut terlepas tempat nak stop

suasana senyap seketika lepas aku tekan loceng...

her: "there's no terrorism in our religion...bla bla bla" time ni aku dah start berapi
me: "ok, I gotta go now..hope can see you again..bye"

***********************

aku sedih..as a Muslim, I should have strong point to argue with her..but I end up saying nothing..this is seriously shocking..never face this kind of conversation before...

yeah, sometime we just forgot we are Muslim and its our responsibility to Dakwah...
teringat sms Nusaibah masa di airport 2bulan lepas, "Jangan lupa kita adalah Muslim sebelum segala-galanya"

Non-Muslim nak berdakwah dalam bas pun boleh..:(

"Ya Allah, berikanlah aku kekuatan dalam menegakkan agama-Mu yang suci ini..Aminn"

Monday, November 14, 2011

MDL?

ok, sabtu dan ahad saya untuk minggu ini dihabiskan dengan orang-orang tersayang..chewah!! sabtu, mama fiz and papa jo ajak ke Newcastle beli barang-barang dapur..alkisahnya, di Durham ni cuma ada satu kedai halal, di sebelah Durham bus station..jadinya mahal lah..
memang Malaysian kat sini akan kerap ke Newcastle sebab sangat banyak kedai halal dan selalu juga terserempak dengan Malaysian yang study di sini..macam semalam, jumpa sorang pakcik ni semasa sedang menikmati dinner di Persian Delight..patutla tenung saya semacam je, rupanya dia orang Subang Jaya, SS18..ehemm! ! :D

oh ya, ada satu kedai halal jual pizza, Falafel..pizza dia memang terbaiklah..tak sure sangat tokei dia dari mana..but most probably dari Timur Tengah kot...nanti pegi City nak lah singgah disitu..

cerita pasal Durham City, Sabtu lepas ramai yang berpesan agar tidak ke situ..sebab dikatakan ada demonstration from England Defense League group..saya tak pasti sangat siapa group ni..tapi based on my reading, diorang ni macam group yang anti Islam jugak la..so Muslim dinasihatkan untuk berhati-hati..yer la, duduk di negara orang, gembira dan bahagia macam mana pun, masih perlu berhati-hati dan berwaspada kan..boleh jugak baca di sini

then, sedang khusyuk meneliti pasal group ni..terbaca pulak pasal Malaysian Defense League..apakah? then timbul pulak Kelab Taat Suami..saya tak pasti ini isu baru di Malaysia atau memang dah lama..

yang pasti, wahai rakan-rakan..berhati-hatilah dan jagalah akidah kita..macam-macam benda sekarang ni..bukalah mata dan lihatlah apa yang terjadi di sekeliling kita..

ok, nak tidur..niteee
Link

Sunday, November 13, 2011

2nd youngest child syndrome

teringat conversation dengan kakak-kakak yang datang ke open house Ust Jai dua hari lepas..kak amy cerita pasal her second youngest daughter..betapa dia manja lebih dari adik dia yang bongsu tu..well, selalu orang cakap yang bongsu lah paling manja kan? tapi kak amy pelik kenapa yang no 2 tu pulak lagi manja..then Kak Lin keluarkan satu term ni, 'second youngest child syndrome'..yeah, its not medically proven, but if its based on my observation, I'm simply agree with that..sebab terjadi kat diri sendiri..ehhe
dari kiri: anis, kak syidah(tuan rumah), kak zari, kak amy, me and kak lin
bawah: mama fiz

ucop, anak kak lin

masa sekolah menengah dulu, saya duduk asrama..guess what, dari tingkatan 1 sampai tingkatan 5, abah wajib datang melawat tiap-tiap minggu..then setiap kali time melawat dah habis, haruslah melambai-lambai sampai hilang kelibat abah..kalau hujung minggu dibenarkan balik, akan terjadi adegan merengek-rengek, guling-guling tak nak balik asrama di hari terakhir kat rumah..ya, itulah saya..

then, I expected the same thing will happen to my lil sis..nangis-nangis tu kan..but it happen to be something totally different..mak pernah cerita saat dan ketika mak pergi melawat adik kat asrama dulu..mak baru masuk kereta nak balik, dia pun dah pusing ke belakang berjalan nak balik ke bilik..ahaha..apakah? tak drama la adik ni..

banyak lagi la perbezaan kalau nak diceritakan tetapi sengaja taknak diceritakan sebab apa kes semua benda nak ditulis dalam blog kan?

anyway, i really think second youngest child syndrome do exist! hmm..